Part 59-Pembalasan

1.7K 123 4
                                    

Disebalik senyuman,ada kedukaan...

"Mana sifat angkuh kau,wahai Raja Syaitan?"Soal Eym memandang tajam ke arah Raja Syaitan.

"Groahh!!!!!!"Jeritan dari Naga milik Eym kedengaran sehingga tanah bergetar.

Raja Syaitan mula hilang akal.Lawan di depannya terlalu kuat.Dia tidak menyangka Erasota mempunyai pahlawan sekuat dia.

"Aku tak akan mengalah budak!!"Wajah Raja Syaitan yang bertukar menjadi serigala mula memerah!

Tangan dikepal,otot di tangannya mula membesar.Sihir ditumpukan di situ.Raja Syaitan terus mencangkung,otot dikakinya mula membesar.

"Arghhh!!!...."Raja Syaitan terus bergerak pantas!Guardian yang rendah tak dapat melihat gerakan itu!Tetapi Eym berbeza,gerakan Raja Syaitan sangat lambat baginya.

Tangan ditarik lalu ditujukan ke arah Eym.Eym terus menahan serangan itu dengan satu tangan.Raja Syaitan tergamam..

"Adakah budak ini manusia?..."Soalnya dalam hati.

Dengan pantas,Eym terus menumbuk tepat ke arah dada Raja Syaitan.Dia terus tercampak dan mulutnya mengeluarkan darah.Hempasannya sangat kuat,dia terbatuk-batuk lalu mengeluarkan darah.Dua orang mula menghampirinya.

"Tuan!!!!Tuan tidak apa-apa?.."Soal Roqi,dibadannya terdapat luka libasan yang parah manakala Jack mula putus tangan kirinya..

"Kamu masih hidup?!!"Soal Raja Syaitan terkejut.

"Aku tidak tahu apa yang terjadi.Dia memanggil panggilannya dan meninggalkan kami hidup-hidup..."

"Pembalasan bermula!Aku akan bunuh kau satu-persatu!!"Ujar Eym dingin,matanya mula memerah!Bajunya yang putih telah bertukar menjadi emas.Badannya mengeluarkan aura berwarna emas dengan banyak!!Dua kepala naga kelihatan di bahu kiri dan kanannya..

King Farzel tersengih,aura membunuhnya sangat kuat.Bahkan eym tak perlu bantuan darinya.

"Kekuatannya terlalu kuat..."

Naga Angin juga kelihatan berada di sebelahnya.Dia memandang ke arah pertarungan Eym dan musuhnya.Dia mula rasakan sesuatu yang menakutkan akan bangkit lalu memandang ke arah King Farzel.

"Apa maksud semua ini?"

"Dia ingin mengeluarkan kekuatan penuh milik kita..."

"Apa!!Mustahil ada manusia yang dapat menggunakan kuasa kita sepenuhnya!!"

"Jadi kau belum tahu?Eym adalah anak Raja Dewa yang diturunkan ke bumi.."

"A..Apa!!!"Berita ini terlalu mengejutkannya.Anak dewa sangatlah istimewa tetapi bukankah anak seorang dewa mempunyai kuasa yang kuat.

"Dia masih belum bersedia menerima kuasa itu.Di antara kuasa dewa,kuasa dialah yang paling istimewa.Disebabkan itulah ramai yang ingin menculiknya sehingga kerajaan langit terpaksa menghantarnya ke bumi..."

"Hahahah..."Naga Angin ketawa dengan kuat..

"Kenapa kau ketawa?Naga Angin?"Soal King Farzel pelik.

"Mengikut yang aku dengar.King Farzel adalah Naga yang kuat dan sangat dingin.Dia tidak akan membalas pertanyaan naga atau orang lain..."

"Ouh,saja.Aku nak tukar watak pulak..Bosan jadi dingin.."

Raja Syaitan dan anak buahnya terundur ke belakang.Remaja yang berada di hadapannya mempunyai aura yang mengerunkan.Dari pandangan,di sekeliling eym dengan aura yang berwarna hitam putih.

Eym memejamkan matanya.Senyuman terukir,sinis.Rambut putihnya yang bertukar berterbangan akibat aura yang sangat kuat.Apabila mata dibuka,masa seakan terhenti.

Roqi dan Jack tercampak jauh!Serangan yang sangat pantas!Mereka termuntah darah yang banyak.Eym terus berada di hadapan Raja Syaitan.Mata ditutup sebelah.

Raja Syaitan terkejut!Anak mata Eym bertukar menjadi tajam!Seakan naga.

Eym menghala tangannya ke hadapan seperti mencekik.Raja Syaitan perlahan-lahan terapung lalu bergerak ke arah Eym.Dia tersentak lalu meronta-ronta.Tangan di pegang di tekuk seakan-akan di cekik.

Pedang diambil,hasil gabungan dari pedang Ratu naga dan Karu.Warna hijau mula terlihat,dicampuri oleh warna merah darah.

"Wrath of gods!!"

Pedang dilibas secara menyerong.Kuasa yang kuat terkena pada Raja Syaitan.Raja Syaitan mula meronta-ronta kesakitan,sakit yang tidak pernah dia alami.Tubuhnya seakan-akan terbakar!

Badan Raja Syaitan dicampak jauh.Eym mendarat di tanahnya.Sayap di belakangnya mengepak dengan hebat.Tanah yang dia pijak menimbulkan kesan retak yang besar.

"Seven sins of the sword!"

Muncul 7 pedang dengan kekuatan yang sangat kuat.Tujuh pedang itu bercorak berbeza dan seakan-akan pedang yang kehausan darah.Pedang itu terapung mengelilingi Eym.

"Aku nak tengok.Adakah kau berjaya menahan 7 pedang ini.."

Raja Syaitan membulat mata.Eym melangkah perlahan-lahan ke arahnya bersama senyuman yang amat mengerikan.Dia akui bahawa dia ketakutan.Raja Syaitan mengesot badannya ke belakang.

"Power Of Ruler!"

Raja Syaitan terangkat ke udara!Lehernya seakan-akan dicekup dengan kuat.Dia terkapai-kapai.Perlahan-lahan dia bergerak ke hadapan eym.

Eym memetik jati.Satu pedang itu meluru laju lalu menikam badan Raja Syaitan

"ARGHHHHH!!!!!"

Darah mengalir membasahi badan.Darah berwarna hijau.Nafas raja syaitan tercungap-cungap.Jika pedang biasa,dia hanya tersenyum walaupun ditikam,tetapi ini pedang yang mengerunkan.

"Dua"bunyi petikan jari kedengaran.

"Arghhhhhh!!!"

"Huh,huh,huh"Raja syaitan mengambil nafas.Dia terasa seolah-olah dibakar,badannya mengelupur kesakitan.Badannya sekarang ditembusi oleh dua pedang.

"Bagaimana?Tujuh dosa pedang ini?Sedap.."Soal Eym sinis.Jubahnya menghasilkan debu-debu emas.

Tale Of Resurrection Ancient Dragon LegendWhere stories live. Discover now