Adakah Dunia Ini Adil?
*************
Hilangnya seorang pahlawan yang dikagumi ramai.Berjuang demi bandar,sentiasa tersenyum walaupun saat kematiaan.
Awan mula mengeluarkan titisan air kecil tanda menangisi kepergian seseorang begitu juga angin yang berderu kencang kerana dia sudah kehilangan puncanya.
Izz dan yang lain terus menyerang Raja Syaitan dan general lain manakala Eym meluru ke arah Atuk Kai.Dia terus memangku kepala Atuk Kai sambil menangis.Tangannya perlahan-lahan ke arah luka yang parah di dadanya.Tangisannya sangat kuat.Gigi diketap,kepala atuknya dipeluk erat seperti tidak ingin melepaskan.
Izz terus menyerang Raja Syaitan bertubi-tubi.Kuasa kilatnya membuatkan Raja Syaitan sukar untuk menjangka pergerakannya.Manakala Kiy,Carl dan Mia menyerang 2 General yang masih hidup.
"Sial kau,aku takkan sesekali maafkan kau!"Ujar Kiy dengan dingin,tangannya terus mencengkam tangan Roqi.Carl lantas menendang perutnya sehingga tercampak jauh.
Jack pula menahan serangan bertubi-tubi dari Mia.Libasan cemeti itu membuatkan badannya terluka.Dia mendecih,tangannya mula memegang tali cemeti itu lalu menendang perut mia.Tetapi mia menahan tanpa masalah,Mia terus menendang kepalanya sehingga terteleng ke tepi.
Mereka berempat terus menekan Raja Syaitan dan anak buahnya.Izz memaparkan wajah dingin,kerana dia masih lagi sedih atas kematian seorang idolanya.Matanya terus menjeling ke arah Eym.Eym menunduk ke bawah tanpa melakukan apa-apa.
************
Hey budak!Bangun!
Eym terus tersedar.Dia terus membongkok badannya,dia terasa pelik apabila melihat sekeliling yang putih.Tiada tumbuhan dan manusia di situ.
Nampaknya kau sudah bangun..
Eym terus memandang punca suara itu.Terlihat kelibat dua manusia yang memandang ke arahnya.Dia mula mengundurkan diri.
"Kau siapa?"
"Sampai masa kau akan tahu juga siapa aku..."
"Aku pula adalah kuasa Atuk Kai..."
Eym membesarkan mata.Kuasa Atuk!Jadi kenapa dia berada di sini.Tidak menghilang seperti kuasa orang lain.
"Aku bukan kuasa seperti yang lain.Aku adalah kuasa terulung yang sebenar.Seperti dalam diri kau juga,kuasa api yang sebenar.Jadi aku tidak akan terpadam dari dunia ini..."Terang lelaki yang berbaju hijau itu.Mukanya tidak kelihatan kerana terlalu terang.
"Takdir kau sudah ditetapkan Eym.Ini hanyalah permulaan dari kisah kau.."
"Tapi kenapa aku?"
"Jangan pernah berserah.Berjuanglah selagi mampu.Kamu perlu kental menghadapi ujian ini.Ia sudah ditakdirkan untuk kamu"
"Tapi kenapa aku!Aku sudah kehilangan semuanya.Kenapa aku yang perlu menjalaninya!"
"Sebab kamu istimewa.."Ujarnya tersenyum.
Lelaki berzirah putih itu mula menghulurkan tangan.Eym memandang pelik ke arah tangan itu.
"Peganglah tanganku.Kau akan menerima kuasa kau yang sebenar.Tapi bukan yang terkuat kerana kau mempunyai kuasa yang lagi kuat dari ini..."
"Sebenarnya ini juga kuasa kau.Tetapi masih terkunci kerana kau belum bersedia untuk menerima kuasa ini.Jadi untuk kali ini,aku akan meminjamkan kuasa ini pada kamu..."
"Peganglah juga tanganku.Kerana sejak dahulu lagi aku sudah ditakdirkan untuk bersama kamu wahai anak muda..."
Eym menghulurkan tangannya lalu menyentuh tapak tangannya mereka berdua.Aura putih dan hijau mula keluar.Lalu menbentuk seperti seekor naga yang kecil lalu menghilang.
*************
Eym terus tersedar.Kepalanya diangkat,matanya mula bercahaya putih.Angin mula mengelilinginya termasuk cahaya yang putih.Perlawanan sebentar tadi terhenti apabila melihat Eym.
Eym memejamkan matanya.Dua tiang cahaya berada di atas kepalanya!Hijau dan putih!Tangan didepakan,menerima kuasa itu.Cahaya hijau dan putih itu terus menuju ke arah Eym.
Izz,Raja Syaitan dan yang lain tercampak
akibat impak kuasa itu.Izz terus melakukan back flip lalu mendarat.Raja Syaitan pula membuka sayapnya lalu terbang ke atas."K-kuasa apa ni?"Ujar Raja Syaitan.Ki eym sangat kuat sehingga semua orang di tempat selamat dapat merasakannya.
Jack mula terketar apabila jumlah kuasa lawannya sangat menakjubkan.Dia terus menahan dengan tangan dari terjatuh ke atas tanah.Kiy dan yang lain sudah pun selamat berada di atas tanah.Tekanan dari kuasa itu sangat kuat.!
**************
Semua orang di khemah masih lagi bersedih.Drag memegang kepalanya untuk menutupi kesedihan.Dia dan anak buah terpaksa melupakan untuk menolong Eym kerana semua anak buahnya cedera parah.
Drag teresak-esak,bahunya mula tergetar-getar.Tangisinya semakin kuat.Cury mengusap lembut belakang badan Drag.Dia juga menangis,seorang yang dikaguminya sudah tiada.Drag menjerit kuat,melepaskan tangisannya,dia tidak mengedahkan orang lain.Rakan,ketua merangkap gurunya sudah tiada..
Semua di situ terlihat sedih.Ada yang mengesat airmata.Ada juga yang menangis teresak-esak.Mereka semua tidak mampu melakukan apa-apa.Drag mula mengimbas kenangan mereka kembali.
Di pohon besar di tepi khemah.Seorang lelaki terus menumbuk pokok itu tanpa henti sehingga tangannya berdarah.Airmata semakin lju menuruni.Dia teresak-esak,badannya disandarkan ke pokok itu.
"KENAPA!KENAPA!!!!!!!.."
"AKU LEMAH!AKU TERLALU LEMAH!!!!!"
"KENAPA AKU BIARKAN DIA BERLAWAN SENDIRIAN!!!!"
"KAI!!!!!!!!!!"
"ARGHHHHHH!!!!!!!"
Sam melepaskan tangisannya.Tangisan yang sangat menyakitkan.Tangisan atas kematian seorang sahabat yang sangat istimewa..
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
Fantasy(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...