KINI sudah hampir sebulan Ian terlantar koma. Dan selama itu jugalah Fea tidak terlepas walau sehari pun untuk datang menemani Ian. Berbual dan membacakan ayat-ayat suci al-Quran supaya Ian terus kuat berjuang untuk sedar semula. Setiap masa Fea berdoa agar Ian diberi kekuatan dan kesembuhan. Dia mahu melihat Ian tersenyum semula. Dia rindukan lelaki itu.
"Maafkan saya, Ian. Saya sepatutnya dengar dulu penjelasan awak. Kalau saya tak buat keputusan terburu-buru, mesti sekarang ni awak takkan terlantar koma macam ni. Saya bersalah sangat-sangat dekat awak." Ucap Fea dengan nada yang sebak.
"Demi Allah, saya sayangkan awak, Ian. Saya cintakan awak sepenuh hati saya. Saya tak nak kehilangan awak lagi. Please.. please bukak mata awak. Pandang saya. Tatap wajah saya. I need you right now." Ucap Fea lagi.
"Awak kena kuat ye Ian. Awak kena bangun supaya saya tak rasa bersalah lagi." Setitik air mata Fea jatuh mengenai bahu Ian tanpa disedari. Dan air mata itu semakin laju membasahi pipinya. Fea duduk di kerusi di sebelah katil Ian lalu menyembamkan wajahnya di atas kedua tangannya yang disilangkan di atas katil. Perasaan bersalah mencengkam jiwanya saat itu. Hanya satu keburukan, dia hampir membuang cinta yang sudah bertahun. Kerana mengikutkan hasutan orang, dia hampir kehilangan lelaki yang dicintainya.
"Awak.. Kenapa.. awak menangis?" Satu suara yang sangat perlahan namun cukup jelas didengari Fea menyapa telinganya. Lantas Fea mengangkat wajah memandang empunya suara.
Wajah itu memandangnya dengan mata yang redup.
"Ian.. Ian! Awak dah sedar?" Ucap Fea lalu tangannya laju menyeka air mata yang mengalir membasahi pipi. Seakan tidak percaya, namun itulah realitinya. Ian sudah sedar dari tidur yang panjang. Ucapan syukur diucap berkali-kali di dalam hati.
"Awak.. Mama saya.. Mama saya mana? Dan awak... Awak siapa?" Soal Ian tersekat-sekat. Mata kuyunya memandang sekeliling, mencari kelibat Puan Marlia. Entah siapa gadis yang menangis di hadapannya ini dia tidak kenal. Namun pertanyaan Ian itu jelas mengejutkan Fea.
"Ian. Ni sayalah Fea. Awak tak ingat saya ke?" soal Fea dengan wajah seakan tidak percaya.
"Saya.. Saya tak.. kenal awak. Mama saya.. Boleh tolong panggilkan mama saya?" Pinta Ian. Badannya terasa lemah. Untuk mengangkat tangan pun terasa berat. Dia langsung tidak ingat kejadian yang menimpa dirinya. Bagaimana dia boleh berada di situ dan apa pertaliannya dengan gadis yang bernama Fea itu.
"Mama awak memang dalam perjalanan ke sini. Mungkin sekejap lagi dia sampai." Jawab Fea dengan wajah yang keliru. Apa sebenarnya yang sudah terjadi kepada Ian? Mengapa dia tidak mengenali Fea?
"Ian. Awak betul-betul tak ingat saya ke? Saya Fea, bakal isteri awak." Soal Fea lagi lalu memperkenalkan dirinya.
"Err. Sakitnya kepala.. saya. Arghh!" Ucap Ian lalu memegang kepalanya, menahan sakit yang teramat. Terasa seperti satu bebanan yang amat berat menghempap kepalanya.
"Ian! Awak kenapa? Doktor! Doktor!" Jerit Fea dengan nada cemas. Dia segera berlari keluar mendapatkan doktor yang merawat Ian.
"Erghh! Sakitnya! Arghhh!" Ian mengetap giginya menahan sakit dan secara tiba-tiba pandangannya menjadi kabur. Dan semakin kabur.
Gelap!
"DOKTOR, macam mana dengan anak saya? Dia.. Dia tak koma semula, kan?" Soal Puan Marlia sebaik saja Dr. Yusuff keluar dari bilik yang menempatkan Ian. Dia baru saja selesai merawat dan melihat keadaan Ian setelah secara tiba-tiba lelaki itu kembali tidak sedarkan diri.
"Puan bersabar ye. Anak Puan tak apa-apa. Dia cuma pengsan. Inshaa Allah, dalam beberapa jam lagi dia akan sedar semula." Jawab Dr. Yusuff.
"Tapi doktor, kenapa dia macam tak kenal saya? Dia kata dia tak ingat siapa saya." Soal Fea ingin tahu. Dia berharap, itu cuma kesan sementara dan bila Ian sedar semula, lelaki itu akan mengingatinya.
"Eemm. Itu yang saya nak terangkan pada Cik dan juga Puan. Ian Hanafi berkemungkinan hilang ingatan akibat hentakan yang kuat di kepalanya." Ucap Dr. Yusuff, menerangkan keadaan Ian.
"Hilang ingatan? Tapi dia ingat mamanya. Kenapa tidak saya?" Soal Fea lagi lalu memandang Puan Marlia. Sungguh dia tidak mengerti.
"Macam ni Cik Sofea. Perkara ni kebiasaannya memang akan terjadi pada pesakit-pesakit yang mengalami kemalangan teruk seperti Encik Ian. Lebih-lebih lagi apabila pesakit itu mengalami hentakan yang kuat di kepala. Di dalam kes Encik Ian ni, dia mungkin hilang separuh ingatannya di mana dia hanya mengingati sesetengah orang sahaja. Ermm. Sukar untuk saya pastikan selagi pesakit belum sedar. Saya perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh barulah saya boleh memberikan jawapan pasti." Jelas Dr. Yusuff kepada Fea dan Puan Marlia.
"Fea. Bawakkan bersabar ye. Kita tunggu dulu Ian sedar lepas tu kita tengok apa kata doktor." Ucap Puan Marlia cuba menenangkan hati Fea. Fea mengeluh perlahan lalu mengangguk setuju.
"Saya minta bila pesakit dah sedar nanti, jangan banyak bertanya tentang ingatannya terhadap perkara lepas. Saya takut itu akan memburukkan lagi keadaannya." Pinta Dr. Yusuff, mengingatkan keduanya.
"Baik, doktor." Ucap Fea sambil mengangguk lemah. Tipu jika dia tidak berasa kecewa apabila Ian tidak mengingatinya. Tetapi, seperti kata Puan Marlia tadi, lebih baik mereka menunggu Ian sedar semula dan tunggu keputusan doktor. Mungkin ada harapan untuk Ian mengingatinya semula.
Setelah beberapa jam menunggu, akhirnya Ian sedar semula. Kali in hanya Puan Marlia seorang saja yang menemani Ian di biliknya.
"Ian. Anak mama. Kamu dah sedar sayang?" Ucap Puan Marlia sambil mengelus lembut rambut Ian. Hampir saja dia menitiskan air mata gembira melihatkan anaknya telah sedar semula.
"Maa." Ucap Ian sepatah lalu tersenyum lega melihat Puan Marlia ada di sisinya.
"I miss you, ma." Ucap Ian, sempat mengusik mamanya. Cuba membuat wanita itu tersenyum. Dia tahu, dia telah membuat hati mamanya itu risau.
"Miss you too sayang." Balas Puan Marlia lalu tersenyum lega.
"Maa.. Siapa perempuan tadi tu?" Soal Ian.
"Perempuan? Oh! Fea ke??" Soal Puan Marlia lagi.
"Kamu tak ingat siapa dia?" Soal Puan Marlia lagi. Ian hanya menggelengkan kepalanya. Dia sememangnya tidak mengenali gadis itu.
"Ian.. Itu Sofea. Bakal isteri kamu. Kamu akan berkahwin dalam masa beberapa bulan je lagi." Jelas Puan Marlia.
"Ian. Awak betul-betul tak ingat saya ke? Saya Fea, bakal isteri awak."
Ian mencari kelibat Fea namun gadis itu tidak kelihatan seperti mula-mula dia sedarkan diri tadi.
"Mana Fea?" Soal Ian.
"Err. Fea.. Dia ada kat luar tu. Nak mama panggilkan dia?" Soal Puan Marlia. Ian hanya mengangguk. Puan Marlia segera keluar mendapatkan Fea.
"Ian.." Ucap Fea sebaik saja dia masuk bersama Puan Marlia.
Ian menepuk perlahan tilam di bahagian kanannya, memberi isyarat supaya gadis itu duduk disebelahnya. Tanpa banyak bertanya, Fea terus duduk di sebelah Ian.
"Awak kata nama awak Fea, kan.. bakal isteri saya?" Soal Ian sambil memandang wajah Fea penuh minat.
"Ya.." Fea mengangguk perlahan, tidak mahu berharap apa-apa.
"Saya tak ingat siapa awak, but... will you marry me?"
-TAMAT-
******************************Nantikan epilog ye. Jangan buang dari library dulu tau. Love you guys ❤
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...