"Ian.. Sofea tu comel, kan? Banyak cakap. Rajin dia melayan mama berbual tadi." Ujar Puan Marlia sambil tersenyum.
"Ahaa! Ni mesti ada maksud tersembunyi ni dok puji-puji si Fea tu." Ian memandang Puan Marlia dengan wajah 'i know it!'.
"Mana ada. Mama cuma cakap je." Sangkal Puan Marlia.
"Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan, betina. Ini kan pula hati mama ku yang seorang ni." Ucap Ian dengan kiasan, sengaja mengusik mamanya.
"Jadi, apa lagi?" Tanya Puan Marlia dengan kedua belah keningnya di angkat.
"Jadi mama kena tanya Reza, Fea tu Reza punya tau." Ucap Ian.
"Eh. Biar betul? Reza dengan Sofea? Tapi tadi Sofea kata dia belum berpunya..." Kata-kata Puan Marlia seakan tergantung.
"Yes ma. Dia belum berpunya tapi Reza dah 'cop' dia dulu. Takkan Ian nak potong line kawan baik Ian sendiri." Ucap Ian lalu tersengih.
"Laaa. Ye ke?" Puan Marlia seakan hampa.
"Melepas lagi..." Ucap Marlia perlahan namun kedengaran jelas di telinga Ian.
Ian tersenyum sendirian mengingatkan perbualannya dengan Puan Marlia semasa dalam perjalanan pulang dari shopping mall petang semalam. Hampa betul wajah Puan Marlia apabila Ian memberitahu bahawa Fea telah ada yang berkenan.
"Huntunglah kau Fea, ada je yang berkenan." Omel Ian.
×××××××××××××××
"Papa, mama.. take care okay bila dah sampai kat Dubai nanti. Sorry lah Ian tak dapat hantar papa dengan mama kat airport, ada meeting dengan client kita dari China. Tak dijangka." Ucap Ian. Ada nada kesal dalam ayatnya itu.
"Tak apalah Ian. Papa dengan mama ni pun nak pergi bercuti je. Kamu tu jaga diri. Jangan asyik dengan kerja je." Pesan Tan Sri Mukhriz pula. Puan Marlia hanya tersenyum di sebelah Tan Sri Mukhriz. Wajah Ian ditenung sekejap.
"Ye pa. Ian pergi syarikat dulu ye. Nanti dah nak gerak ke airport, inform Ian ye. Ma, Ian pergi dulu." Ucap Ian lalu menyalami tangan kedua orang tuanya.
"Jaga diri, Ian." Pesan Puan Marlia lagi. Ian hanya tersenyum dan mengangguk sebelum berjalan masuk ke dalam kereta.
Sebaik saja kereta Ian hilang dari perkarangan rumah, Tan Sri Mukhriz memandang wajah Puan Marlia.
"Awak okay? Abang tengok awak macam gelisah je." Tegur Tan Sri Mukhriz. Ada raut kerisauan di wajah isterinya itu.
"Erm.. Tak ada apalah abang. Saya cuma risau tinggalkan Ian sorang kat sini. Selalunya dia akan ikut kita bercuti." Luah Puan Marlia. Entah kenapa hatinya merasa risau.
×××××××××××××××××
"Encik Ian. Are you okay?" Tanya Maria, setiausaha Ian sebaik saja secawan nescafe 3in1 yang dibancuhnya sebentar tadi diletakkan di atas meja Ian.
"Saya okay. Cuma penat sikit. Meeting dengan client penting kita tadi tu buat saya banyak berfikir. Banyak songgeh jugak ye mereka ni." Jawab Ian sambil memicit dahinya dengan tangan kanan.
Maria tersenyum. Dia faham keadaan majikannya itu. Sebagai CEO syarikat, banyak perkara yang harus difikirkan. Sakit kepala itu biasa.
"Nanti saya bawakan air suam dan panadol ye." Ucap Maria. Dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan jika Ian dalam keadaan begitu.
"Thanks Maria." Ucap Ian sambil tersenyum.
"Better makan panadol kat rumah jelah." Ucap Ian sebaik saja terfikirkan waktu habis kerja hampir tiba. 27 minit lagi. Lalu Ian menekan butang intercom yang menghubungkannya terus kepada Maria.
"Maria. No need for the panadol. Saya nak balik terus ke rumah." Ucap Ian sebaik saja panggilan itu disambungkan.
"Ok Encik Ian. Drive safely." Jawab Maria.
Ian segera mengemas mejanya yang sedikit berselerak. Telefon bimbitnya dicapai, begitu juga dengan kot yang baru sahaja 10 minit disangkut di kerusi. Selepas menyarung kot, Ian beredar meninggalkan ruang pejabatnya.
Sewaktu berjalan menghampiri keretanya, beberapa kali Ian memejamkan matanya, cuba mengawal sakit kepala yang bertandang. Jarang sekali dia merasa sakit kepala begini. Mungkin kerana banyak berfikir dan kurang berehat.
"Sabar ye kepala. Nanti balik aku bagi kau rehat cukup-cukup." Omel Ian sendirian sambil mengusap-usap kepalanya. Punat kunci kereta ditekan. Selepas lock kereta terbuka, Ian segera masuk dan menghidupkan enjin kereta.
'Ian, where's your seatbelt?'
Omelan Puan Marlia tiba-tiba menerjah fikirannya apabila dia baru saja ingin memulakan pemanduan. Cepat-cepat dia menarik seatbelt di sebelah kanannya.
"Mom is always right!" Ucap Ian lalu menarik gear dan memulakan pemanduannya.
Dalam perjalanan, Ian menjeling bungkusan hadiah berbentuk segi empat tepat di atas tempat duduk pemandu. Dia tersenyum sendiri.
"Alahai kepala. Sakit betullah." Rungut Ian lalu memicit-micit kepalanya dengan tangan kiri. Untuk seketika, dia kembali fokus kepada pemanduan. Sakit kepala yang datang sekejap-sekejap itu diabaikan.
Tiba-tiba pandangan Ian menjadi kabur. Segera dia mengelipkan kedua-dua matanya, berharap pandangannya menjadi jelas agar pemanduannya tidak terjejas. Sebaik saja pandangan menjadi jelas, Ian terkejut.
"PONNN!!!!" Bunyi hon kereta proton wira yang dilihat semakin menghampiri keretanya kedengaran kuat. Segera Ian memulaskan stereng keretanya ke kiri dan tiba-tiba pandangan Ian menjadi gelap...
************************************
Oleh kerana dah berminggu² tak update Ian Hanafi, hari ni saya update chapter 30. Tak berapa panjang dan tak berapa pendek. Cukup² rasa saje 😄 Harap dapatlah lepaskan rindu sesiapa yang merindu Ian Hanafi. Okbaii 🙋
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...