"EXPLAIN this." Ucap Fea lalu menunjukkan gambar yang terpapar di dalam telefon bimbit Misha. Gambar Ian bersama Martin yang kelihatan seakan berpelukan mesra. Gambar yang akan membongkar kisah silam Ian Hanafi.
"Ian Hanafi. Explain this. Cakap dengan saya apa yang Kak Misha bagitahu tadi tu semuanya tak betul. Awak bukan macam apa yang dia cakapkan." Ucap Fea lagi. Suaranya seakan bergetar menahan perasaan. Misha yang berdiri berdekatan Ian dan Fea hanya tersenyum puas.
"Fea. Saya akan jelaskan semuanya pada awak, tapi bukan kat sini. Kita balik jom." Jawab Ian. Dia akan menerangkan segalanya tetapi bukan di situ. Takut akan didengari oleh orang yang lalu lalang.
"Cukuplah tu Ian. Sampai bila you nak tipu semua orang? Just tell her the truth." Ucap Misha.
"Ian. Saya percayakan awak. Awak cuma perlu cakap yang semua ni tak betul. Lepas tu saya takkan persoalkan apa-apa lagi. Sebab saya tahu awak bukan macam tu. Kan Ian?" Pinta Fea, masih yakin bahawa apa yang diceritakan Misha itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.
Ian jadi serba tak kena. Sanggupkah dia menipu gadis yang bakal dinikahinya itu? Sanggupkah dia hidup dalam pembohongan? Dia tidak tahu apa lagi yang diceritakan oleh Misha kepada Fea, tapi yang pasti gambar tersebut telah menerangkan segalanya. Tentang kisah silamnya 3 tahun yang lalu.
Jadi apa sahaja yang diceritakan oleh Misha adalah benar. Tapi bagaimana pula Ian mahu menerangkan bahawa dia bukan lagi seperti itu? Bahawa dia telah berubah dan benar-benar ingin hidup bersama Fea, gadis yang telah berjaya mengubah hatinya.
Dapatkah Fea menerima siapa dirinya dahulu? Dirinya yang penuh dengan noda dosa. Atau dia akan kehilangan gadis itu buat selama-lamanya?
"Awak, kenapa awak diam?" Soal Fea apabila Ian hanya tertunduk diam, tidak menjawab.
"Jadi betullah yang awak pernah hampir berkahwin tapi lari sebab nak hidup bersama dengan lelaki tu?" Soal Fea. Diam Ian tanpa menidakkan segala soalannya itu membuatkan Fea mula percaya dengan kata-kata Misha.
Terus saja wajah Ian berubah riak. Dia terkejut. Macam mana Fea boleh tahu cerita itu? Ian memandang Misha.
"What? You tak sangka macam mana I boleh tahu?" Soal Misha dengan wajah yang sinis. Ian terus memandang Fea.
"Fea. Let me explain okay." Pinta Ian.
"Explain apa? Dari tadi saya tanya awak, sikit pun awak tak menafikannya. Awak asyik cakap yang awak nak terangkan semuanya, tapi tak ada apa pun." Ucap Fea, seakan bengang.
"Sekali lagi saya tanya awak, betul atau tak apa yang Kak Misha bagitahu saya, yang awak adalah seorang gay?" Soal Fea buat kali terakhir. Jika Ian masih berdiam diri, dia akan menganggap bahawa apa yang diceritakan Misha itu adalah benar.
Ian menarik nafas dalam-dalam lalu melepaskannya perlahan-lahan. Dia harus mengakuinya dan menerangkan perkara yang sebenar kepada Fea. Dan dia harus bersedia untuk kehilangan gadis itu. Mungkin untuk selama-lamanya. Melihatkan tiada sesiapa yang lalu lalang di situ, Ian berkata-kata.
"Ya. Apa yang Misha bagitahu awak tu adalah benar. Lelaki yang awak tengok dalam gambar tu adalah Martin, pasangan gay saya sewaktu di London dulu. Dan tentang saya hampir berkahwin dan melarikan diri untuk hidup bersama dengan Martin jugak adalah benar. Tapi.." Belum sempat Ian menerangkan semuanya, satu tamparan hinggap di pipinya.
"Sampai hati awak, Ian." Ucap Fea dengan tangan yang menggeletar. Hancur hatinya dengan pengakuan Ian itu. Sungguh dia tidak menyangka kebenaran yang keluar dari mulut Ian. Dari orang yang sangat-sangat dia percayai. Orang yang telah dia pilih untuk hidup bersamanya.
Dengan hati yang koyak, perasaan yang punah, Fea melangkah laju meninggalkan Ian. Dia tidak peduli dengan mata-mata yang memandang tindakannya menampar Ian tadi. Sakit hatinya.
"Fea. Nanti dulu! Dengar penjelasan saya." Pinta Ian lalu mengejar Fea. Sakit di pipinya langsung tidak diendahkan. Apalah sangat sakit ditampar daripada sakit kehilangan orang yang dicintainya. Dia harus menerangkan segala-galanya kepada Fea supaya gadis itu tidak salah faham dan meninggalkannya.
"Awak." Ian menahan Fea dari meneruskan langkahnya. Biarlah mata-mata yang memandang, dia tidak peduli. Ini bukan babak lakonan. Ini adalah realiti kehidupannya saat ini.
"Tepilah!" Fea menepis tangan Ian yang cuba menghalang laluannya. Tak sanggup lagi dia memandang wajah itu. Wajah seorang penipu yang telah menghancurkan hatinya.
"Awak, please. Dengar penjelasan saya. Saya bukan macam tu lagi. Saya dah tinggalkan semua tu. I've change! Please, percaya cakap saya." Pinta Ian sambil mengekori langkah Fea yang tiada hala tuju itu.
"Awak dah tipu saya hidup-hidup, lepas tu awak nak saya percaya cakap awak. Ini adalah penipuan terbesar awak yang saya tak boleh terima atau maafkan. Just get lost!" Ucap Fea lalu menolak tubuh Ian ke tepi.
"Fea, saya cintakan awak. Saya tak nak hilang awak. You've changed my whole life. Please, jangan tinggalkan saya. Bagi saya peluang untuk terangkan perkara sebenar. Please." Pinta Ian, masih mengikuti langkah Fea yang semakin hampir dengan laluan melintas pejalan kaki yang masih berwarna merah. Keadaan jalan raya yang masih sesak dengan kenderaan merisaukan Ian. Dan dia tak akan dapat memaafkan dirinya jika sesuatu berlaku kepada gadis itu.
Rayuan Ian langsung tidak dihiraukan oleh Fea. Dia terus meredah laluan pejalan kaki untuk melintas meskipun lampu isyarat masih berwarna merah. Bunyi hon kenderaan langsung tidak dipedulikannya.
"Fea! Stop!" Jerit Ian dan tiba-tiba bunyi satu dentuman yang kuat kedengaran. Langkah Fea terhenti. Dia menoleh dan tergamam. Masa seakan terhenti apabila melihat tubuh Ian terbaring di atas jalanraya dengan berlumuran darah.
'Ian...'
"Ian!" Fea berlari mendapatkan Ian yang sedang dikerumuni orang. Kenderaan sudah mula berhenti bergerak.
"Ian! Ian!" panggil Fea seraya mengangkat kepala Ian yang sudah terkulai tidak bermaya. Darah juga tidak berhenti mengalir.
"Tolong, call ambulans sekarang!" jerit Fea, meminta orang-orang yang berada di situ menelefon ambulans.
"Fe... Fe..a." Tersekat-sekat suara Ian, sedaya upaya menyebut nama itu dengan nafas yang masih tinggal.
"Ian.. please, bertahan." Pinta Fea dengan esakan yang semakin laju. Namun mata Ian sudah tertutup rapat.
*************************
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...