Eym terus berjalan mengedahkan pandangan semua orang.Pelajar disekelilingnya menunduk tanda hormat kerana telah menyelamatkan bandar ini.
"Eym!"Nama diseru.
Eym sudah tahu siapa gerangan lelaki itu.Kiy dipandang.Kiy juga terkejut kerana Eym mendadak berubah fizikal mahupun kekuatan.Kiy berfikir jika dia berlawan dengan Eym dengan kekuatan penuh,peluang untuk di hidup sangatlah mustahil.Dia bernasib baik kerana Eym adalah rakannya.
"Ketua!"Dia diseru pula dari depan.
Carl,Mia dan Gale menghampiri mereka dengan wajah yang tersenyum.Carl terus berdiri di hadapan mereka lalu bercerita mengenai lawak yang berlaku sebentar tadi.
Gale juga menyertai kumpulan mereka.Dari kejauhan,terlihat sebuah mata yang memandang sayu ke arah Eym.Mia mengusap lembut tangannya.Jika dulu dia menafikan perasaannya,tetapi sekarang dia mengakui bahawa dia menyukai eym.Tetapi melihat Eym yang dingin terhadap dia bahkan perempuan lain sekalipun.
"Aku akan melakukannya lain kali..."Ujar Mia penuh semangat.
Tanpa Mia perasan,hujung mata Eym melihat ke arah Mia.Eym mempunyai sebab untuk itu.Jika Mia meluahkan perasaannya,Eym terpaksa menolak.
***************
"Okay semua!Kita akan adakan latihan ringin..."Ujar seorang guru wanita berambut kuning dengan kuat.Guru itu masih muda dan dibantu oleh empat orang lelaki dan dua enam perempuan.
Eym berjalan memasuki ruang yang terdapat dalam dewan itu.Dia terpegun melihat suatu sfera besar yang mempunyai kekuatan yang sangat besar di dalamnya.
"Ini adalah sfera yang dapat menilai kuasa kamu semua..."
Seorang demi seorang telah dipanggil untuk melakukan ujian.Beberapa minit menunggu,giliran Kiy pula mengambil bahagian.
"Dapat ke sfera ni tampung kuasa dewa aku ni?"Ujar Kiy dengan riak.
"Ceh,aku rasa kuasa kau tu 588 point je.."Balas Carl.Dia selalu berada di kumpulan itu.
"Kau!Aku tahu kau jeles dengan kuasa dewa aku ni..."Kiy membuat muka,sejak akhir-akhir ini.Kiy menjadi sangat menjengkelkan.
Kiy perlahan-lahan maju ke depan.Di depannya terdapat sfera yang besar itu.
"Kau tengok ye,Eym!"Jerit Kiy.
Carl,Gale dan Mia melangkah ke arah Eym.Gale lantas menepuk bahu Eym.
"Aku nak tanya?Kiy sakit ke?"Soal Gale pelik.
"Aku rasa dia ada kencing pahit kut.."
Dushhh!!!
"Nah kau kencing pahit.Kepala bana hang..."Ujar Kiy dari jauh,kasut Kiy elok menampar wajah Carl.
"Sial kau!"
Eym memandang tajam ke arah Kiy.Kiy tersentak tetapi dia terus membuat muka kiutnya.Dia terus meletakkan tangannya atas sfera itu.
"659Point"
"Hahahah,tu je kau dapat?Aku baru nak berharap sikit kau dapat tinggi."Carl ketawa dengan sangat kuat.Mulutnya terus ditekup oleh Gale.Wajah Carl memerah lalu meronta untuk dilepaskan.
"Mia.."Guru terlibat memanggil Mia.Mia melintas di hadapannya Eym lalu berlari ke arah sfera itu.
Nafas diambil.Cuba menghilangkan ingatan tentang seseorang dan fokus untuk dihadapannya.Hujung mata melihat ke arah Eym.Kecewa jelas terpapar apabila Eym melihat arah lain.
"729 point.."Mia tidak menunjukkan wajah gembira.Dia berlalu dengan wajah yang kecewa.
"Eym!"Nama seseorang diseru.Eym berpaling dan terus berjalan ke arah guru.Mia dan Eym berselisih di tengah jalan.
"Wah!Mia!Kau minum apa sampai sekuat ini!"Soal Kiy terkejut.Carl juga berada di sisinya.Walaupun mereka sering bertengkar,mereka juga memerlukan satu sama lain.
Tangan diletakkan di atas sfera.Guru perempuan berada di tepinya untuk mencatat point murid.
"Jangan menahan diri ye..."Ujar guru perempuan itu tersenyum.
Eym mengangguk faham.Dia memejam mata,sihir dilepaskan.
Dommmmm!!!!!
Kiy,Carl dan mia tergamam termasuk dengn guru perempuan tadi.Letupan itu mengejutkan semua orang dan mereka terus berlalu untuk melihat perkara yang terjadi.
Eym tersenyum kelat.Sfera dihadapannya hilang separuh.Guru ditepinya dipandang dengan rasa bersalah tetapi gurunya itu masih lagi tidak bergerak.
"Tu baru dewa.."Ujar Carl halus di telinga Kiy.Kiy menelan ludah,murid semakin ramai di situ.
"Aku surrender..."
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
Fantasy(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...