CHAP. 52

5.7K 292 29
                                    

"APA mimpi ni kau ajak aku jogging? Bertahun dah kot kita tak jogging sama-sama macam ni. Seingat aku, last kita jogging dalam 5 tahun lepas, kan."Soal Ian pada Reza sambil termengah-mengah menahan penat sebaik saja mereka berhenti berehat. Peluh yang berjuraian di dahi, dilap Ian dengan tuala yang tersangkut di bahunya.

"Sebab dah bertahun tak jogging sama-samalah aku ajak kau jogging hari ni. Kasi keluar peluh jantan kau yang dah bertahun tak keluar tu." Balas Reza sambil meregangkan kakinya yang penat selepas berlari tadi.

"Eh, tolong sikit! Aku tetap jogging dalam bertahun tak jogging dengan kau tu eh. Dah berliter air peluh aku ni keluar. Kau je tak tahu." Balas Ian dengan nada bangga.

"Cehh. Bangga diri. Riak namanya tu." Ejek Reza sambil melemparkan botol air yang telah kosong lalu mereka ketawa bersama-sama. Selepas itu, mereka duduk di bangku yang terdapat di kawasan taman rekreasi itu.

"Wehh. Aku sayang Fea tu. Aku tak suka tengok dia menangis disebabkan orang lain. Kau tahu kan." Ucap Reza tiba-tiba dengan wajah serius sebaik saja mereka melabuhkan punggung.

"Ye, aku tahu. Tapi kenapa tiba-tiba je kau cakap pasal Fea ni? Ada orang buat dia menangis ke?" Soal Ian dengan wajah yang berkerut.

"Entahlah. Kau rasa apa patut aku buat kalau ada orang sakitkan hati Fea, buat dia menangis?" Soal Reza pula tanpa menjawab soalan dari Ian itu.

"Ermm. Kau patut tumbuk je muka orang tu." Jawab Ian yakin.

"Betul?" Soal Reza, inginkan kepastian dari 'cadangan' Ian itu. Laju aje Ian menganggukkan kepalanya. Lalu tanpa teragak-agak, Reza menumbuk wajah Ian hingga dia jatuh terjelepuk ke tanah.

"Erghh!" Ian terbaring kesakitan akibat tumbukan Reza yang secara tiba-tiba itu.

"Woi kau dah kenapa?!" Soal Ian dengan nada marah sambil menahan sakit di pipi. Darah mengalir dari tepi bibirnya, menunjukkan Reza sememangnya tidak bergurau dengan tumbukannya tadi.

"Tadi kau yang cakap, aku patut tumbuk muka orang yang sakitkan hati Fea." Jawab Reza bersahaja.

"Apa maksud kau ni?" Soal Ian lagi. Kini dia sudah berdiri kembali di hadapan Reza. Rahangnya terasa sakit yang teramat. Ikutkan hati, mahu saja dia membalas tumbukan Reza itu. Namun dia harus tahu mengapa Reza menumbuknya.

"Aku dengar sendiri yang Fea cakap dia masih cintakan kau. Tapi apa kau buat? Kau marah dia dengan kata-kata yang tak sepatutnya. Kau sakitkan hati dia. Dulu, sekali kau buat dia menangis lepas dia luahkan perasaan dia pada kau. Sekarang, kau buat lagi dia menangis. Lelaki jenis apa kau ni?" Reza menarik kolar baju Ian. Mahu saja dia menumbuk lagi wajah Ian dengan penumbuknya. Ian terkejut dengan jawapan Reza.

"Kenapa kau diam? Tak sangka yang aku tahu?" Soal Reza dengan senyuman sinis.

"Kau suka Fea, kan?" Soal Reza lagi. Namun Ian hanya diam. Dia tidak tahu apa yang harus dia jawab.

"Jawablah!" Ucap Reza sambil menolak bahu Ian kasar.

"Kau dengar kan jawapan aku masa Fea tanya aku hari tu? Aku tak suka dialah!" Balas Ian, masih menyembunyikan perasaannya.

"Dah tu kenapa kau mintak dia peluang kedua? Kenapa kau buat dia jatuh cinta dengan kau sekali lagi?!" Soal Reza, ingin tahu. Selama beberapa hari dia memendamkan perasaannya sejak kejadian tempoh hari. Jika Ian tidak tertinggal dompetnya di kafe, pasti Reza tidak keluar untuk memulangkannya dan pastinya Reza tidak akan tahu perasaan Fea yang sebenar. Maka sudah terjawab, lamarannya tidak akan diterima Fea. Gadis itu tidak mencintainya. Dan apa yang membuatkannya lebih kecewa, tanpa diketahuinya, Ian juga telah meluahkan perasaannya pada Fea.

"Pleaselah Reza. Kau dengar semuanya kan. Cukuplah kau tahu yang aku memang tak ada perasaan kat Fea. Jangan persoalkan tindakan aku tu." Balas Ian. Biarlah Reza tidak tahu perasaannya yang sebenar. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan antaranya dengan Reza.

"Kau tak payah nak tipu akulah, Ian. Aku bukan baru kenal kau sehari dua. Aku tahu kau macam mana. Dulu bolehlah kau cakap kau tak suka Fea, sebab aku tahu kau memang tak suka dia. Tapi sekarang lain, Ian. Perasaan boleh berubah. Sekarang boleh aje kau jatuh cinta kat dia." Balas Reza. Dia pasti, Ian juga mencintai Fea. Jika dulu, Ian memang tidak sukakan Fea. Nampak aje kelibat gadis itu, pasti dia melarikan diri. Ada saja rungutannya tiap kali gadis itu memberinya sesuatu. Bukan saja Fea, gadis-gadis lain yang juga cuba memikat hatinya tidak akan dilayan. Dan Rezalah tempat dia merungut itu dan ini. Tapi kini sudah lain. Ian Hanafi yang sekarang bukan lagi Ian Hanafi yang dulu. Dia sudah jauh berbeza. Tidak mungkin Fea jatuh cinta kali kedua pada Ian jika lelaki itu tidak mendekatinya.

"Kau cakap apa ni, Reza? Aku takkan tikam kau dari belakanglah." Ucap Ian masih mempertahankan pendiriannya. Reza tak perlu tahu tentang perasaannya pada Fea.

"Kau dah pun tikam aku dari belakang lepas kau mintak Fea peluang kedua. Lepas kau bagi harapan kat dia." Balas Reza, sedikit kecewa. Ian terkedu dengan kata-kata Reza itu kerana apa yang dikatakan Reza adalah benar.

Keduanya terdiam seketika sebelum Ian berkata, "Aku mintak maaf, Reza. Aku.. Aku tahu aku bukan kawan yang baik."

"Jadi betullah kan kau suka Fea?" Soal Reza sambil memandang Ian.

"Itu tak penting. Yang pen..." Belum sempat Ian meneruskan kata-kata, Reza memotongnya.

"Ye atau tak?" Soal Reza dengan nada tegas. Ian terdiam sebelum mengangguk perlahan.

"Ye, aku suka dia. Tapi aku tak layak untuk dia, Reza. She deserve better." Jawab Ian sambil tertunduk. Tunduk kerana rasa bersalah. Bersalah kerana mengkhianati sahabat baiknya sendiri. Bersalah kerana menyukai orang yang disukai sahabatnya sendiri.

"Sebab tulah kau cakap macam-macam kat dia hari tu, kan?" Soal Reza lagi seakan dapat menduga tindakan Ian tempoh hari. Ian mengangguk perlahan.

"Reza. Aku mintak maaf. Aku sendiri tak jangka yang aku akan jatuh cinta dengan Fea sepanjang tempoh kau pergi. Aku patut buang perasaan tu." Ucap Ian penuh rasa bersalah.

"Reza.." Panggil Ian sambil memegang bahu Reza.

"Bagi aku peluang untuk betulkan balik keadaan. Aku tahu, Fea pasti akan terima kau lepas apa yang aku cakap kat dia. Dia mesti dah benci aku." Ucap Ian lagi, cuba menyakinkan Reza. Reza ketawa sinis dengan kata-kata Ian.

"Kau merepek apa ni, Ian? Kau ingat aku ni muka tembok ke? Nak bersama dengan orang yang tak cintakan aku. Dan kau fikir dengan buat Fea benci kau, akan buat dia cintakan aku? Jangan nak buat lawaklah." Balas Reza, mentertawakan Ian.

"Habis kau nak give up?" Soal Ian, cuba menduga Reza. Reza terdiam dengan pertanyaan Ian.

"Kalau itu yang boleh buat Fea bahagia." Jawab Reza.

******************************

Ada yang tengah senyum-senyum ke tu lepas habis baca bab ni?? hihih.

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now