2 Tahun kemudian.
Desiran ombak beralun perlahan saat matahari semakin jatuh di ufuk barat. Langit masih lagi cerah meskipun kelam jingga sudah kelihatan. Waktu seakan bergerak perlahan, memberi peluang kepada dua insan yang sedang berjalan beriringan di gigi air menikmati keindahan alam. Sesekali air pantai itu beralun perlahan mengenai kaki mereka. Sejuk. Namun sedikit pun tidak menganggu perasaan keduanya yang sedang bahagia meniti hari.
"Awak. Jom main kejar-kejar macam dalam filem tu." Pinta Fea dengan wajah yang teruja.
"Buat apa main kejar-kejar? Tak naklah. Saya nak jalan sambil pegang tangan awak je." Ian menolak cadangan Fea lalu memegang erat tangan gadis itu.
"Alaa. Jomlah. Kan selalu dalam filem tu, dorang main kejar-kejar kat pantai. Right timing ni. Angin pun sepoi-sepoi je. Matahari pun cantik je nak tenggelam kat hujung sana tu." Fea masih tidak berputus asa. Dia menarik tangan Ian supaya lelaki itu menurut keinginannya.
"Awak ni. Kan dah nak maghrib ni. Dari kita main kejar-kejar, baik awak pegang je tangan saya leklok. Karang tersampuk hantu air baru tahu." Usik Ian, sengaja menakut-nakutkan Fea.
"Elehh. Tak takut. Wekk!" Fea menjelirkan lidahnya lalu melepaskan pegangan tangan Ian.
"Jom kita tengok awak boleh kejar saya atau tak." Cabar Fea lalu berlari anak meninggalkan Ian.
"Sayang.. Tak payah nak lari sangat ye. Awak tu berbadan dua. Ingat sikit." Balas Ian sambil melangkah laju mendapatkan Fea yang semakin jauh ke hadapan.
'Alahai. Comel je mak buyung ni lari terkedek-kedek. Macam itik pulang petang.' Ucap Ian di dalam hati sambil tersenyum mengejar Fea.
Ya. Aku kini sah bergelar suami kepada Puan Airina Sofea. 2 tahun sudah berlalu sejak kemalangan itu, namun tidak ada satu memori pun tentang dia yang aku dapat ingat. Dia juga tidak pernah bercerita tentang kisah lalu kami. Katanya barang yang lepas jangan dikenang. Terus je meniti hari-hari yang mendatang dengan perasaan yang bahagia. Cipta memori bersama. Ya, dan kami masih bahagia dan akan tetap bahagia sampai bila-bila. Itu janji kami berdua.
Kalau ditanya bagaimana aku mampu bahagia bersamanya tanpa memori lepas, aku akan jawab yang aku tak perlukan memori lepas untuk mencintainya kerana dengan hanya melihat senyumannya saja sudah mampu membuatkan aku jatuh cinta berkali-kali. Ya, berkali-kali. Bayangkanlah satu hari berapa kali dia akan senyum. Kalau dah setiap minit dia tersenyum, satu hari dah berapa puluh kali aku jatuh cinta? Indah, kan.
Airina Sofea. Benarlah kata orang, cinta itu boleh terjadi dalam satu saat saja. Begitulah aku. Saat pertama kali aku memandangnya selepas tersedar dari koma, aku sudah merasakan sesuatu. Sesuatu yang ketika itu sukar untuk aku tafsirkan. Yang aku sendiri pun tak tahu bahawa itu adalah cinta.
Dan bila dia kata, "Ini sayalah, Fea, bakal isteri awak." Hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika itu.
Aku dengar setiap kata-katanya, setiap alunan suaranya ketika aku koma. Tapi aku tak tahu siapa dia. Aku tak ingat. Aku tak kenal. Tapi alunan suaranya sangat menenangkan. Aku tahu dia mahu aku kuatkan semangat dan bangun.
Terima kasih sayang atas usahamu.
Siapapun aku di masa lalu, baik atau buruk, semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku. Aku tahu, kemalangan yang hampir meragut nyawaku dulu, mungkin juga kerana dosa-dosaku di masa lalu. Dan aku sedar, bernafasnya aku pada hari ini, tidak lain dan tidak bukan, hanyalah kerana-Nya. Terima kasih, ya Rabb. Terima kasih di atas peluang yang Kau berikan ini. Dan terima kasih juga untuk cinta ini.
Maha Suci Allah yang menciptakan langit dan bumi. Dan apabila Dia berkehendakkan sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya, "Jadilah!", lalu jadilah ia. [Al-Baqarah: 117]
Kita hanya mampu merancang, namun Dialah sebaik-baik perancang. Tidak ada perancangan sebaik perancangan-Nya. Allahuakbar.
******************************
Selak sebelah please →
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...