"Kau dah bawa eym ke tempat yang selamat?"Soal Kai tanpa memandang ke arah Sam. Ketika itu dia sedang membersihkan pedangnya.
Sam yang baru sahaja tiba terus duduk di tepi kai.Dia lantas mengambil air kopi yang masih panas lagi.Kai memandang tajam ke arah sam.
"Aku dah arahkan seseorang.."Dia lantas memandang ke arah kai.Dia tersentak apabila Kai mengeluarkan auranya.
"Berani kau ambik kopi aku lahanat!"Kai lantas menghentak kepala sam dengan hulu pedangnya.
"Aduh,Aku mana tahu itu kopi kau!Kau pun tak cakap awal-awal"
"Dah kau tak tanya?"
"Kena tanya juga ke?"
"Dah kalau kau tak tanya orang tak tahu!"
Sekumpulan guardian yang berkumpul di situ memerhati mereka.Drag mula meluat melihat sahabat baik itu bergaduh.
"Okay guys,jangan kisah pasal dua makhluk itu.Biasalah budak-budak"Perli Drag.
Guardian mengangguk faham dan tersengih dengan perlian Drag.Drag terus mengelak apabila terasa sesuatu objek meluru ke arahnya.
Dia lantas memandang ke arah sesuatu.Melihat dua orang budak itu sudah tumbuh tanduk di atas kepalanya membuatkan dia tersenyum kelat.
Guardian lantas menjarakkan diri dari Drag lalu tersengih.Drag memandang tajam ke arah guardian itu.
"Rest in peace ketua!"Jerit mereka beramai-ramai.
"Aku belum mati lagi la lahanat!"marah Drag lalu ingin ke arah mereka.
Langkahnya terhenti apabila dua orang memegang bahunya.Muka dia mula pucat lesi.Dia lantas memandang ke belakang lalu tersengih.
Dua sahabat itu memandang tajam ke arahnya.Cengkaman di bahu semakin erat dan drag mengerang kesakitan.Tidak lama kemudian Sam dan Kai melepaskan cengkaman dengan wajah tidak bersalah lalu pergi ke arah lain.
***********
Iren berada di posisi paling hadapan sekali.Dia memandang tajam ke hadapan ingin mengetahui kedudukan musuh.Dia lantas memandang ke arah anak buahnya.
"Fan!Guna "mata" kau!"Arah Iren.
Fan mengangguk faham lalu memejamkan mata.Tidak lama kemudian dia membuka semula matanya dan iris matanya bertukar menjadi kuning yang bersinar.
Kai,Sam dan Drag memandang dengan wajah yang serius.Dia juga berada di barisan paling hadapan dan dia mengetuai para guardian manakala Iren mengetuai angkatan tentera.Cury pula berada di barisan belakang kerana tugasnya sebagai mage.
"10KM!"
Mereka semua sudah dapat melihat musuhnya dengan jelas.Tetapi mereka tertanya-tanya di manakah Raja syaitan.Mereka hanya melihat para general dan pendekar pedang sahaja.
"SEMUA!BERUSAHALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH!KITA SEMUA ADALAH PAHLAWAN UNTUK KOTA KITA!MATI BERJUANG LEBIH BAIK DARI MATI TIDAK MELAKUKAN APA-APA!"
"YES!SIR!"
Para musuh telah menampakkan diri mereka.Di barisan paling hadapan mereka adalah 8 Buah robot yang besar.Pergerakkan mereka pantas walaupun besar.Kai lantas menghunuskan pedangnya.
"SERANG!!"
Para askar mula berlari sambil membawa pedang di sisi.Pertempuran yang bakal menjadi sejarah berlaku.Permulaan perang yang telah ditetapkan dalam ramalan.
Para guardian lantas mengeluarkan kuasa masing-masing.Seorang lelaki tua sedang bertarung melawan askar robot itu.Walaupun dirinya sudah tidak sekuat dulu.Dengan keteguhan hati,dia terus berlawan.
Sam terus melibas kapaknya ke arah dua robot lalu hancur.Dia terus membelah robot-robot itu.Dia mengesan serangan dari belakang lantas melompat ke tepi.Dia terus mengeluarkan kuasa tanahnya lalu menghempas ke tanah.Ombak tanah terus menghampiri robot yang besar itu lalu
BOMMMMM!!!!
Hancur berderai.
****************
Drag PovAku terus membelah sekumpulan robot tanpa henti.Aku masih lagi belum mengeluarkan kekuatan penuh.Aku lantas meluru ke hadapan lalu melibas ke arah tangan robot yang ingin menembak Kai.
Suatu serangan dari belakang mengejutkan aku lantas berpaling.Seorang lelaki berkot hitam perlahan-lahan menyelusuri robot-robot itu.Melalui lambang bajunya,aku amat yakin yang dia adalah pendekar pedang.Pedang yang tajam dan berwarna ungu di belakangnya menyakinkan lagi aku.
Lelaki itu lantas berhenti di hadapan aku.Dia terlihat mengusap dagunya sambil memandang ke arah aku.Dia menepuk tangan tanda bangga dengan aku.
"Nampaknya pendekar pedang sudah datang!"Ujar aku tersenyum sinis.Aku lantas mengeluarkan pedang aku yang sentiasa tersisip di belakang.
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
Fantasía(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...