Seseorang duduk di dahan sambil melihat perlawanan remaja itu.Dia menyembunyikan auranya sehingga tiada sesiapa yang perasan.Dia tersenyum melihat kekuatan eym.
"Hahahaah,tak sempurna zess!!jangan buat lawaklah!"
"Kekuatan dia semakin bangkit dan dia semakin kuat!!"
"Nampaknya cucu kau ialah penyelamat dunia!!Seperti ramalan itu!!"Dia tersenyum sambil melihat ke arah langit.
Orang misteri itu terus menghilangkan diri dari tempat itu dan eym berpaling apabila merasakan seseorang memerhatinya.
"Kenapa?"soal izz sensei yang sedang menghampiri eym
"Tak ada apa-apa sensei"jawab eym.
**************
Eym berjalan pulang ke rumah.Dia berjalan seorang diri kerana kiy mempunyai urusan di bandar.Terpaksalah dia berjalan seorang diri.Dia terus melangkah dan langkahnya semakin lambat dan terus berhenti."Siapa di sana?"soal eym memandang ke arah sesuatu arah.
"Nampaknya kau tahu keberadaan aku walaupun aku sembunyikan aura aku.."jawab orang misteri itu sambil melangkah keluar dari hutan.
Eym membuat posisi menyerang dan terus memberi tumbukan.
"Fire punch!!"
tumbukan itu semakin menghampiri dan orang misteri itu hanya menahan dengan dua jari sahaja!!Eym tergamam melihat perkara itu dan melangkah ke belakang.
"Aku bukan datang untuk berlawan,cuma aku nak bagi kau sesuatu"orang misteri itu berkata sambil membetulkan topeng di mukanya.
Eym dapat mengecam suara perempuan dan hanya mendengar sahaja.
"Sesuatu?"soal eym
Orang misteri itu menghala tangan ke kiri dan muncul lubang dimensi.Dia mengambil sesuatu dan mengeluarkannya.Di tangannya terdapat sebilah pedang yang sangat unik.Pedang yang diukir seperti naga dan terdapat enam lubang di pedang itu.
"Itu pedang ke?"soal eym
"Ehh tak lah,ini cangkul..."perli orang misteri itu.
"Hehehe"eym tersengih mendengar perlian itu
Orang misteri itu memandang eym dengan pandangan meluat.Ada ke dia tanya ni apa,ishh budak ni!
"Nah,ini untuk kau.Seseorang yang kirimkan pedang ini kepada kau.Kau nampak lubang tu?di situ ialah tempat permata elemen secret blade.Kau perlu carinya sahaja.Permata itu biasanya terdapat di ruin atau dungeon"
Eym mengambil pedang itu dan menghayunkan beberapa kali.Selepas itu dia menyentuh dan mengusap bilah pedang itu.
"Ini sebenarnya pedang apa?"
"Suatu masa nanti kau akan tahu budak..."
Eym cuba mengerakkan pedang itu dan melibas pokok yang berdekatan.Tetapi eym seperti kesulitan mengendali pedang itu.Pedang itu sangat berat dan hayunannya tidak teratur.
"Pedang ni diperbuat daripada apa?"soal eym dan terus berpusing belakang.
Tiada seorang pun di hadapannya sekarang ini.Orang misteri sebentar tadi telah lama menghilangkan diri.Eym mengaru kepalanya sambil mengangguk beberapa kali.
"Okay baiklah,aku akan bawa pulang dan tanya kepada atuk.Mana tahu orang tua tu tahu pasal pedang ni..."
*******************
"Prufffffff"tersembur atuk kerana melihat pedang yang eym tunjukkan.
"Mana kamu dapat pedang ini!!!"soal atuk kai dengan nada yang kuat sambil membelek-belek pedang itu.Dia juga mengusap hujung pedang itu.
"Ada orang bagi,eym pun tak tahu siapa.Pedang apa ni tuk?"
"Kau tak tahu!!"jerit atuk kai tidak percaya.
"Janganlah jerit tuk.Ishh,orang tua ni.Ingat aku pekak ke?"ujar eym dan ayat hujung itu sengaja direndahkan nadanya.Nak mati ke apa kalau nak cakap kuat-kuat.
"Pedang di dunia ini mempunyai enam kategori.Nombor 6 ialah pedang yang biasa yang kita selalu gunakan.Nombor 5 ialah pedang elemen,semua orang boleh menggunakan pedang ini mengikut elemen masing-masing.Nombor 4 ialah pedang yang dikhaskan untuk para guardian.Pedang ketiga ialah pedang legenda,pedang legenda hanya lima sahaja didunia ini dan keberadaannya tidak diketahui manakala pedang nombor 2 ialah pedang yang diturunkan dari langit atau dikenali sebagai pedang dewa.Hanya dewa yang menpunyai pedang ini dan seorang manusia telah dapat memperoleh pedang ini.Dewa ingin membalas jasa pemuda itu dengan pedangnya..."terang atuk kai sambil memandang ke arah eym yang sedang menggaru kepala.
"Nombor satu?"soal eym
"Nombor satu ialah raja pedang.Pedang ini sangat-sangat susah untuk dapat dan para dewa pun tidak dapat pedang ini.Pedang ini ada dua dan sesiapa yang dapat memperoleh pedang ini dianggap sebagai queen and king blade..."terang atuk kai lagi
Eym fokuskan tentang raja pedang itu.Dia seakan-akan ingin memiliki pedang itu.Raja pedang.
"Raja pedang?Apa nama pedang tu?"soal eym menongkat dagu mendengar perjelasan atuk kai.
"Dark crystal sword for king while light crystal sword for queen.Dalam pedang itu memiliki semua elemen dan boleh menyerap elemen yang terkenanya.Atuk juga dapat tahu sebenarnya pedang itu adalah naga yang disumpah..."
"Wow,boleh buat drama pukul 7,naga yang disumpah.."ujar eym.
"Umm?Drama?Apa yang kau mengarut ni?"soal atuk kai mengerut dahi tidak mengerti.
"Drama!drama pukul 7!"terang eym yang mengosok kepalanya sendiri.
"Pedang ke?"bingung atuk
"Eh tak lah,lembu perang.Sudah jangan cerita pasal ni..."Ujar eym yang sudah malas menerangkan.
"Ouh,tak ingat,atuk ketinggalan zaman.Zaman ni mana ada drama!Tapi macam mana aku tahu?"bisik hati eym.
"Sebab kau bodoh kut!"balas king farzel.
"Mmm,betul juga jawapan kau.Wait!!kau cakap aku apa tadi!!kau yang bodoh naga tua!!"
"Huh,dasar budak hingusan.Anak siapakah dikau ini?Atau anak tong sampah?"
"Huh,sungguh lancang kata-kata kau wahai makhluk tidak berotak.Woi bodoh,naga hangus tua terlajak laris!!"balas eym dengan nada suara yang tinggi.
Tetapi apa yang eym lihat membuatkan dia ingin saja membunuh naga itu.Naga itu sedang enak tidur sambil berdengkur dan mengeluarkan Zzz.Cepat sekali naga itu lena.
Eym kembali ke dunia nyata dan mula bangun dan melangkah ke arah bilik tidur.
"Ehh,wait.Atuk tak bagitahu lagi kan itu pedang apa?huh..."ujar eym sambil menaiki tangga untuk ke biliknya.
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
Fantasi(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...