SEBAIK sahaja Ian beredar keluar dari kafe, Fea segera mengejarnya. Hanya satu, dia perlukan penjelasan dari lelaki itu tentang apa yang didengarinya pagi tadi semasa Reza berbual dengan Ian melalui panggilan telefon. Sepanjang hari hatinya tidak keruan untuk mendengar penjelasan dari Ian.
"Ian!" Panggil Fea semasa Ian baru sahaja mahu masuk ke dalam kereta. Ian menoleh.
"Fea." Ucap Ian, tidak jadi untuk masuk ke dalam kereta. Pintu kereta ditutup semula lalu dia menghampiri Fea.
"Kenapa awak?" Tanya Ian.
"Saya nak tanya awak something ni dan saya nak awak jujur." Ucap Fea.
"Okay. Tapi tengok muka awak macam serius je soalan awak tu." Balas Ian.
"Very serious. Now listen!Betul ke awak tolong Reza beli semua barang untuk dia propose saya, termasuk cincin lamaran tu?" Soal Fea dengan wajah serius.
Ian tergamam sekejap. 'Aik. Macam mana dia boleh tahu ni?'
"Answer me please." Tekan Fea lagi.
"Ermm. Ye." Pendek saja jawapan Ian sambil otaknya ligat memikirkan alasan yang boleh dia berikan sekiranya Fea bertanya lebih lagi.
"Why?" Tanya Fea lagi.
"Dah dia mintak tolong, saya tolonglah." Jawab Ian dengan bersahaja.
"Okay fine. Sekarang saya nak tanya. You ask me for a second chance. Beriya-iya cakap yang awak akan tunggu jawapan dari saya. Now suddenly, awak tolong Reza propose saya. Apa semua ni?" Soal Fea dengan perasaan yang berbaur. Geram dan kecewa. Namun Ian masih diam.
"Reza kata dia dah suka saya dari dulu lagi. Awak dah tahu ke perkara ni sebelum awak mintak peluang kedua pada saya?" Soal Fea. Ian tunduk. Diam. Masih tidak tahu apa yang harus dijawab. Di dalam hati, dia berbolak-balik, sama ada memilih untuk berterus terang atau memilih untuk melukakan gadis itu dengan berbohong tentang segalanya.
"Awak tahu, kan?" Soal Fea seperti dapat mengagak.
"Yes. I know it before I ask you for a second chance. So what?" Balas Ian. Kali ini wajahnya bersahaja. Tiada sebarang reaksi.
"Ian Hanafi.. Just tell me the truth. Apa sebenarnya perasaan awak pada saya? Atau sebenarnya awak saja nak permainkan saya? Awak tak serius ke masa luahkan perasaan pada saya?" Soal Fea bertubi-tubi. Mahu saja dia menangis saat ini.
'Sorry Fea. Saya terpaksa lukakan hati awak untuk kali kedua.'
"Baguslah kalau dah tahu." Jawab Ian masih bersahaja. Namun Fea yang merasa terkejut saat ayat itu meluncur keluar dari mulut Ian.
"Tak. Saya tak faham. Terus terang jelah." Fea menahan dirinya dari mengeluarkan air mata. Dia mahu dengar penjelasan sebenar Ian.
"Aku.Tak.Suka.Kau. Kau boleh faham, kan sekarang?" Balas Ian sambil memandang tepat ke dalam mata Fea.
"Tapi untuk apa awak baik dengan saya selama ni? Saya ingat awak serius." Air mata Fea sudah mula mengalir. Hatinya terasa dipijak-pijak.
'Please Fea, don't cry.' Pinta Ian dalam hati.
"Nak buat baik dengan kau kena suka kau dulu eh, macam tu? Yang kau nak menangis bagai ni macamlah kita ni sepasang kekasih yang nak break up. Kau bukan ada perasaan kat aku pun, kan. Anggap jelah permintaan aku untuk 'second chance' tu tak pernah berlaku. Simple, kan?" Ujar Ian menambah sakit di hati Fea. Dia tahu, mana mungkin orang yang pernah dia tolak dulu, akan suka lagi padanya. Jadi mengapa Fea perlu menangis untuk pembohongan seperti ini?
"Tak. Awak salah. Saya memang ada perasaan pada awak. Saya masih cintakan awak, Ian." Balas Fea jujur. Ian terkaku seketika, seakan tidak percaya dengan pengakuan dari Fea yang secara tiba-tiba itu.
"Bodoh kan saya? Awak dah tolak saya dua kali, tapi saya masih cintakan awak. Kalau awak nak tahu, saya tak pernah lupakan awak, cinta pertama saya. Kenangan tentang awak masih ada dalam ingatan saya walaupun tanpa diari yang pernah saya bagi pada awak. Hampir 10 tahun saya tipu perasaan saya dengan tanamkan perasaan benci pada awak, tapi kenapa hati saya masih berbunga tiap kali saya nampak awak? Kenapa Ian? Kenapa?" Luah Fea sambil tersedu-sedu menahan esakan yang semakin menghimpit hatinya. Biarlah dia luahkan segalanya. Dia tak mampu untuk menipu hatinya lagi. Meskipun lelaki di hadapannya ini sudah pun melukakan hatinya namun biar lelaki itu tahu tentang perasaannya.
Ian tertunduk menahan perasaannya. Apa lagi yang harus dia katakan untuk menyakiti hati gadis itu sedangkan hatinya meronta-ronta untuk mengatakan perasaannya yang sebenar. Yang dia juga mencintai gadis itu. Yang dia ingin gadis itu menjadi miliknya. Tapi apalah dayanya. Dia tahu Reza lebih berhak untuk membahagiakan gadis itu. Reza sudah lama mencintai Fea. Terlalu lama berbanding dirinya yang baru saja menyedari tentang perasaan hatinya terhadap Fea. Dia tidak mahu jadi kawan yang makan kawan. Dia pasti, Fea akan lebih bahagia jika bersama Reza. Apalah nak dibandingkan dengan dirinya yang jahil dan penuh dengan noda dosa.
"Kenapa awak diam? Jawablah Ian. Buatlah saya bencikan awak. Sakit tahu tak bertahun-tahun simpan perasaan yang sama sedangkan ia cuma sia-sia. Bertepuk sebelah tangan." Ucap Fea lagi.
"Cukuplah Fea. Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Kau dengan perasaan kau tu boleh blah." Balas Ian lalu masuk ke dalam kereta dan terus meninggalkan Fea sendirian teresak-esak dengan kenyataannya itu.
'Kau dengan perasaan kau tu boleh blah.'
"Sampai hati awak Ian.." Ucap Fea sambil perlahan-lahan mengelap air matanya.
"Fea.. Kenapa menangis ni?" Soal Reza yang tiba-tiba saja muncul.
"Err.. Tak ada apa." Jawab Fea sambil cepat-cepat mengelap baki air mata yang masih berada di pipi.
"Kalau tak ada apa-apa kenapa menangis?" Soal Reza lagi.
"Tak. Mana ada Fea menangis. Ni tadi, angin kuat sangat sampai masuk habuk mata Fea ni." Dalih Fea memberi alasan.
"Okaylah, Fea masuk dalam dulu eh. Sambung kerja." Ucap Fea lalu segera beredar masuk ke dalam kafe.
"Ya Allah, bodohnya aku! Dia masih cintakan aku tapi aku tolak dia. Aku sakitkan hati dia. Aku mainkan perasaan dia. Kau memang bodoh Ian!" Jerit Ian memarahi dirinya sendiri. Stereng kereta ditumbuk melepaskan perasaan yang terbuku.
'Kau memang pengecut, Ian. Kau taknak pertahankan perasaan kau. Kau sanggup biarkan dia dengan orang lain. You are loser!' Hatinya berkata-kata mentertawakan dirinya sendiri.
'Dua kali dia luahkan perasaan kat kau, dua kali kau patahkan hati dia. Kau memang tak layak dengan dia.' Hatinya berkata lagi.
"Shut up!" Jerit Ian lalu menekan pedal minyak sekuatnya hatinya.
***********************
Sis tak sanggup nak tunggu malam so sis update terus. Hahah.
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...