CHAP. 60

6.3K 250 13
                                        

"ASSALAMUALAIKUM." Ucap Ian sebaik saja setiausaha Dato' Kamaruddin membukakan pintu pejabat buatnya.

"Waalaikumussalam. Masuklah Ian. Jemput duduk." Balas Dato' Kamaruddin dengan senyuman. Ian melangkah masuk lalu bersalaman dengan Dato' Kamaruddin. Mereka duduk berhadapan di sofa yang terletak di dalam pejabat Dato' Kamaruddin itu.

"Uncle terkejut jugak bila setiausaha Uncle bagitahu yang kamu datang nak jumpa Uncle. Kamu nak bincang pasal projek kita ke?" Soal Dato' Kamaruddin.

"Taklah Uncle. Kedatangan saya ke sini bukan nak bincang tentang projek kita tu tapi tentang perkara lain." Jawab Ian sambil tersengih. Tiba-tiba saja perasaannya menjadi gugup. Lama juga dia duduk di dalam kereta tadi, cuba mengumpul semangat untuk berhadapan dengan Dato' Kamaruddin.

"Pasal apa tu?" Soal Dato' Kamaruddin pelik.

"Pasal Sofea." Jawab Ian. Dato' Kamaruddin tersenyum, seakan dapat menggagak sesuatu.

"Kenapa dengan anak Uncle tu?" Soal Dato' Kamaruddin lagi.

"Saya.. ermm. Saya nak mintak izin Uncle untuk jadikan Fea isteri saya." Jawab Ian malu-malu. Namun dia menarik nafas lega. Akhirnya ayat itu terucap juga. Berdebar-debar ni nak tunggu jawapan dari Dato' Kamaruddin.

"Alhamdulillah. Jadi betullah sangkaan Uncle selama ni, yang kamu dengan anak Uncle tu ada sesuatu. Pandai betul Fea sembunyikan dari Uncle. Bertuah punya budak." Ucap Dato' Kamaruddin lalu ketawa kecil.

"Saya mintak maaf, Uncle. Bukan niat kami nak sembunyikan perkara ni dari Uncle. Cuma nak cari masa yang sesuai untuk bagitahu Uncle." Ucap Ian menerangkan perkara sebenar.

"Taklah. Uncle tak marah. Uncle tahu niat kamu baik. Dan kamu pun tahu kan dari mula lagi Uncle memang nak kamu jadi menantu Uncle." Balas Dato' Kamaruddin sambil tersenyum.

"Jadi Uncle terimalah ni?" Soal Ian masih malu-malu.

Dato' Kamaruddin tersenyum lalu mengangguk. "Uncle terima."

"Alhamdulillah. Terima kasih Uncle. Inshaa Allah, saya akan jaga Fea macam mana Uncle jaga dia. Saya janji akan bahagiakan Fea dan takkan sia-siakan dia. Saya betul-betul ikhlas nak memperisterikan Fea." Ucap Ian bersungguh-sungguh.

Dato' Kamaruddin bangun lalu duduk di sebelah Ian. Dia memegang bahu Ian lembut lalu berkata, "Uncle percayakan kamu. Uncle tahu kamu boleh bahagiakan dia."

"Jadi bila kamu nak datang ke rumah dengan rombongan meminang?" Soal Dato' Kamaruddin seakan teruja.

"Inshaa Allah, dalam masa terdekat ni, Uncle." Jawab Ian.

"BERTUAH punya budak! Dah berbulan bercinta, baru sekarang nak bagitahu mama ye." Bebel Puan Marlia kepada anak terunanya itu. Habis dicubitnya Ian kerana geram bercampur gembira dengan berita yang baru disampaikan anaknya itu. Akhirnya hasrat dia ingin bermenantukan Airina Sofea tercapai. Pantas dia mengucapkan syukur di dalam hati.

"Bila kita nak hantar rombongan meminangnya?" Soal Puan Marlia teruja.

"Minggu depan boleh, ma?" Soal Ian pula.

"Boleh sangat. Kalau ikutkan mama, esok jugak mama nak pergi meminang si Sofea tu." Jawab Puan Marlia.

"Amboi mama. Teruja sangat tu. Sabar." Ucap Ian.

"Mestilah mama teruja. Hasrat mama dengan arwah papa dah hampir tercapai. Nak tengok kamu berkahwin. Lagi-lagi dengan gadis sebaik Sofea tu. Mama tak nak tunggu lama-lama. Takut dia berubah hati." Balas Puan Marlia.

"Inshaa Allah, tak ma. Mama rilek-rilek je dulu okay." Ucap Ian sambil berseloroh.

"Banyaklah kamu punya rilek-rilek." Balas Puan Marlia sambil menjeling ke arah Ian yang sedang tersengih.

"I love you, Puan Marlia. Terima kasih sebab tak putus-putus berdoa untuk Ian. Apa yang Ian capai sampai saat ni, semuanya berkat doa-doa mama tu." Ucap Ian. Tangan Puan Marlia diraih lalu digenggam erat.

"I love you too sayang. Mama takkan pernah berhenti berdoa untuk kamu. Selagi mama bernafas, selagi mama ada kudrat, mama akan selalu doakan kamu. Kamu kan anak mama. Satu-satunya." Balas Puan Marlia lalu memeluk Ian erat. Perasaan sebak menyelubungi hatinya.

"Kalau papa ada, mesti papa gembira, kan. Mesti papa pun akan peluk Ian macam ni." Ucap Ian, lalu sebutir air matanya jatuh. Rindu.. dia rindukan Tan Sri Mukhriz.

************************

Sorry guys atas kelewatan ini.

IAN HANAFI ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang