Di dalam sebuah bilik terdapat lima orang di dalamnya...
"Nampaknya tekaan aku betul,raja syaitan semakin menonjolkan diri,dia telah menyerang puak fary"ucap salah seorang daripadanya..
"Kenapa dia menyerang puak fary!!!apa salah puak itu??"soal kai dengan amarah...semasa dia di rumah...dia terkejut kerana menerima panggilan daripada salah satu anak buahnya mengenai raja syaitan....
"Dia ingin mengawal puak itu,dia semakin berkembang sejak 5 tahun dahulu...kekuatannya semakin kuat dari yang dahulu"ucap sam dan mengeluh,ini kerana raja itu sudah dekat di negaranya....
"Jadi kenapa kau tak hantar pengintip ke sana??kenapa lambat sangat kau bertindak!!"ucap rus dengan bengang kerana dia baru saja mengetahui perkara ini sebentar tadi....
"Aku sudah menghantar pengintip tetapi tidak berjaya kerana dia mengetahui dan membunuh pengintip itu,aku tak nak mengambil risiko dengan mengorbankan ahli aku untuk mengintip dia"ucap sam
"Dah tu macam mana sekarang ni?apa yang perlu kita lakukan"ucap tres sambil menghembus asap rokoknya....
"Buat masa ini kita perlu mengawal ketat sempadan negara kita...kita perlu menambahkan lagi pegawai kita"ucap kai....
"Baiklah,tapi guardian kita macam mana,dia sudah pergi memeriksa belum?"
"Guardian kita masih berada di dalam misi lagi,kita tak perlu menyusahkannya lagi...sekarang kita hanya berharap kepada Marc untuk memerhati pergerakannya"kata sam lalu menangguhkan mesyuarat itu...
******************************
Eyman povSudah sebulan dia belajar di sekolah itu dan hari ini merupakan misi pertama yang dilakukan...
"KRINGGGGGG"lalu tertutup oleh tangan....
"Hari ni adalah misi yang pertama aku lakukan"kata aku dengan bersemangat membara....
Aku terus masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri dan bersiap ke sekolah...
"Hah...eyman, jom makan sekali"ajak atuk
"Takpe la tuk,harini eym nak datang awal ke sekolah"
Eym ialah singkatan nama eyman
"Tak ke awal sangat ke?"
"Tak kot...sebab eym ada misi hari ni,jadi eym nak hadir awal lah"
"Ermm,baiklah...hati-hati ke sekolah tu"kata atuk yang sebelum meminum air...
"Baik tuk"kata aku lantas memakai kasut dan keluar...aku terus berjalan ke sekolah dengan berjalan kaki...jarak sekolah dengan rumah aku hanya 2 kilometer...aku berjalan sebab nak meningkatkan stamina...
Aku berjalan sehingga tiba ke selekoh dan ada yang menegurku dari belakang...aku mengenali orang yang menegurku...
"Eyman,awal kau ke sekolah"kata kiy
"Cehhh,kau pun sama"
"Hahaha...kita sama lah,tak sabar rasa dapat misi...minta-minta lah berkumpulan dengan kau"kata kiy berharap
"Itu atas cikgu,kita ikut jee"
Beberapa minit kemudian...Dia dan kiy sudah sampai ke sekolah...dia terus ke dewan untuk perhimpunan....setiap hari diadakan perhimpunan pagi
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
Fantasy(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...