Part 55-Luahan

1.6K 98 4
                                    

Dua orang pahlawan bertarung dengan sengit.Orang ramai menjauhi mereka kerana kekuatannya amat dahsyat.Tanah tempat mereka bertarung sudah lama hancur berkecai.Rekahan tanah mula timbul.

Kai terus menumbuk Raja Syaitan bertubi-tubi.Dia tidak memberi peluang kepada lawannya.

"the wind god dance.."Angin kuat mengelilingi Kai.Dia dan angin bersatu.

Raja Syaitan bergerak lambat!Tekanan dari angin membuatkan pergerakannya lambat.Dia mendecih.Kai semakin menghampiri dan terus melibas pedangnya.Raja Syaitan menahan pedang itu dengan belakang pedangnya.Serangan Kai semakin bertambah.

Raja Syaitan kegeraman,tangannya mula mengeluarkan aura hitam.Tangan disilangkan lalu melepaskannya ke hadapan.Kai tertolak ke belakang.Kaki dicengkam ke tanah,badan mula diimbangkan.

"Sial kau orang tua!"

Raja Syaitan mula melakukan sesuatu.Ibu jari digigit lalu disapukan di pedangnya.Aura kehitaman semakin kuat.Tanah disekeliling mula bergegar.Kilat menyambar!Lalu keluar tiang kehitaman di atas kepala Raja Syaitan.

Cahaya kehitaman terus menerjah Raja Syaitan.Kai lantas menjauhkan diri kerana debu pasir yang kuat.Cahaya itu mula memudar,zirah hitam mula kelihatan di sebalik itu.Apabila cahaya sudah tiada,muncul zirah yang unik,zirah seakan-akan naga dan bersayap!

*****************

Sam memandang langit,tepat ke arah tiang hitam itu.Hati mula berdegup kencang,dia tidak dapat menolong rakannya.Dia menumbuk tanah kerana kesal.Kai hanya berlawan sendirian.

Drag mengeluh lemah,dia juga cedera parah.Mana taknya,2 general musuh telah dikalahkannya.Dia melangkah perlahan lalu keluar dari khemah itu.Pedang diambil di tepi khemah.Langkahnya terhenti apabila seorang gadis berdiri di hadapannya.

"Cury...."Ujarnya perlahan.Anak matanya masih memandang ke arah cury.

"Awak nak pergi mana?"

"Aku akan pergi menolong kai.."Ujar Drag lalu berjalan melepasi Cury.

Drag terkejut apabila tangannya digenggam oleh Cury.Drag menoleh ke arah Cury,meminta jawapan.

"Jangan pergi!Tolong!"Rayu Cury.

"Maaf,aku ingin menyelamatkan dia..."

"Awak nak tinggalkan saya lagi ke...."

Langkah Drag terhenti..

"Tak cukup lagi ke awak nak tinggalkan saya?Selama ini saya tunggu awak.."

"Ye,memang saya happy bila nampak awak tadi.Tapi saya tengok awak langsung tak senyum pada saya.Saya sakit!Awak tahu!"

"Tolong!Cukuplah saya kehilangan awak 5 tahun.Saya tak nak kehilangan awak selama-lamanya."

Drag mengeluh lemah,luahan Cury membuatkan hatinya sakit.Dia lantas ke arah Cury yang menangis teresak-esak lalu mengusap lembut kepalanya.Drag tersenyum.

"Aku minta maaf.Memang salah aku.."

Usapan lembut dari Drag membuatkan dia tenang.Badan Drag didakapnya,rasa rindu mengunung dilepaskan.Drag hanya tersenyum sahaja.

"Drag..."

Dia lantas menoleh,salah seorang anak buahnya.Pelukan Cury dilepaskan.

"Izz,eym dan kawan-kawannya pergi ke tempat Kai..."

Mata Drag meluas.Cucu kai telah pergi!Pedang di atas tanah diambil.

"Drag,kita biarkan dia pergi..."

"Tak boleh!Eym masih lemah dan hanya izz sahaja pelindung dia!"

"Drag.Eym telah menyelamatkan Sam dari terbunuh.Dia juga dapat membunuh musuhnya itu.Aku percaya dengan kekuatannya."

Kerusi yang dihampiri diduduk.Drag memegang kepalanya.Tubuhnya masih kesakitan.

Jeritan seseorang menarik perhatiannya.Seorang lelaki tergesa-gesa dan menjerit nama seseorang.Drag memandang pelik.

"Tuan Drag!Tuan Drag!"

Drag mengangkat tangan.Lelaki itu lantas ke arahnya.Dia tergesa-gesa.

"Tuan!Dua general pihak musuh masih lagi hidup!"

Drag terkejut,dia ingatkan semua general dan pendekar pedang sudah dikalahkan.Dia bangun dari kerusi.

"Panggil kumpulan Slayer.ASAP!!Kita bergerak ke tempat Kai sekarang!"

**********

Raja Syaitan tersenyum sinis.Kekuatannya semakin bertambah!Kepalanya telah ditutupi oleh topeng naga.Dia dapat menjangka pergerakan lawannya.

Kai mendiamkan diri sahaja.Dia terus bergerak ke depan Raja Syaitan lalu melibas pedangnya.Raja Syaitan tersenyum sinis,dia dapat membaca gerakan lawannya.Dia terus bergerak pantas lalu menumbuk perut kai.

Kai termuntah darah.Dia tercampak ke belakang.Seseorang berada di belakangnya!

Tale Of Resurrection Ancient Dragon LegendWhere stories live. Discover now