Di pagi yang indah dan aman damai.Para penduduk mula melakukan kerja masing-masing dan bersungguh-sungguh mencari wang untuk menampung keluarga.Mereka tidak sama sekali mengeluh dan malas.
Di akademik pula,para pelajar tekun belajar dan fokus apabila guru mengajar di hadapan.Di zaman moden ini tidak diperlukan lagi white board dan cara ini ditukarkan kepada monitor mudah alih yang pelajar boleh sesuka hati mengeluarkan di mana sekalipun.
Manakala di tempat latihan pula,bunyi dua pedang bertembung dengan kuat dan pemakainya sangat pantas sehingga tidak dapat melihat dengan mata kasar.Perlawanan itu hampir tamat kerana seorang itu mula lelah manakala seorang lagi masih berdiri megah tanpa lelah.
Kiy hanya duduk melihat sahaja,dia baru sahaja habis berlatih dengan gale dan berehat sebentar bersama kitkat.Kiy dapat meneka perlawanan itu akan dimenangi oleh orang itu.Seseorang yang tidak terkalah.Gale juga bersamanya termasuk mia manakala ash sedang sibuk mencipta pistol baru di makmalnya.
"Haih,lambat lagi ke nak habis?"soal kiy mengeluh bosan.
"Senyaplah kau!"jerit lelaki itu.
"Kalau kalah tu kalah la!!"balas kiy deras
"Kalau kau pun belum tentu menang!!"balas lelaki itu juga
"Kalau aku pun dapat juga beri saingan.Kau pula langsung tak boleh!"jerit kiy bengang
Eym hanya melihat sahaja perbalahan itu.Dia tidak ingin mendamaikan dua orang itu.Bukan hal dia.Dia memaparkan wajah tidak berperasaan walau dengan sesiapa pun.Kawan-kawannya sudah terbiasa dengannya dan tidak mengambil hati.
"Carl,kau boleh berehat setengah jam.Nanti kau datang semula pada aku.Faham?"
"Faham,ketua!"ujar carl dengan pantas.Dia amat menghormati ketuanya itu.
"Huh,kau berlembut sangat dengan budak itu.Kalau aku jadi kau,mati budak tu aku kerjakan"ujar kiy masih lagi bengang dengan balasan lelaki bernama carl itu
"Kau macam budak la kiy.Cuba matang sikit"
Kiy memaparkan wajah tidak berpuas hati apabila rakannya memihak kepada carl itu.Dia bukan benci tapi hanya berbalah biasa kawan.Hanya itu sahaja.
Eym terasa diperhatikan lalu melihat ke arah suatu tempat.Terdapat ramai perempuan di situ yang berbisik sambil tersenyum manis melihat eym.Ini kerana eym paling handsome di akademik itu dan eym mengabaikan sahaja perkara itu.
"Ramai betul peminat kau.Sampai ada yang mengaku kau boyfriend dia"ujar kiy
"Kau jangan layan sangat budak tu"eym menghiraukan bisikan peminatnya itu.
Biarpun berada di carta tertinggi.Eym amat susah untuk didapati mahupun didekati.Eym mempunyai aura yang tersendiri yang menghalang perempuan dari mendekatinya.Biarpun begitu,para perempuan tidak berputus asa untuk melihat ketua red blood itu.
"Huh,perempuan murah,gedik lagi"bisik mia melihat ke arah peminat eym itu.
Dia meluat melihat perkara itu dan setiap hari kejadian ini berlaku.Dia amat benci perempuan yang gedik dan baginya itu diibaratkan cuba merosakan martabat kaum perempuan.
Kiy dan gale mula memandang mia yang memaparkan wajah tidak berpuas hati.Mereka berdua berbisik dan kiy tersenyum sinis termasuk gale.Eym menghiraukan sahaja walaupun dia dapat mendengar bisikan mia dan kiy.
"Kau jeles ke mia frano?hahahaha"soal kiy tersenyum
"Huh,lelaki itu?tiada masa aku nak jeles!"jawab mia
Kiy dan gale tersenyum sinis apabila melihat muka mia mula memerah.Dia dapat mengagak yang mia juga mempunyai hati kepada eym tetapi dia tahu yang eym susah untuk didapati.
"Woi korang!tukar topik la!"muka mia semakin memerah.
"Umm,topik apa ya?"soal kiy dengan senyuman sinis di wajahnya.
"Topik pasal mia suka eym ke?hahahaha"jawab gale tersengih tidak bersalah.
"Apa kau kata!!"ujar mia yang bangun dari tempatnya dan berlalu ke arah gale dan kiy.
Mia mengepal tangan dan berlalu dengan perlahan-lahan sambil menundukkan mukanya ke bawah.Gale dan kiy mula rasa tidak sedap hati dan mereka terundur ke belakang.
"Mati kau!!"
Bagaikan kilat!kedua-dua belah tangan mia selamat berada di perut gale dan kiy.Kiy terkejut manakala gale terasa senak di perutnya.
Kiy terus menarik gale untuk berjauhan dari mia.Mereka masih lagi memegang perut yang senak itu.
"Pencakar angin!!"
Cakaran yang terhasil dari angin hampir mengenai kiy dan gale tetapi sempat dihalang oleh kiy dengan pelindungnya.
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
Fantasía(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...