Chap.38

1.2K 141 7
                                    

"Muka Raja Taeyang ni macam mana? Handsome macam korang ke atau buruk macam raksasa kat hutan tu?" Tanya Shina. Namjoon menyiku pinggang Shina sebab jealous bila Shina puji yang lain handsome juga XD

V: Malangnya dia good looking. TAPI! Kami jauh lebih handsome lah.

Geng BTS pun tersenyum bangga sambil mengangguk tanda setuju.

Rose:Ish aku hempuk juga budak ni! Btw macam mana kita nak selamatkan Yona ni? *risau*

Mereka semua berfikir cara nak selamatkan Yona dengan cemas. Takde sape pun antara mereka pernah ke istana. Berdekatan dengan istana pun tak pernah sebab takut kalau Raja Taeyang kebetulan lalu ke apa.

Jimin: Korang rasa kenapa Raja Taeyang nak angel? Kalau dia nak tawan dunia angel, kenapa ambil satu je angel? I mean, Yona tu bukannya tau apa pun pasal dunia angel.

Jhope:Jadi kalau Raja Taeyang tahu yang Yona tak tahu apa-apa, pasti dia akan bunuh Yona. Kan? *wajah takut*

Mereka tak tahu nak buat apa lagi. Mereka berada di tengah hutan sambil buat bulatan dan berbincang. Mereka tak nak balik dulu sebab nak bawa Yona balik bersama barulah complete. Mereka bercadang nak stay dalam hutan sambil fikir rancangan dulu.

Suga: Don't worry guys. I know what to do. *smirk*

- Situasi Yona -

"Tak sangka bilik mandi kat sini lawa! Kalau macam ni bagus bilik aku kat sini je!" Kata Yona dengan terujanya. Dia berada dalam bilik mandi dalam bilik dia dan Raja Taeyang. Dia sebenarnya takut nak mandi sebab manalah tahu air mandiannya ialah darah ke air kumbahan ke XD

Maid: Puan, saya dah sediakan pakaian puan di luar bilik mandi.

Selepas je maid tu cakap macam tu, dia pun beredar. Yona macam nak pengsan je bila maid kat istana tu panggil dia Puan. Yona pun teringatkan yang lain dan berharap mereka semua okay. Yona juga teringat akan kata-kata Suga semasa merek berpeluk tu. Walaupun Suga kata dia akan selamatkan Yona, sejujurnya Yona tak mengharapkan apa-apa. Yona tak kisah pun kalau mereka semua tak datang untuk selamatkannya.

Selepas Yona selesai mandi, dia pun membuka pintu bilik mandi sedikit untuk mengambil pakaiannya. Sempat dia intai kalau-kalau Raja Taeyang ada dalam bilik dan BINGO! Raja Taeyang tengah baca sesuatu atas katil 'mereka'.

Yona terus tutup pintu dengan cepat selepas je dia mengambil pakaiannya di depan bilik mandi. Raja Taeyang perasan akan apa yang berlaku sebab dari tadi sebenarnya dia tak fokus pada buku tapi Yona yang kelihatan lucu dengan aksi ninjanya cuma nak dapatkan pakaiannya.

Yona: Ini pakaian aku?! Dress hitam ni macam nak pergi prom je. Aku kena tidur dengan dress hitam buruk ni ke?

Yona meneliti pakaiannya serta dirinya di depan cermin besar dalam bilik mandinya. Yona melepaskan rambutnya yang diikat bun masa mandi tadi. Yang pelik bagi Yona, rambutnya dan dress tu padan. Yona agak takut nak keluar sebab Raja Taeyang masih berada dalam bilik tu.

 Yona agak takut nak keluar sebab Raja Taeyang masih berada dalam bilik tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yona lalu keluar dari bilik mandi tu dengan awkwardnya. Bukannya dia tak pernah pakai dress ke apa, cuma Yona ni tak selesa sebab perlu tunjukkan dirinya kepada Raja Taeyang.

"Nak mandi pun lamb-"

Belum habis ayat Raja Taeyang, dia dah terdiam bila melihat Yona yang kelihatan sangat menawan sekarang ni. Yona hanya teruskan saja perjalanannya ke katil dan hanya berdiri di tepi. Nak juga dengar comment dari si mulut tak bertapis.

Yona: P-Perlu ke aku pakai dress ni? N-Nak tidur je pun...*pandang bawah*

Raja Taeyang segera berpaling wajah, baringkan diri dan menyelimuti dirinya. Dia tak pandang pun Yona lepas tu dan terus tidur. Yona agak hairan tapi dibiarkan saja sebab at least dia tak bagi comment yang teruk.

Yona: Buruk sangat ke aku?

- Keesokan harinya-

Yona bangun dengan badan yang sakit-sakit. Rasa macam kena belasah teruk je semalam. Yona perhatikan sekelilingnya dan rupanya......dia tidur atas lantai yang sejuk lagi keras tu.

Yona:Aik? Asal aku kat lantai dah ni? Semalam seingat aku, aku atas katil?

"Tu semua sebab aku tendang kau. Gaun kau tu buat semak atas katil. Kau bernasib baik yang aku tak buka je gaun kau tu dan biarkan kau tidur naked." Jelas Raja Taeyang sambil minum coffee atas katil dengan elegannya. Amboiii XD

Yona hanya mampu memandang Raja Taeyang dengan wajah tak percaya. Patutlah badan sakit semacam, rupanya tidur atas lantai tanpa bantal dan selimut. Yona lalu bangun dan membetulkan rambut serta gaunnya.

Tepat pada masa yang sama, maid mengetuk pintu bilik mereka. Raja Taeyang pun menyuruh maid tu masuk. Maid tu pun masuk dengan pakaian untuk Yona. Yona rasa thankful sangat sebab Maid tu bawa baju yang Yona pakai semalam iaitu baju milik Yona lah XD

Raja Taeyang: Aku benarkan kau pakai baju kau ni tapi dengan syarat, ikut aku ke suatu tempat lepas ni. Kalau kau tak nak then buka baju kau tu dan aku pakaikan baju yang lebih terdedah dari baju tidur kau semalam.

Yona menelan airliur. Nak tak nak dia mesti ikut juga Raja Taeyang. Yona lalu mengganti pakaiannya iaitu hoodie hitam dan shortpants kelabu. Yona mengikat rambutnya tinggi lalu dia hanya duduk atas katil menunggu Raja Taeyang yang entah dah ke mana.

Yona sempat menjelajah dalam bilik tu. Tengah dia meneliti barang-barang yang terpapar di meja kecil dalam bilik tu, dia terjumpa dengan album yang agak lama terbiar. Yona mengambilnya dan mula membelek album tersebut.

Gambar Raja Taeyang semasa dia masih kecil, bersama familynya dan juga kawan-kawannya.

Yona: Gyeopta.

Yona berkata sambil meneliti gambar Raja Taeyang tengah tersenyum lebar sambil memaut tangan perempuan yang agak berusia. Maknya mungkin. Tapi senyuman Yona mati bila dia nampak satu gambar yang menganggunya. Ianya gambar Raja Taeyang tengah dinobatkan sebagai Raja. Waktu tu Raja Taeyang masih kelihatan kecil lagi. Raja Taeyang tak senyum pun dalam gambar tu.

"What are you doing?"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

[C] Demon Meet Girl ( BTS Suga )Where stories live. Discover now