part 52-unexpected

1.7K 111 10
                                    

Atuk kai menahan pedang itu dengan kerambitnya.Dia sempat mengambil di poketnya.

Mereka berdua terus memghilangkan diri.Pertarungan mereka seimbang dan pemenangnya sukar untuk ditentukan.Pertarungan itu tidak dapat dilihat oleh mata kasar.Hanya bunyi bilah pedang sahaja yang dapat didengari.

***********

Askar mula bersorak gembira apabila semua askar robot di belah barat telah dikalahkan termasuk beberapa pendekar pedang.

Di sebelah timur pula,sam berjalan seorang menyusuri robot-robot yang bertarung dengan ahlinya.Dia masih lagi tercari-cari pemegang pedang deruin dan asera itu.

Pedang itu amat berbahaya jika jatuh ke tangan yang salah.Sam terus mencari sambil membelah robot yang berada di hadapannya itu.huh,menghalang aku sahaja.

Dummmm!!!

Bunyi hempasan mengejutkan aku.Tanah bergegar kuat!Aku cuba stabilkan diri.Perlahan-lahan aku mengangkat muka melihat ke hadapan.Seseorang berjalan keluar dari kepulan debu-debu itu sambil membawa pedang berkembar di tangan.Nampaknya aku sudah jumpa!

***********

"Jadi kaulah pemilik pedang itu?"Soal Sam.

Musuh di hadapannya hanya tersenyum sinis.Dia menghayunkan beberapa kali pedangnya sebelum melibas deruin ke hadapan!

Sam terbeliak!Dia terus menghasilkan pelindung!Para askar yang lain tercampak jauh!Libasan itu mula menghilang.Sam melenyapkan pelindungnya itu.

"Sememangnya kuat..."

Musuh di hadapannya hanya tersenyum sahaja.

Han(Nama lelaki itu)mula berlari menuju ke arah sam.Sam pantas mengeluarkan kerambitnya lalu menghalang pedang itu dari terkenanya.

Han menekankan lagi dan sam semakin tidak tertahan lalu menumbuk perut han.Han tercampak ke belakang.Han mengimbangkan diri lalu mendarat dengan sempurna.

"Aku tak boleh lawan dia.."Ujar Sam lalu melakukan gerakan.

Sam melakukan gerakan.Han menunggu serangan seperti merendahkan dirinya.Sam seperti memanggil sesuatu.Awan di atas mereka mula gelap.Sam terus meluru!Kilat di atas menyambar kerambit sam lalu terus menekan ke arah han.

Tetapi....Sesuatu... yang sam anggap mustahil berlaku!

Han menahan serangan kerambit itu!Sam seperti terpaku.Han menghayunkan aseranya lalu terkena sam!Sam mengerang kuat!Dia tercampak!Han tidak berhenti di situ..Dia terus meluru pantas ke arah sam!Asera dan deruin mula bercahaya.Sam mengengam kuat kerambitnya lalu cuba melawan.Han terus melibas pedang itu!

Bommmmm!!!!

Muncul seseorang yang menahan serangan itu dengan sebelah tangan.Seorang remaja berambut merah.Sam tergamam melihat remaja tersebut.

Tetapi dia tiada kudrat untuk berbicara.Serangan terkuatnya iaitu memanggil raja kilat membuatkan staminanya dan mananya berkurang.

Sam terus pengsan tidak sedarkan diri.Beberapa orang muncul di belakangnya.

"Tolong bawa pak cik sam ke bilik rawatan,Segera!"

Mereka mengangguk faham lalu mengambil tubuh sam.Mereka terus menghilangkan diri.

"Aku kagum dengan kau.Kau kuat,tiada seorang pun yang tidak dapat mencederakan dia sebelum dia berlawan dengan kau."

"Kau siapa budak?"

"Huh,sungguh kurang ajar!"

Remaja itu menyeru pedang di tangannya lalu berjalan megah ke arah han.Han terus meluru lalu melibaskan kedua-dua pedangnya!Tetapi dapat di tahan dengan mudah oleh remaja itu!

Sungguh diluar dugaan!Han tidak terfikir perkara ini berlaku!Remaja itu terus melibas pedangnya.Han sempat menahan tetapi dia juga tercampak jauh!

"Kekuatan apakah ini?!"

Pedang di tangan han mula bercahaya!Han mula memandang ke hadapan tetapi dia terkejut!Remaja itu menghilang!Adakah dia melarikan diri!

"Aku di belakang kau!"

Remaja itu terus menumbuk ke arah peparu han!Han terbeliak,dia terus termuntah darah.Dia sekali lagi tercampak!Tercampak seperti patung!Kekuatannya seperti tidak berguna apabila melawan remaja itu.

"Hiyarkkk!!"

Han mula mengamuk.Harga dirinya dipijak!Badannya mula mengeluarkan aura!Aura hitam yang kuat!Remaja itu hanya santai menanti kekuatan sebenar han.Han terus mengamuk.

"Kau akan mati di tangan aku!"

"Kau bukan dewa untuk bunuh aku.Bahkan dewa pun tak mampu untuk bunuh aku"

Han terus berada di hadapan remaja itu.Remaja itu hanya santai.Dia terus mengeluarkan pedangnya!Duel antara mereka semakin sengit.Han dengan amarahnya manakala remaja itu hanya santai.

"Huh,aku bosan!Hanya ini kemampuan kau?Adakah ini kekuatan sebenarnya dari pemegang pedang legenda?Sungguh lemah!"

"Kau diam!"

Han terus menghayunkan ke arah remaja itu.Remaja itu menahannya dengan satu tangan sahaja!Iris mata remaja itu mula berubah ungu!Han terlihat mengigil!Remaja itu menghalakan telapak tangannya ke arah han.Muncul sesuatu yang ungu di telapak tangannya!

"Dark Nebula!"Serangan bagaikan laser itu terus meluncur laju ke arah han!

Han terus menyilangkan pedangnya seperti ingin menahan serangan itu!Tetapi tidak cukup kuat.Han terus lesap menjadi debu apabila terkena laser itu.Remaja tersebut menghampiri tempat Han lalu mengambil kedua-dua pedang iaitu Asera dan Deruin.

Seorang lelaki muda dan remaja lelaki baru tiba di tempat remaja itu berlawan.Dia ternganga melihat sekelilingnya dan abu dari mayat.

"what the hell!!"

Tale Of Resurrection Ancient Dragon LegendWhere stories live. Discover now