DI dalam bilik yang menempatkan Ian, Fea memandang lelaki itu dengan pandangan kosong. Sudah 3 hari Ian terlantar koma dan baru hari ini Fea datang menjenguknya. Entah apa yang menggerakkan hatinya untuk datang juga menjenguk lelaki itu, meskipun berat dirasakannya. Memandang wajah itu saja sudah membuatkan dia diserbu dengan bermacam perasaan. Marah, rasa bersalah...
Fea memejamkan matanya sekejap. Cuba berkomunikasi dengan hatinya. Masihkah ada perasaan sayang pada lelaki itu? Bolehkah perasaan cinta yang dibawa di dalam hatinya selama 10 tahun, hilang begitu sahaja tatkala kebenaran tentang diri sebenar lelaki itu sudah diketahuinya? Atau lebih tepat lagi, bolehkah dia mencintai seorang lelaki homoseksual?
Kata-kata Misha tempoh hari menyerbu ruang fikirannya, 'Dan apa yang I pasti, lelaki spesies Ian tu nak kahwin dengan you sebab semata-mata nak tutup perangai terkutuk dia tu.'
Dan hati Fea terguris lagi tatkala teringatkan pengakuan Ian, 'Ya. Apa yang Misha bagitahu awak tu adalah benar. Lelaki yang awak tengok dalam gambar tu adalah Martin, pasangan gay saya sewaktu di London dulu. Dan tentang saya hampir berkahwin dan melarikan diri untuk hidup bersama dengan Martin jugak adalah benar.'
"Ya Allah. Sakitnya hati ni." Ucap Fea sambil memegang dadanya. Hatinya seakan dipijak-pijak apabila setiap patah perkataan itu terlekat kemas di dalam ingatannya. Air matanya tumpah lagi untuk entah yang ke berapa kali. Baru saja dia ingin merasa bahagia, tetapi dugaan sebesar ini datang mengujinya.
'Saya bukan macam tu lagi. Saya dah tinggalkan semua tu. I've change! Please, percaya cakap saya.'
"Ian.. Boleh ke saya percaya yang awak dah berubah? Sekali pun awak dah berubah, boleh ke hati saya menerima awak macam dulu semula?" Soal Fea sambil memandang wajah pucat Ian.
"Assalamualaikum." Tegur seseorang. Fea menoleh ke arah suara tersebut.
"Waalaikumussalam." Jawab Fea dengan dahi yang berkerut. Dia mengamati wajah gadis yang sedang tersenyum ke arahnya ketika ini. Seingatnya dia tidak pernah bertemu dengan gadis itu di mana-mana.
"Awak ni Sofea kan, tunang Ian?" Soal gadis itu sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
"Err. Iya, saya tunang Ian. Panggil saya Fea je." Jawab Fea lalu menyambut huluran tangan gadis itu.
"Awak ni siapa ye? Kawan Ian ke?" Soal Fea pula. Tapi kawan Ian yang mana? Tidak pernah pula Ian bercerita tentang kawan perempuannya.
"Oh. Lupa pulak nak kenalkan diri. Saya Alisha. Err. Tak tahulah nak kenalkan diri saya ni sebagai apa pada Ian sebab dah lama tak jumpa. Ermm. Saya Alisha, bekas tunang Ian." Jawab Alisha teragak-agak. Tak tahulah patut atau tidak dia memperkenalkan dirinya sebagai bekas tunang Ian walhal perkara itu sudah lama berlalu.
"Bekas tunang Ian? Jadi awaklah orangnya?" Soal Fea seolah-olah bermonolog dengan dirinya.
"Ian ada cerita kat awak pasal saya ke?" Soal Alisha kembali.
"Err. Tak ada apa-apalah. Ermm. Macam mana awak tahu Ian kat sini?" Soal Fea lalu mengajak gadis itu duduk di sofa yang disediakan di bilik wad kelas pertama itu.
"Dari Cik Marlia. Ibu saya dan Cik Marlia memang rapat. Sama macam arwah Uncle Mukhriz dengan abah saya, dorang kawan baik." Jawab Alisha jujur.
"Saya terkejut sangat bila ibu bagitahu yang Ian koma. Jadi kebetulan saya ada kat sini, tu yang saya datang melawat. Nak tengok keadaan dia." Sambung Alisha lagi lalu memandang Ian yang masih terbaring lesu tidak sedarkan diri.
"Macam mana dengan keadaan Ian? Masih belum ada progress ke?" Soal Alisha, memandang Fea kembali.
Fea menggeleng. "Masih belum ada sebarang tanda-tanda yang dia akan sedar dalam masa terdekat ni."
![](https://img.wattpad.com/cover/93594818-288-k856143.jpg)
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...