Part 43-leader vs leader

1.8K 108 2
                                    

Kiy masih lagi bertarung dengan perisai silver iaitu zack.Kedua-duanya bertarung dengan hebat dan tiada yang dapat menjangka siapakah di antara mereka yang akan menang.

"Adakah aku perlu mengunakannya?"bisik hati kiy sambil menahan serangan zack.

Dia pantas menahan tumbukan zack dengan tangan kosong.Dia mengengam erat tumbukan zack lalu sebelah tangannya dihayun dengan pantas ke arah muka zack.Zack terkejut sebelum menerima tumbukan yang mengakibatkan dia tercampak jauh.

Kiy berdiri tegak,dia mengambil nafas yang panjang lalu perlahan-lahan melepaskannya.Dia memejamkan mata seketika lalu membukanya semula.Iris matanya mula berubah warna hijau gelap.Aura yang kuat mula muncul dan dapat dirasai termasuk zack yang baru sahaja dapat berdiri.

Ki kiy meningkat pesat dan kiy memandang tajam ke arah zack.Zack terus berlari menuju ke arah kiy tetapi tercampak ke belakang akibat aura yang kuat di sekitar eym.Zack terus melakukan backflip dan mendarat dengan sempurna.

"First form...dragon ginga!!"laung kiy dengan kuat

Di bawah kiy terdapat bulatan hijau yang sederhana besar bercorak naga.Tiang kuasa berwarna hijau tepat diatas kepala kiy dan memancarkan ke kiy.Ki kiy masih lagi meningkat dan zack mula melakukan posisi bertahan.

Tiang cahaya itu semakin lama semakin hilang lalu satu susuk perisai hijau sedang berdiri megah.Kiy menghela nafas pendek lalu melepaskan auranya membuatkan zack merasa gerun.

"Hiyarrkk!"Zack tanpa berfikir panjang terus meluru laju ke arah kiy lalu melibaskan pedang yang berada di tangannya.Libasan itu dapat ditahan dengan sebelah tangan sahaja.

Kiy mengenggam kuat pedang itu sehingga patah.Zack terkejut lantas ingin mengundurkan diri tetapi tidak berjaya.Dia terlekat disitu,dia mula panik sebelum memandang ke arah kiy tersenyum sinis.

"Kalau kau nak tahu..."bisik kiy

"Tanah adalah ahli aku"

Kiy terus mengeluarkan katananya lalu melibas kuat ke arah zack.Zack tidak sempat berbuat apa-apa hanya dapat menerimanya sahaja lalu tercampak jauh sehingga keluar dari kawasan gelanggang.

Kiy menghela nafas berat lalu melepaskan zirahnya itu.Keadaannya kembali normal dan seseorang menepuk bahu kirinya.Kiy menoleh ingin melihat gerangan itu.Dia tersenyum mesra apabila orang itu ialah eym yang tersenyum ke arahnya.

"Kerja bagus,bro"Ujar eym sambil terus menepuk bahu kiri kiy

Kiy tersengih apabila menerima pujian dari rakannya.

"Jom,mereka dah panggil tu"eym berkata sambil matanya terarah ke arah kumpulannya yang baru sahaja menumpaskan musuhnya.

Musuh semakin berkurangan dan yang tinggal hanyalah empat buah sekolah lagi.Mereka akan terus berwaspada sekiranya musuh datang mengejut.Eym mengarahkan semua berwaspada dan berada di posisi masing-masing.

"Kiy,berjagalah.Aku rasa yang sebelah kiri akan menyerang kita.Dia menunggu peluang sahaja."

Seraya berkata begitu,kiy mengangguk faham termasuk rakannya yang lain.Dan apa yang eym cakapkan adalah betul.Sekumpulan sebelah kiri terus menyerbu ke arah mereka dengan pantas.

Eym sempat membuat pelindung yang besar sebelum kumpulan itu menyerang.Mia terus keluar lalu bertempur dengan ahli perempuan di situ.Pergerakan mereka sangat pantas dan kumpulan itu hanya membiarkan sahaja.

"Kiy!kau ambik yang sebelah kiri.Carl sebelah kanan dan gale ambik yang belakang.Faham!"

"Faham!"

Mereka terus bergerak menyerang musuhnya dan eym terus menyerbu musuhnya yang satu itu.Dia adalah ketua bagi kumpulan itu iaitu Trun manakala musuh kiy ialah leon.

Eym dan leon terus berbalas tumbukan dan menyebabkan lantai yang rosak semakin rosak.Para guardian terus menglihat dengan tekun kerana baginya ialah adalah satu pertarungan yang hebat.

"Hahaha,kau lawan yang kuat.Aku sangat menantinya.Marilah kita bergembira!!"Ujar Trun yang memaparkan wajah gembiranya walaupun sedang bertarung.

Eym terus berbalas tumbukan dan sesekali bertahan.Musuhnya sangat handal bertarung tanpa senjata dan ini membuatkan dia sukar untuk melakukan serangan balas.

"Marilah kita berseronok!"ujar eym tersenyum sinis.

Api ungu bertarung dengan api merah.Ini amatlah pertarungan yang sangat dinantikan oleh semua guardian dan para penyokong.Puak api ungu adalah puak yang makin pupus dan puak mereka tidak terdedah kepada dunia luar.

Mereka berdua bertarung sambil meningkatkan ki masing-masing.Pertarungan semakin mendebarkan.Eym masih lagi tidak dapat mengalahkan lawannya.

Muka masing-masing terluka akibat pertarungan itu.

"Arghhhh"jerit seseorang mengakibatkan pertarungan mereka terhenti seketika.

Eym pantas menoleh lalu tergamam termasuk Trun yang dahinya mula menimbulkan urat hijau.

"Kau memang sial!!"jerit Trun dengan marah yang teramat.

Tale Of Resurrection Ancient Dragon LegendWhere stories live. Discover now