CHAP. 50

6.4K 253 5
                                    

"WEI Fea.. apesal dengan muka kau tu? Kusut semacam aje aku tengok." Tegur Mia sebaik saja Fea berjalan melintasinya dengan wajah yang seakan bingung.

"Mana ada kusut. Aku tengah berfikir ni." Balas Fea, masih sedang memikirkan sesuatu.

"Kau fikir apa?" Soal Mia. Namun Fea hanya berdiam diri. Asyik memikirkan soal tadi. Wajah Mia langsung tidak dipandang kerana tenggelam dalam pemikirannya.

"Kau dari bilik Encik Reza, kan? Dia mintak kau jawapan ke?" Soal Mia mengagak.

"Bukanlah. Ish kau ni. Buatlah kerja. Aku nak ke dapur." Balas Fea lalu meninggalkan Mia yang sedang berdiri di kaunter.

"Ish, budak ni. Orang tak habis tanya lagi tau." Omel Mia sambil mencebikkan bibirnya.

Di dapur, Fea masih lagi memikirkan perihal yang didengarinya sebentar tadi. Dia benar-benar keliru saat ini.

"Kalau betul Ian yang tolong Reza prepare belon, hadiah tu semua.. that's mean Ian tahu Reza nak propose aku. Jadi kenapa Ian luahkan perasaan dia kat aku kalau dia tahu Reza suka aku? Beriya-iya dia mintak peluang kedua, konon sanggup tunggu jawapan dari aku, now boleh pulak dia tolong kawan baik dia propose aku. Apa semua ni?" Gumam Fea dalam hati.

"Ian tak serius ke bila dia mintak peluang kedua kat aku dulu? Atau dia saja nak permainkan aku?" Fea masih bermonolog di dalam hati.

"Arghhh! I need an explaination." Bentak Fea.

"Siaplah dia kalau ni semua plan dia nak main-mainkan perasaan aku." Gumam Fea sambil mengenggam penumbuknya. Tak sabar pula rasanya ingin menunggu petang nanti. Dia perlukan penjelasan dari Ian.


SEPERTI yang dijanjikan, petang itu Ian datang ke kafe untuk bertemu Reza sambil minum petang. Kedatangannya disambut mesra oleh Sarah yang sedang bertugas di kaunter sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kafe.

"Encik Ian. Datang nak minum petang ke atau nak jumpa dengan Encik Reza?" Soal Sarah tersenyum. Dia tahu ada dua sebab je kedatangan Ian ke situ. Pertama untuk berjumpa Reza. Atau kedua hanya untuk menikmati segelas Cappucino Latte bersama sepotong kek. Ian turut tersenyum dengan pertanyaan Sarah itu.

"Dua-dua.." Jawab Ian, masih tersenyum.

"Okay Encik Ian, sekejap lagi saya bagitahu Encik Reza ye." Balas Sarah.

"Okay. Order macam biasa ye, Sarah." Ucap Ian lalu membuat isyarat untuk beredar ke meja. Sarah mengangguk dan beredar ke dapur untuk menghantar pesanan.

"Cappucino Latte, Red Velvet?" Soal Fea setelah membaca kertas pesanan dari Sarah. Sarah tersenyum, faham dengan soalan Fea itu.

"Ian?" Soal Fea lagi untuk kepastian. Dia tahu, kebiasaannya memang itu yang akan dipesan oleh Ian jika dia singgah ke situ. Sarah mengangguk.

"Nanti hantar ke meja okay." Arah Sarah lalu beredar ke pejabat Reza untuk memberitahu kedatangan Ian.

"Hei bro.." Sapa Reza sambil bersalaman dengan Ian. Senyuman lebar terukir di wajahnya.

"Lama dah kau sampai?" Soal Reza lalu duduk di sebelah Ian.

"Baru je. Makanan pun tak sampai lagi, kan." Jawab Ian sambil berseloroh.

"By the way bro, thanks again for last night." Ucap Reza sambil menepuk bahu Ian. Ian sekadar tersenyum. Ikutkan hati, dia tidak mahu bantu Reza untuk belikan barang tu semua, iyalah rakannya itu mahu melamar gadis yang dia cintai. Orang gila saja yang nak buat macam tu. Tapi memikirkan yang Reza langsung tidak tahu tentang perasaannya terhadap Fea dan dia tahu Reza lebih layak untuk Fea, makanya dia buat semua itu. Meskipun dalam hatinya, dia masih berharap akan cinta Fea terhadap dirinya.

"Ehem.. Borak apa je tu?" Soal Fea yang datang membawa pesanan Ian, Cappucino Latte dan sepotong Red Velvet. Sebenarnya soalan Fea itu berbaur sindiran.. sindiran yang hanya Fea saja yang faham maksudnya.

"Eh Fea.." Ucap Reza, sedikit terkejut. Kalau Fea tahu apa yang diborakkannya dengan Ian, boleh jadi salah faham pula.

"Tak.. Tak ada borak apa. Borak kosong je." Jawab Reza dengan sengihan yang janggal.

"Hai Fea.." Sapa Ian.

"Bye.." Balas Fea dengan jelingan lalu beredar ke dapur, membuatkan Ian terpingga-pingga dengan tindakannya.

"Kenapa tu?" Soal Ian pada Reza.

"Eh, tanya aku pulak. Mana aku tahu. Elok je aku tengok dari pagi tadi. Kau ada usik dia lagi ke?" Soal Reza pada Ian pula.

"Bro.. aku baru je jumpa dia ni ha. Usik apanya." Jawab Ian dengan kerutan di dahi. Pelik dengan kelakuan Fea.

"Ada lah tu. Korang kan selalu ada je benda nak digaduhkan bila jumpa. Macam anjing dengan kucing." Ucap Reza tanpa mengetahui situasi sebenar di antara Ian dan Fea.

"Mana ada. Itu dulu, sekarang kita orang dah oklah." Balas Ian lalu menghirup Cappucino Latte kegemarannya.

"Serius?"

"Seriuslah. Lagipun sampai bila kan nak gaduh je." Jawab Ian.

"Ermm.. Betullah tu. Tak payahlah gaduh-gaduh. Nanti sayang." Ucap Reza lalu ketawa. Entah apa yang lucu pada ayatnya itu.

"Ke situ pulak kau ni. Betul-betul sayang, baru kau tahu." Ucap Ian, menduga reaksi Reza.

"Haaa. Kau jangan. Aku dah cop dia dulu okay." Cepat-cepat Reza menunjukkan penumbuknya, konon marah. Ian ketawa.

"Yelah yelah. Aku tahulah." Balas Ian lalu menepuk bahu Reza, minta lelaki itu bertenang.

"Eh. Kau dengan Misha apa cerita? Dulu bukan kau selalu keluar dengan dia ke?" Soal Reza, mengubah topik.

"Misha? Tak ada cerita apa-apa. Alaa, tu dulu. Sekarang tak. Lone ranger je." Jawab Ian sambil mengelap mulutnya dengan tisu. Sepotong Red Velvet sudah selamat masuk ke dalam mulutnya.

"Laa. Kenapa? Dia reject kau ke? Atau kau reject dia?" Soal Reza lagi.

"Panjang ceritanya.. Tapi yang penting, aku yang reject dia. Hahah." Jawab Ian sambil ketawa kecil.

"Kau reject dia? Aku dah agak dah. Bukan aku tak kenal kau ni. Entah apa yang susah sangat nak terima cinta dalam hidup kau. Nak kata pernah putus cinta, dari sekolah lagi aku tak pernah tengok kau dekat dengan mana-mana perempuan." Ucap Reza dengan kerutan di dahi. Pening juga memikirkan keadaan sahabatnya yang seorang itu.

'Cinta? Aku bukan susah nak terima cinta dalam hidup aku. Aku pernah bercinta, tapi dengan seseorang yang tak kau jangka. Dan sekarang aku jatuh cinta lagi, juga dengan seseorang yang kau tak jangka.' Ucap Ian di dalam hati. Ian mengukir senyuman, sebelum menjawab persoalan Reza itu.

"Aku dah ada calon sebenarnya. Tapi tak apalah, bagi 'chance' kat kau." Jawab Ian dalam nada berseloroh tetapi di dalam hati, dia memaksudkan kata-katanya itu.

"Dah ada calon? Siapa?" Soal Reza, teruja ingin tahu tanpa mengetahui maksud disebalik kata-kata Ian itu.

"Nanti kau tahulah." Balas Ian.

*************************

Saja update pepagi ni. Kasi fresh sikit 😄 nanti malam kalau sempat, sis update next chapter kayy ❤❤

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now