Ian merenung lama handphone di tangannya. Pesanan ringkas yang dihantar oleh Misha dibaca berulang kali.
Hey Ian. It's me Misha. Jomlah hangout dgn I. Kita borak-borak sambil minum coffee. Lagipun U mesti boring kan. Jomlah.
Ian berfikir sejenak.
"Nak ke tak ek? Misha.. Ermm.." Ian mengetuk-ngetuk dagunya perlahan, memikir rasionalnya untuk keluar dengan Misha.
1 minit..
2 minit..
"Well! I think this is the right time for me untuk kenal dengan hati seorang perempuan. Hmm.." Ian tersenyum sendirian.
"Daripada tanya pak google baik aku guna cara biasa. Keluar dengan perempuan, lepak, borak-borak.. Like a blind date. Mana tahu boleh sangkut." Ian segera menaip sesuatu di handphonenya dengan hati yang teruja.
Okay! Meet you at Coffee Shop. 3 pm.
Selepas membalas pesanan ringkas Misha yang mengambil masa 10 minit untuk dibalas, Ian segera bangun dari pembaringannya untuk bersiap. Tuala yang tersangkut di tepi bilik air dicapai Ian lalu terus masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
1 jam kemudian..
Ian berjalan masuk ke dalam Coffee Shop lalu memesan coffee kegemarannya. Tidak lama untuk menunggu coffee siap, setelah membuat pembayaran, Ian mengambil tempat duduknya.
Ian memerhatikan suasana sekeliling. Tidak ramai pelanggan. Di sini, Coffee Shop,salah satu tempat kegemaran Ian untuk minum coffee dan duduk melepak seorang diri. Tetapi tidak hari ini kerana dia akan melepak bersama Misha. First women to hangout with.
Naaa.. Not a first women. 2 tahun lalu dia pernah ke sini bersama seseorang. Seseorang yang pernah menjadi tunangnya. Seseorang yang tahu akan rahsia gelapnya.
Alisha.. Nama itu menyentak fikiran Ian seketika membuatkannya teringatkan memori lama mereka. Memorinya ketika mereka berjumpa di sini.
"You're late for 5 minutes Cik Alisha Aleena." Rungut Ian.
"Deyy. Saia cuma lambat itu 5 minit saja. Pasal apa awak mahu marah-marah sama saia?" Balas Alisha dengan dialek 'India speaking melayu'.
"Not funny." Ucap Ian tanpa sebarang riak.
"Ok fine." Kerusi ditarik dan Alisha duduk menghadap Ian.
"Kau nak minum apa?" Tanya Ian lalu bangun berkira-kira untuk ke kaunter.
"Mocha Ice please." Jawab Alisha sambil tersenyum. Namun Ian hanya menjeling dan terus ke kaunter untuk membuat pesanan.
Beberapa minit kemudian Ian datang membawa dua cawan coffee.
"Is this a date?" Tanya Alisha. Mocha Ais disedut laju.
"Stop dreaming." Jawab Ian sambil memberi pandangan kosong kepada Alisha.
"Mocha Ice kau aku dah bayarkan. So now aku nak balik." Ucap Ian setelah mereka diam untuk beberapa minit. Dia bangun untuk beredar.
"Ian Hanafi Tan Sri Muhkriz, just what's wrong with you?" tanya Alisha geram. Namun Ian tidak mengendahkan pertanyaan Alisha. Dia terus keluar dari Coffee Shop menuju ke keretanya.
"Ian!" Alisha menarik lengan Ian, menghentikan lelaki itu daripada masuk ke dalam kereta.
"What?!" Ian menarik lengannya dari pegangan Alisha.
"Kenapa dengan awak ni? Kalau tak nak jumpa buat apa ajak saya datang sini?" Tanya Alisha tenang.
"Ask papalah. Kau tanya aku buat apa." Jawab Ian, malas mahu bercakap panjang.
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...