SEMINGGU sudah berlalu sejak kejadian di stor tempoh hari. Dan semenjak itu jugalah Ian tidak memunculkan diri di kafe.
"Kalau dikira-kira, aku rasa dah dekat seminggu bos kita tu tak mai sini. Busy ke ek?" Tanya Amri pada Mia.
"Ermm. Ye tak ye jugak ek. Dah seminggu. Dah baik ke kaki Encik Ian tu?" Soalan Amri tidak dijawab oleh Mia, sebaliknya pertanyaan itu dikembalikan oleh Mia pada Amri yang sedang menongkat dagu menunggu jawapan dari Mia.
"Entahlah. Aku rasa dah baik kot. Busy kat syarikat lah tu agaknya." Jawab Amri, meskipun soalannya tadi tidak berjawab.
"Hoii korang! Ha bergosip je eh. Buat kerjalah." Sergah Fea yang entah dari mana tiba-tiba saja muncul.
"Mana ada bergosiplah. Kita orang tengah cakap pasal Encik Ian ni. Dah seminggu kan dia tak datang kafe. Mana pernah dia tak datang kafe dalam seminggu. Sebelum ni, seminggu 2 kali mesti dia datang." Ucap Mia dengan wajah penuh tanda tanya. Fea terdiam seketika.
Sebenarnya, Fea juga memikirkan hal yang sama. Sejak kejadian tempoh hari, Ian tak lagi datang ke kafe. Bila ditanya pada Sarah, supervisornya itu hanya mengangkat bahu tidak tahu.
"Ha! Apa kata hari ni lepas kerja, kita pergi melawat Encik Ian kat rumah. Hari ni kan hari minggu, mesti dia ada kat rumah punya." Cadang Mia dengan wajah penuh pengharapan. Dah lama dia teringin untuk masuk ke dalam rumah mewah milik seorang Tan Sri. Pasti mengujakan.
"Kalau tu aku setuju. Jom Fea. Kita ajak Kak Sarah sekali. Nak?"Tanya Amri setelah menyetujui cadangan Mia tadi. Kini dia pula yang memandang Fea penuh pengharapan.
"Err. Korang pun tak payahlah tengok aku macam tu. Aku.. Aku ada hal lah lepas kerja ni. Korang pergilah." Balas Fea. Sengaja menipu. Dia masih tidak mahu bersua muka dengan Ian walaupun sebenarnya jauh di sudut hati, dia ingin tahu keadaan Ian ketika ini. Jika tidak, takkanlah setiap hari dalam masa seminggu ini dia asyik berdiri di kaunter kafe setiap pagi, menanti kedatangan Ian.
"Alahh Fea. Time macam ni pulak kau ada hal. Jomlah Fea." Rayu Mia. Dia tahu Fea mengelak untuk berjumpa dengan Ian kerana kejadian tempoh hari. Tapi Ian majikan mereka. Tak salah kot kalau datang melawat walau apa pun yang dah jadi.
"Nantilah aku fikir dulu." Balas Fea, memberi sedikit harapan.
"Ikut tau. Aku nak pergi tanya Kak Sarah jap." Ucap Mia lalu beredar ke dapur untuk berjumpa dengan Sarah. Fea hanya mengeluh perlahan. Buntu, tidak tahu mahu pergi atau tak. Aduhaii...
"WAHHH! Besarnya rumah Encik Ian." Puji Mia sebaik saja mereka masuk ke perkarangan rumah agam milik Tan Sri Mukhriz.
"Mestilah besar, rumah Tan Sri kot." Balas Amri sambil memarkir kereta.
"Dah, jom turun." Ucap Amri lagi.
"Nasib baik Encik Ian ada kat rumah. Kita datang ni dah lah tak bagitahu dia." Ucap Sarah sedikit serba salah. Takut menganggu bosnya itu sedang berehat.
"Tak apalah Kak Sarah. Kita datang ni kan dengan niat nak melawat dia. Encik Ian mesti okay punya." Ucap Mia menyakinkan Sarah.
"Jangan risaulah kak. Dah jom." Amri berjalan mendahului mereka menuju ke hadapan pintu rumah agam itu. Butang loceng ditekan memberitahu kedatangan mereka.
Baru saja dua kali loceng dibunyikan, Ian sudah pun terpacul di hadapan pintu.
"Heii, you guys datang?" Tanya Ian, agak terkejut dengan kehadiran mereka.
"Surprise!!" Ucap Amri dan Mia serentak. Keduanya teruja melihat Ian.
"Sorry Encik Ian, kami datang tak bagitahu dulu. Dah seminggu Encik Ian tak datang kafe, tu yang kami datang melawat ni." Ucap Sarah.
"Eh, it's okay. Jom masuk." Ucap Ian, mejemput mereka masuk.
"Kaki bos dah okay ke ni?" Tanya Amri semasa mereka sedang menuju ke ruang tamu.
"Okay dah ni. Siap boleh break dance kalau nak tahu." Seloroh Ian. Mereka hanya ketawa kecil.
Tawa mereka terhenti saat melihat seseorang yang amat mereka kenali sedang duduk di hujung sofa besama Puan Marlia sambil menghirup segelas jus oren. Dahi Ian berkerut melihatkan reaksi mereka yang secara tiba-tiba berubah. Ian memandang ke arah yang di pandang Mia.
"Oh. You guys mesti ingat dengan Misha kan. Dia pun datang melawat saya. Jemput duduk. Saya ambilkan air sekejap." Ucap Ian dan terus berlalu ke dapur.
"Spoil mood betullah." Rungut Mia perlahan.
"Eh Sofea pun ada." Ucap Puan Marlia ramah sebaik saja terlihat Fea. Dia segera berdiri mendapatkan Fea. Fea hanya tersenyum. Senyum yang dibuat-buat selepas turut sama terkejut melihat keberadaan Misha di dalam rumah agam itu. Entah kenapa hatinya terasa sakit.
"Eee. Rindunya Aunty dengan kamu tahu tak. Lama tak jumpa kan." Ucap Puan Marlia gembira sambil memeluk Fea. Selepas pelukan terlerai, Fea menyalami tangan Puan Marlia. Begitu juga dengan Mia, Sarah dan Amri.
Di hujung sofa, Misha hanya menjeling melihat keramahan Puan Marlia terhadap Fea. Meluat mungkin.
"Kamu bertiga ni kawan Ian jugak ke? Maaflah, Ian ni jarang nak kenalkan kawan-kawan dia dengan Aunty." Ucap Puan Marlia kepada Amri, Mia dan juga Sarah.
"Eh taklah Aunty. Kami ni pekerja Encik Ian kat kafe." Jawab Sarah.
"Ohh.." Puan Marlia mengangguk.
"Saya Sarah. Ni Amri dan yang sorang lagi tu Mia." Sambung Sarah lagi memperkenalkan diri mereka.
"Comel-comel aje pekerja Ian ni ye. Hihi. Marilah duduk." Pelawa Puan Marlia. Mereka berempat hanya menuruti sambil tersenyum. Kembang hidung apabila dipuji comel.
"Aunty sihat? Bila Aunty balik dari Dubai?" Tanya Fea sebaik saja mengambil tempat duduk di sebelah Puan Marlia.
"Sihat alhamdulillah. Dah 3 hari dah. Risaukan si Ian tulah. Tak tenang hati Aunty masa kat sana memikirkan dia." Jawab Puan Marlia. Ada nada sebak di situ. Iyalah, ibu mana je yang tak risaukan anaknya, lebih-lebih lagi bila anaknya itu ditimpa bencana di saat mereka berjauhan.
Fea hanya tersenyum. Dia faham akan perasaan Puan Marlia itu. Meskipun sudah lama dia tidak merasa kasih sayang seorang ibu selepas mamanya meninggal 7 tahun lepas, namun kasih sayang Dato Kamarudin terhadapnya sebagai seorang ayah tidak pernah berbelah bahagi. Sama seperti arwah mamanya.
"Haishh. Apa yang lama sangat si Ian ni, ambilkan air aje. Sekejap ye, Aunty pergi tengok apa yang dia buat kat dapur tu lama sangat." Ucap Puan Marlia, bingkas bangun.
"Eh tak apa Aunty, biar Misha je pergi tengokkan." Ucap Misha, lalu segera bangun. Puan Marlia hanya tersenyum dan mengangguk lalu kembali duduk di sisi Fea.
Selepas Misha berlalu ke dapur, mereka berlima berbual kosong di ruang tamu. Puan Marlia yang banyak bertanya itu dan ini. Saja bersuai kenal dengan tetamu anaknya itu.
"Aunty, Fea tumpang tandas ye." Ucap Fea, meminta izin untuk ke tandas.
"Ha yelah. Sofea pergi dapur, nanti Ian tunjukkan tandas." Balas Puan Marlia.
Sampai saja Fea di dapur, dia dikejutkan dengan sesuatu yang tidak disangka terjadi di depan matanya. Ian sedang berdiri menghadap Misha dan tangannya kanannya berada tepat di atas dada Misha!
*******************************************************************
Ok guys. Sorry sesangat sebab lambat post. PC buat hal. Disebabkan itu, author akan post chap. 37 atas tanda maaf. Suka tak?? hihihi.
AMARAN! Cerita adalah berbentuk santai. Author lebih menekankan cerita tentang Ian dan Fea dan kurang menceritakan topik tentang gay. Harap maklum. Peace no war.
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...