SELEPAS Alisha beredar, Fea duduk di sisi katil sambil termenung memandang wajah Ian, lelaki yang sangat dicintainya. Benar kata Alisha, sebesar mana pun dosa yang Ian tanggung, kita bukan tuhan untuk menghukum. Ian perlukan bimbingan supaya dia terus istiqamah dengan jalan yang dipilihnya.
"Sofea.. Boleh tak you ambil I sekarang?" Kedengaran suara Ray dihujung talian. Suaranya mamai seperti baru saja bangun dari tidur.
"Ray. You kat mana? You baru bangun tidur eh?" Soal Fea. Jam di dinding menunjukkan angka 10 malam. Tak mungkin Ray baru bangun tidur. Tak kanlah dia...
"Ray, are you drunk?!" Soal Fea dengan nada yang keras. Dia tahu Ray pasti buat perangai lagi.
"I.. Yeahh. I'm drunk. Hahah." Jawab Ray lalu ketawa.
"But.. I feel little dizzy.. Kepala I rasa berat sangat." Ucap Ray tersekat-sekat.
"You minum sorang-sorang ke?" Soal Fea lagi.
"Tak. Tadi I minum dengan... Dengan my beloved, Nick.. Tapi ni tak tahu dia ke mana. Hilang macam tu je tinggalkan I. How sad." Jawab Ray dengan nada yang seolah-olah sedih.
"You kat mana ni?" Soal Fea sambil menyarung tudungnya. Dompet dan kunci kereta dicapai laju.
"I kat.. Havana... Tut. Tutt." Terus panggilan termati dengan tiba-tiba.
"Havana apa?? Aku mana tahu tempat-tempat macam tu. Ray nilah!" Rungut Fea lalu mencampak telefon bimbitnya ke tempat duduk pemandu.
"Redah jelah. Nanti dah sampai bandar baru google nama tempat tu." Omel Fea sambil menghidupkan enjin keretanya. Tanpa menunggu enjin kereta panas, Fea terus menekan pedal minyak dan keretanya pun meluncur laju di atas jalanraya.
Setelah hampir setengah jam mencari, Fea tiba di hadapan bar yang dikatakan Ray tadi. Setelah memarkir kereta di bahu jalan, Fea keluar dan berdiri di hadapan bar itu dengan perasaan yang berbelah-bahagi.
"Tak kan aku nak masuk pulak. Kerja gila kalau aku masuk dalam tempat macam ni. Aduhaii. Macam mana ni?" Omel Fea sambil menggaru kepalanya. Sedang Fea teragak-agak untuk masuk, muncul dua orang lelaki Cina berbadan besar memapah Ray keluar dari tempat itu. Belum sempat Fea mendapatkan Ray, dua orang lelaki Cina itu merebahkan tubuh Ray di tepi bar dan meninggalkan Ray begitu saja. Segera Fea mendapatkan Ray yang terbaring tidak sedarkan diri.
"Ray! Ray!" Panggil Fea sambil menggoyangkan tubuh Ray. Namun lelaki itu tidak juga bangun.
"Ya Allah, bau apa ni?" Fea menutup hidungnya dengan telapak tangan. Bau alkohol menusuk ke dalam rongga hidungnya. Dengan bersusah-payah, Fea memapah tubuh Ray masuk ke dalam kereta.
Jika tak kerana memikirkan lelaki itu satu-satunya sahabat yang banyak membantunya sewaktu mereka sama-sama menuntut dahulu, memang taklah Fea mahu membuang masa begini. Lagi pula Ray dan Fea berbeza cara hidup. Seorang kaki sosial, yang seorang lagi kaki skema. Bukan Fea tidak tahu cara hidup Ray itu. Siang malam berparti. Mabuk sana-sini. Tapi dah itu satu-satunya sahabat baik dia. Selalu ada sewaktu susah dan senang. Walaupun selalu mabuk, tak pernah sekali pun dia cuba mengambil kesempatan terhadap Fea.
Dan Fea tahu, Ray adalah seorang homoseksual.
"Ray, bangunlah!" Fea menolak kasar bahu Ray, berharap lelaki itu sedar dari mabuknya. Tak semena-mena, tubuh Ray mengeletar. Mulutnya berbuih-buih seakan keracunan.
"Ya Allah! Ray!" Ucap Fea terkejut. Dengan rasa yang cemas, Fea terus menghidupkan enjin keretanya dan menuju ke hospital yang terdekat.
Setelah dirawat, barulah Fea tahu bahawa Ray overdose dadah jenis ecstasy. Dan Ray hampir saja kehilangan nyawanya jika tidak dirawat dengan segera. Mujurlah Fea sempat sampai di hospital tepat pada masanya.
"Ray, are you kidding me?! Apa yang you dah buat dengan diri you ni? You hampir mati you tahu tak?!" Marah Fea sebaik saja Ray sedar.
"Fea..." Ucap Ray dalam keadaan yang lemah.
"Don't call my name. You dah janji dengan I kan tak nak sentuh benda-benda tu lagi, tapi tengoklah, you ambik jugak." Balas Fea dengan wajah yang merah. Sungguh dia sedang menahan amarahnya.
"I do, Fea. I memang tak ambik dah benda-benda tu. I... I tak sangka Nick sanggup letak benda tu dalam minuman I sampai I overdose. I tak tahu apa-apa." Jelas Ray perlahan. Dia tahu, Fea pasti akan marah bila dia menyebut tentang pasangan sejenisnya itu.
Fea menarik nafas dalam-dalam lalu melepaskannya sekuat hati. Dia mendengus geram sambil memandang Ray yang terbaring dengan wajah pucatnya.
"Ray.. you tahu tak you hampir mati? M.A.T.I. Nick you yang you sayang sangat tu dah betrayed you dengan letak benda tu dalam minuman you sampai you overdose dan hampir mati. Kalau I tak sampai tepat pada masanya semalam lepas you call I, I rasa you dah tak ada dah kat sini." Ucap Fea cuba menyedarkan Ray.
"I know Fea. I'm sorry." Ucap Ray. Hanya maaf yang mampu dia ucapkan ketika itu. Fea mengeluh perlahan.
"Ray, please.. Fikir masak-masak lepas apa yang jadi ni. Dia dah khianat you. Dia tinggalkan you seorang diri dalam kereta lepas bagi you minum air campuran tu. Please.. Fikir betul-betul. Kehidupan yang you pilih ni pada I bukan satu-satunya jalan kehidupan yang boleh bahagiakan you. It's not something healthy. Please.." Pinta Fea sambil memegang bahu Ray. Dia benar-benar berharap Ray akan memikirkannya.
Lama Ray terdiam sebelum dia mengangguk perlahan. "I'll try Fea. I promise."
Untuk beberapa ketika, Fea terlupa tentang itu. Kenyataan bahawa dia juga mempunyai seorang sahabat baik yang pernah terjebak dengan kehidupan sebagai seorang homoseksual. Dan bagaimana dia berusaha untuk menarik lelaki itu dari kancah kehidupan yang penuh dengan dosa itu. Ya, dia terlupa.
Fea memandang wajah pucat Ian yang masih terbaring koma. Bagaimana Fea pernah memberi peluang kepada teman rapatnya iaitu Ray, yang dulunya juga pernah terjebak dengan kehidupan sebagai seorang homoseksual, jadi dia harus memberi peluang yang sama kepada Ian. Sebagai seorang kawan kepada orang yang pernah berada dalam situasi yang sama seperti Ian, Fea sepatutnya lebih faham apa yang Ian rasa.
Bukan mudah untuk golongan seperti mereka ingin berubah. Bagaimana mereka berusaha melawan perasaan yang datang tiap kali mereka cuba untuk membuang perasaan itu jauh dari kehidupan mereka.
Ya, Fea ada sewaktu Ray melalui setiap kepayahan untuk berubah. Fealah yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan nasihat supaya Ray tidak berputus asa. Untuk seketika, Fea terlupa semua itu.
*****************************
Cuma nak cakap, bahagian penamat semakin menghampiri. Huarghhhh! 😭

ANDA SEDANG MEMBACA
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...