Eym masih lagi bertarung sengit dengan serigala iaitu ozen.Di badan eym jelas luka yang banyak kelihatan tetapi eym tidak berputus asa.Dia harus menjulang nama akademiknya.
Eym yang kelihatan sedikit lengah ditumbuk deras oleh ozen yang tidak mensia-siakan peluang yang ada.Eym tercampak jauh ke belakang sehingga berlanggar batu yang berada di dalam tempat berlawan itu.
Ozen tersenyum sinis melihat eym yang sekarat apabila dibelasah olehnya.Dia seronok melihat musuhnya menderita sebelum keluar gelanggang.Dia melangkah perlahan-lahan sambil mengeluarkan berbola besar di tangannya.
Dia lantas melempar ke arah eym.Berbola itu bergerak dengan laju sehingga ke eym tetapi terhenti.Ozen tergamam melihat serangannya dapat dihentikan,dia merasakan sesuatu aura yang kuat dari eym.
Bunyi runtuhan semakin kedengaran kuat lalu keluar seorang yang memakai zirah yang berwarna merah sambil membawa pedang karunya.Ozen memandang teruja kerana mendapat musuh yang kuat.
"Kau masih hidup lagi?huh.Mari aku tambahkan derita kau sebelum kau terkeluar!"Seraya berkata,serigala itu berlari dengan pantas ke arah eym yang sedang memakai zirah merah itu.
Eym menghentak kakinya ke tanah lalu muncul seperti rantai mengikat kaki ozen.Ozen mula gelisah kerana tidak dapat bergerak sama sekali.Eym berjalan perlahan-lahan sambil menyeret pedangnya itu.
Ozen tidak senang duduk kerana dia melihat aura yang mengerunkan mengikuti eym.Aura itu terlalu kuat baginya termasuk orang lain.Auranya mengambarkan seekor naga disebalik kegelapan dengan mata yang berwarna ungu.
Ozen melutut akibat ketakutan yang teramat.Eym masih lagi melangkah sebelum mengayakan posisi melibas pedang.Dia membuka kekudanya sambil meletakkan pedang di pinggang.
Dengan kelajuan yang tidak diduga.Eym terus berada di depan ozen lalu melibas sekuat hati.
"Slash of fire anger!!!"
Libasan itu terkena pada ozen yang sedang terduduk.Badan ozen tercampak keluar dan badannya masih lagi terbakar akibat libasan itu.Libasan itu mengakibatkan kerosakan yang teruk di dalam gelanggang sehingga tanah yang elok sebelum perlawanan telah terbelah dua.
Para medic terus meluru ke arah ozen yang bertukar menjadi manusia semula.Api di badan ozen yang marak tadi sudah dipadam oleh anggota bantuan.Ozen terlihat seperti tidak sedarkan diri lalu para medic mengangkat ozen ke bilik rawatan.
Para penonton terus menepuk tangan melihat perlawanan yang epic sebentar tadi.Libasan tadi sedikit menakutkan mereka tetapi mereka masih lagi bersorak gembira termasuk ahli keluarga dan gurunya.
Ezra tersenyum melihat buah hatinya menang walaupun sebentar tadi jantungnya berdegup kencang melihat eym yang hampir kalah.
Gale dan carl yang baru saja menumbang musuhnya mengangkat thumbs up.Ketua mereka adalah harapan bagi akademik mereka dan carl percaya akan hal itu.
"Nice work,kapten!"
Mia yang masih lagi dalam pertarungan dan dia sedang menunggu lawannya bangun melihat ke arah eym.Dia mengukir senyuman yang bagi orang lain amat susah untuk dilihat dia tersenyum.Dia perlu bersemangat seperti eym dan terus melangkah sehingga menjadi juara.
*****************
Lima orang misteri sedang berada di luar tempat perlawanan itu.Mereka sedang mengintip anak-anak murid yang sedang berlawan.Mereka amat bosan jadi mereka terus datang ke sini dan mereka tidak mendapatkan misi lagi.
"Apa pendapat kau?"soal lelaki yang berbaju hijau.
"Pendapat?"balas lelaki berbaju hitam pula iaitu ketua kumpulan itu.
"Ye,tentang budak yang kita selamatkan haritu"
Lelaki berbaju hitam berfikir sejenak dan selepas itu dia berkata.
"Dia semakin kuat.Tetapi budak itu masih belum tahu tentang kuasa istimewanya.Jadi kita harus tetap menjaga dia dari jauh"
"Kalau itu yang kau kata.Kami terima,kau ketua bagi kami jadi apa pun yang kau perintah kami akan terima.Betul tak semua!!"
"Betul!!"balas tiga orang di belakangnya.
Dia tersenyum melihat anak buahnya memberi kepercayaan penuh kepadanya.Ini membuatkan dia ingin melindungi rakannya itu.
*****************
Kiy mengelak pantas serangan bertubi-tubi serangan dari zack.Biarpun dia dapat mengelak,kadang-kala serangan itu melukai badannya.
"Aku perlu menang!Kalau tak eym akan bakar aku bagi ikan jerung makan!Minta-mintalah sebelum dia makan aku tu dia ada apendik!"bisik hati kiy yang lebih takut akan eym.
"Kau fikir apa!"laung zack jauh disana.
Kiy melihat zack berada di tanah tanah lalu dia menghentak kakinya.Muncul tangan dari tanah lalu memegang kuat kaki zack.Zack tidak dapat bergerak dan kiy dengan pantas menumbuk tepat di muka zack lalu zack tercampak jauh ke belakang tetapi impak tumbukan itu kurang kerana dia memakai perisai yang kuat.
"Wuuuu,kerasnya badan kau!"luah kiy sambil mengusap buku limanya.Dia meniup lembut tangannya lalu mencium sekejap.
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
Fantasía(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...