{Part 60}[end of the war]

1.9K 141 10
                                    

Eym berjalan menyelusuri mayat-mayat askar.Sense ditingkatkan ingin mencari seseorang.Sekian lama mencari,dia menjumpai orang yang dicari-carinya.

Nafas dihela,tangan naik mengusap kepala.Dia lantas mengangkat mayat itu.Wajah yang pucat itu ditatap oleh eym dengan penuh kasih.

"Atuk.."

Izz sensei,Mia dan kiy tiba di situ dengan bantuan penyihir.Mereka terus berlari menghampiri eym.

"Eym!!.."

Walaupun izz berada cukup jauh.Dia dapat mendengar dengan jelas panggilan izz sensei berkat kekuatan yang didapatkannya.Langkah dihalakan ke arah rakannya.Mereka terus berlari menghampiri eym.Izz tiba-tiba tersentak lalu berhenti secara mengejut,kiy terlebih dahulu menyapa eym.

"Kekuatannya!"Izz terkejut.

Eym tersenyum kelat.Izz cuba mencari sesuatu lalu menemukannya tetapi keadaannya cukup ngeri.

"Eym,kamu ke yang bunuh?"Soal Izz sensei.Wajahnya terlihat seperti melihat sesuatu yang ngeri.

Mereka semua berpaling menghadap "sesuatu" itu.Mulut kiy ternganga luas,mereka semua tergamam.Mia terus memuntahkan isi perutnya.

Mayat Raja Syaitan dan anak buahnya sangat ngeri.Raja Syaitan bahkan kehilangan kepalanya separuh.Otak keluar dari kepalanya,badannya mempunyai lubang-lubang yang cukup besar.

"Jom balik.."Ucap Eym menyentakkan mereka dari melihat itu.

"Tapi kita perlu meminta bantuan penyihir untuk membuka portal.."Balas Izz sensei,suatu alat dikeluarkan dari poketnya.

Eym menghela nafas berat,dia terus memetik jari.Portal yang cukup besar muncul di hadapannya.Dia terus masuk dengan Atuk Kai didalam dukungannya.Izz sensei tergamam,bahkan dia sekalipun tidak dapat membuka portal.Namanya dipanggil lalu dia terus masuk ke dalam.

*************

Portal yang terbuka di hadapan khemah mengejutkan semua orang.Para askar terus berbaris di hadapannya portal itu.Senjata diarahkan.

Wajah eym mula kelihatan termasuk rakan-rakannya.Di berjalan keluar dari portal itu.

"Berhenti!!"

Langkah mereka berhenti.Izz memandang kehairanan.

"Siapa kamu semua!!"Soal seorang lelaki dengan lantang.Dia adalah ketua bagi askar-askar itu.

Izz sensei berjalan ke hadapan.

"Kami adalah pahlawan.Dipihak tuan!"

Para askar mula berbisik.Ketua askar menjerit sekali lagi.

"Kami tidak percaya!Kami akan membunuh kamu semua!"

Eym tertekan.Amarahnya naik,aura yang kuat dan mengerunkan dilepaskan.Para askar yang merasa aura itu mula terketar,ketua askar terdiam.Senjata di tangannya terjatuh lalu badannya perlahan-lahan jatuh ke tanah.

Kiy,Mia dan izz terketar-ketar kerana aura yang mengerunkan dari eym.Kekuatan eym meningkat pesat dari kekuatannya sebelum ini.Bahkan mampu menumbangkan askar yang ramai dengan hanya mengeluarkan aura sahaja.

Drag,General Iren dan Sam keluar dari khemah kerana aura yang tidak menyenangkan ini.Mereka tersentak melihat eym dan Kai yang berada dalam dukungannya.Mereka terus berlari menghampiri mereka.

"Eym!"

Mereka terus berpaling melihat Drag berlari ke arahnya diikuti General Iren dan Sam.Wajah mereka terlihat gembira kerana cucu Kai selamat.

"Kamu selamat!Eym!"Ujar Drag tersenyum bahagia.General Iren juga ikut tersenyum.

Sam melihat Atuk Kai,wajah Kai tersenyum.Sam mendongak ke atas,wajah Eym dipandang.Tangan diangkat lalu mengosok rambut Eym.

"Syukur kamu selamat..."

******************

Suasana dikubur diselubungi dengan kesedihan.Eym kubur Atuk Kai dengan tenang,dia sudah mampu menerimanya.Pelukan diberikan kepada kakaknya iaitu elmiya yang teresak-esak.

Para pelawat tertunduk.Wajah mereka sayu.

"Beliau adalah seorang sahabat..."

"Seorang pahlawan..."

"Seorang Datuk..."

"Dan seorang guru yang disayangi ramai.."

Tangisan sayu kedengaran.Awan mengeluarkan titisan cecair,hujan.Seperti menangis atas kepergian seseorang.Angin menderu kencang,bermain-main di hadapan kubur seorang tuannya.

Iren dan anaknya datang ke arah Eym.Huluran tangan Iren disambut oleh Eym,Iren terus memeluk Eym dan Erza memeluk Kak Elmiya.Belakang badan Eym ditepuk.

Lalu kawan dan gurunya datang ke arah Eym.Iren sudah meninggalkan tanah perkuburan.Mereka terus memeluk erat eym.

***************
2 BULAN KEMUDIAN

Loceng sekolah berbunyi.Para pelajar beramai-ramai mengerumuni kantin sekolah.Pelbagai makanan yang terdapat di situ.Wajah mereka terlihat jelas keceriaan.Di tempat perhimpunan pula terdapat gambar potret besar yang memaparkan tiga wajah yang menjadi menyelamat negeri itu.

Wajah ketua guardian iaitu Sam,Eym ditengah dan Atuk Kai yang berada di sebelah kiri.Eym dihormati kerana telah menjadi kunci tamatnya perang itu.

Seseorang berjalan melalui kelas-kelas elit.Dia sudah berubah dengan mendadak selepas perang itu.Badannya terbentuk cantik,wajahnya terlihat sangat matang.Tetapi satu sahaja yang tidak berubah.

Wajah dingin,tidak berperasaan.

Jangan lupa vote guys.

Tale Of Resurrection Ancient Dragon LegendWhere stories live. Discover now