CHAP. 17

9.8K 378 10
                                    

Ian memandang Misha yang baru saja sampai. Gadis itu mengemaskan rambut blond nya yang sedikit kusut dan membetulkan skirt pendeknya yang sedikit terangkat.

"It's okay. Lagipun tadi I terserempak dengan kawan I, sempat jugaklah berborak sekejap sementara tunggu you." Ucap Ian apabila meminta maaf atas kelewatannya.

"Thank god. I takut je kalau-kalau you dah balik sebab tunggu I lama sangat." Ucap Misha.

"Taklah. Dah janji kan. You nak minum apa?" Tanya Ian.

"Ermm. Cappucino please." Jawab Misha sambil tersenyum manja.

"Okay. I order kan sekejap." Ucap Ian lalu bangun.

"Thanks.." Ucap Misha, masih dengan senyuman.

'Ermm.. Ian Hanafi Tan Sri Mukhriz. Lelaki pujaan ramai gadis semasa sekolah dulu, yang sukar didekati, now hangout with me! Omaii!! Dulu punyalah sombong. Now, dia sanggup tunggu aku yang lambat ni and orderkan minuman untuk aku. Oho! You make a good progress Misha.' Misha melonjak gembira di dalam hati. 'Projek Memikat Ian Hanafi' sudah bermula. Lelaki itu harus dimiliki!

"This is your drink." Ucap Ian lalu duduk berhadapan dengan Misha.

"Thank you my dear." Ucap Misha spontan lalu menyedut perlahan Cappucino nya.

"My dear?" Ucap Ian dengan wajah yang agak janggal apabila Misha menyebut 'my dear'.

"Yeahh. My dear. What's wrong with that 'my dear'?" Tanya Misha dengan wajah hairan. Sememangnya dia sengaja mengucapkan perkataan 'my dear' itu pada Ian. Ingin melihat reaksi lelaki itu.

"Nothing.. Just.. it's sound strange to me." Jawab Ian, masih dengan wajah janggalnya.

"Strange? Rilekslah Ian. Dengan kawan-kawan perempuan I pun I panggil macam tulah. Lainlah kalau I panggil you 'hubby' ke, 'sayang' ke, barulah kedengaran pelik kan." Ucap Misha, cuba membuang perasaan janggal yang tergambar di wajah Ian.

'Baru panggil my dear dah menggelabah. Tak pernah bercinta ke hape Ian ni.' Omel Misha di dalam hati.

"Okay sorry. Don't misunderstand me kay. I just feel awkward sikit." Ucap Ian, cuba mengawal keadaan yang seakan kekok.

'Apalah kau ni Ian. Menggelabah sangat. Depan perempuan kenalah nampak mesra dan sweet. Baru kena panggil dear dah kekok. Macam mana nak mengurat kalau macam tu.' Omel Ian pula di dalam hati.

"It's okay. I don't mind. So Ian, I dengar sekarang ni you uruskan cafe Wan, betul ke?" Tanya Misha, cuba mengubah suasana.

"Yep. Just for awhile. Untuk setahun. Actually, cafe tu akan diserahkan pada Reza sepenuhnya after dia balik dari overseas. I tolong jagakan untuk dia je." Jawab Ian.

"Oh I see. Yelah, you kan bakal CEO for  your dad company. Tak menang tangan pulak nanti nak uruskan dua business kan." Ucap Misha.

"Yeahh. Even now  pun I dah tak menang tangan. Dapat je hari yang free dari sebarang kerja, I rehat kat rumah. Cuality time orang cakap. Hihi." Ucap Ian lalu ketawa kecil. Misha turut tersenyum.

"You look adorable when you smile. You tahu tak, dulu susah sangat nak tengok you macam ni tau. Dulu you nampak sombong. Susah mana-mana perempuan nak dekat dengan you." Ucap Misha sambil memandang wajah Ian. Hatinya teruja melihat perubahan Ian itu. Semakin teruja apabila lelaki itu tampak senang berdua dengannya.

"Really? Hahaha. Tu dulu, sekarang tak sombong dah." Ucap Ian cuba berseloroh.

"I'm glade you are." Ucap Misha sambil tersenyum.

Suasana senyap seketika. Ian berfikir topik apa untuk dibualkan untuk mengenali kehidupan semasa Misha.

Boyfriend?

Favourite dessert?

Hobby?

Favourite book?

Ian menggaru kepalanya yang tidak gatal. Masih berfikir soalan yang tepat.

"Misha.." Panggil Ian.

"Yes. Kenapa?" Jawab Misha. Pandangan dialihkan dari handphone. Wajah Ian ditenung penuh minat.

"Err. Can i ask you something?" Soal Ian, teragak-agak.

"Yes, ofcourse. Tanyalah." Jawab Misha. Kek tiramisu disuap ke mulut.

"Ermm. Do you have.. err.. boyfriend?" Tanya Ian kekok dengan soalan sendiri.

Misha ketawa kecil mendengar pertanyaan Ian itu. Soalan cliche yang selalu orang lelaki akan tanya bila mereka nak mengurat seorang perempuan. But tidak bagi Misha. Soalan itu seperti satu soalan magis jika ditanyakan kepada dirinya oleh lelaki bernama Ian Hanafi. Satu soalan yang akan membuka ruang buatnya untuk mendekati lelaki itu.

"No. I doesn't have a boyfriend. I single, mingle and triangle." Jawab Misha, cuba mengawal keterujaannya.

"Oh really? Okay." Ucap Ian sambil tersenyum.

'Okay good. Dia tak ada boyfriend. That's mean, anytime kalau aku nak ajak dia keluar, tak ada masalah lah kot.. kan.' Ian berasa lega dengan jawapan Misha itu.

"Why you ask?" Tanya Misha, pura-pura tidak mengerti dengan soalan Ian tadi.

"Tak adalah.. kalau lain kali I nak ajak you hangout, dah tak ada masalah. Yang jadi masalah kalau you dah berpunya. Takkan I nak keluar dengan girlfriend orang pulak." Laju saja Ian mengatur ayatnya. Tak mahu nampak seperti orang yang desperated nak mengurat perempuan.

"Hahaha. Apalah you ni. Don't worry okay. I always available for you." Ucap Misha dengan senyuman manja.

*******

Selepas pertemuan dengan Misha berakhir, Ian memandu keretanya pulang ke rumah. Tiada tempat lain untuk dituju. Lagi pula badannya sudah terasa penat. Dia tidak mahu membuang masa berharganya dengan memenatkan lagi badan.

Namun tidak sia-sia dia keluar pada petang itu. Pertemuan yang tidak dijangka dengan Alisha yang sudah hampir 2 tahun tidak ditemuinya itu mengundang rasa gembira apabila melihat gadis itu menemui kebahagiaannya. Terlakar kegembiraan di wajah Alisha meskipun berbadan dua.

"Nasib baik dia tak jadi kahwin dengan aku dulu, kalau jadi, mesti dia tak sebahagia sekarang." Omel Ian sendirian lalu ketawa.

Fikiran Ian melayang pula ke pertemuannya dengan Misha. Bagi Ian, Misha seorang gadis yang berdikari dan berkerjaya. Dia punyai ciri wanita yang lengkap yang diinginkan oleh kebanyakan lelaki. Manja dan pandai bergaya. Ofcourse! She's a fashion designer.

Itu apa yang Ian baca di dalam internet. Tetapi yang sebenarnya, dia sendiri tidak tahu apa yang dia inginkan dari seorang perempuan.

Matang, berkerjaya dan pandai bergaya itu ciri luaran yang perlu ada pada seorang perempuan pada zaman moden ini. Namun Ian pasti, semua itu tidak mampu untuk menjamin kebahagiaan. Dan semestinya, tidak mampu untuk membuatnya jatuh cinta dengan seorang perempuan.

"Hmm.. I need to hangout more with her."

************************************
*Okay.. mesti korang bosan kan baca chapter ni 😅
But look Ian, he's so struggle to make a date with a girl like Misha. hahaha.

*Btw, jika ada sebarang kesilapan ejaan, harap memahami ye 😀

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now