"Abang Reza.." Panggil Fea sebaik saja Reza masuk ke dalam dapur.
"Ye Fea. Kenapa?" Tanya Reza sambil memandang Fea dengan senyuman yang sengaja dibuat.
'Tahu dah. Mesti nak tanya pasal Ian ni..' Ucap Reza di dalam hati.
"Abang.. betul ke mamat tadi tu Afi. Ian Hanafi Tan Sri Mukhriz?" Tanya Fea ingin tahu.
'Mintak-mintaklah bukan. Bukan bukan. Katakanlah wahai Abang Reza. Katakanlah itu bukan dia. Katakanlahhhhh!' Jerit Fea di dalam hati, cuba menidakkannya.
"Ha lah. Tulah dia. Ingat pulak ye nama penuh dia. Masih ada hati ke dengan 'Abang Afi' awok tu Cik Sofea oi?" Tanya Reza, sengaja mengusik.
"Eh. Memang taklah! Bertambah menyampah lagi ada lah. Halahhaii abang.. Kenapalah dalam banyak-banyak manusia, Fea kena jumpa dia lagi. After 10 years abang. Alahaiii.." Rungut Fea dengan keluhan tak sudah. Reza tergelak dengan kata-kata Fea.
'OMG! No!! Kenapa dia?! Tak naklah.. Tak nak jumpa dia lagi!!' Jerit Fea bersungguh-sungguh. Tapi hanyalah di dalam hatinya saja.
"Apa yang Fea nak keluhkan sangat. Bukannya Fea jumpa dengan malaikat maut pun. Crush Fea tu. Tak gembira ke?" Usik Reza lalu menyambung tawanya.
"Abang ni kan. Sengaja kan nak sakitkan hati Fea. Fea paksa abang Wan turunkan pangkat abang jadi cleaner kat cafe ni baru tahu. Haa. Nak? Nak?" Ugut Fea. Sakit je hatinya dengan usikkan Reza itu.
"Amboii. Besarnya 'angan-angan mak jemah' Fea tu. Abang mengadu dengan Wan yang Fea main-main masa kerja sampai hidangkan coffee pahit kat customer nak? Lepas tu abang bodek Wan suruh turunkan elaun Fea. Biar Fea tak dapat beli apa-apa. Nak? Nak?" Gertak Reza pula. Acah-acah gertak aje. Saja nak menyakat adik sahabatnya itu.
"No! Tak nak.. Abang Reza ni.." Terus saja wajah Fea berubah. Muka minta belas ihsan gamaknya. Takut lettew!
"Haa tahu takut bila abang gunakan kuasa veto abang ni. Ugutlah lagi.." Ucap Reza sambil membuat riak bangga. Fea hanya tertunduk kalah.
'Hambiklah.. Nak sangat menang kan. Pandai tu ugut orang balik. Huh!' Omel Fea di dalam hati.
Kalah sekali tak bermakna kalah selamanya.
Ada ubi ada batas, ada hari gua balas.
Fea menjengah ke arah ruang hadapan cafe dari celah pintu dapur, mencari kelibat Ian. Tak ada.
'Ok cun. Dia dah blah lah tu.'
Perlahan-lahan Fea berjalan keluar ke ruang hadapan cafe, ingin mengemas meja yang digunakan Ian dan Reza sebentar tadi.
"Eh nak kemana tu?"
Langkah Fea serta merta terhenti apabila di tegur satu suara. Dia menoleh ke arah kanan.
'Alamak!'
"Ni kaunter ni tak ada orang dah ke nak jaga? Macam mana nak bayar? Ke cafe ni tengah buat charity, bagi orang makan free." Ucap Ian yang sedang berdiri di hadapan kaunter. Dari tadi dia berdiri di situ, ingin membayar pesanannya namun tiada orang di kaunter.
Fea menjeling memandang Ian.
'Macam manalah boleh tak nampak dia kat situ tadi. Bala bala..' Keluh Fea.
Dia melangkah redha ke arah kaunter. Mahu tak mahu kena jugalah mengadap. Dia melihat resit yang dihulurkan Ian.
"RM22.35 sen.." Ucap Fea setelah selesai membuat kiraan. Wajah Ian langsung tidak dipandang.
'Hey. Bekas crush tu. Dah lah pulak, tu crush yang tolak cinta kau mentah-mentah. Kau masih boleh nak buat muka spender basah depan dia? Tak malu?'
Ian menghulurkan sekeping not RM50 namun hulurannya tak bersambut.
"Hei cik adik muka ketat, pandang sini boleh? Orang nak bayar ni." Perli Ian geram.
"Ishhh.." rungut Fea. Dia mengambil duit tersebut dan masukkan jumlah duit yang diberi... Tikk! Kaunter terbuka. Duit naki dikeluarkan.
"Baki RM27.60 sen. Terima kasih, datang lagi.." Ucap Fea sambil membuat senyuman paling 'manis' kepada Ian. Sengaja ingin menyakitkan hati lelaki itu.
"Ha tahu pulak nak senyum. Ingat lumpuh satu muka sampai tak boleh nak senyum." Sindir Ian lalu melangkah keluar dari cafe tanpa menoleh ke arah Fea.
Fea hanya mencebik dengan sindiran Ian.
"Biar ah.. Sibuk!" Omel Fea sendirian.
**************************************
Guys.. Ian ni dulu memang gay, tapi dia bukan lembut ye. Bukan maknyah atau pondan 😂 Dia gagah perkasa sama seperti lelaki-lelaki lain. Cuma mulut dia je, memang cabul sikit. hahaha. Enjoy reading 😊😊
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...