Part 35-membunuh

1.9K 117 3
                                    

Bunyi dentuman kedengaran di bilik latihan.Seorang wanita sedang sibuk menyerang dua lelaki.

Kiy dan gale masih lagi menahan serangan dari mia dan cuba memujuk mia tetapi tidak dilayan olehnya.Eym menggaru kepala melihat itu.

Mia mengeluarkan kuasa tahap tertinggi dan ini membuatkan gale dan kiy kecut perut.

"Eym!!tolong aku!!tolong!!"kiy cuba meminta pertolongan dari eym.

Eym bangun dari tempatnya dan melangkah ke arah tengah-tengah pertarungan.Dia berhenti di tengah dan pandangan dia bertaup dengan mia.

"Hentikan"

"Kau nak suruh berhenti?tidak semudah itu wahai lelaki!kawan kau telah membuat aku marah!!"

"Wah,cantiknya ayat kau.Siapa tulis dialog kau?"soal kiy dengan mata yang terpesona.

Gale dan eym memberi jelingan tajam kepada kiy kerana membuat hal bodoh tidak kena waktu.Kiy dan bodoh berpisah tiada.

"Semesti authorku yang hebat ini"jawab mia dengan senyuman dan wajahnya mula berubah.

"Kau nak tukar topik ke?ha!"

"Ambik ni!!"

Dia melepaskan berbola yang dihasilkan sebentar tadi ke arah mereka berdua.Wajah mereka berdua mula pucat dan mereka saling memandang wajah diri sendiri.

"Kalau aku hidup,sumpah aku taknak buat mia mengamuk"ujar kiy

"Itu betul"

"Together?"

"Together"

Mereka saling berpelukan dan meratap sesama sendiri.Mereka tidak ingin mati lagi.Berbola itu semakin menghampiri.

"Karu!"eym memanggil pedang yang dia dapat dari orang yang misteri.Dia sudah mula serasi dengan pedang itu.

"Light of sun!!"eym mengusap pedangnya itu dan cahaya mula keluar.

Dia berada betul-betul di hadapan berbola angin yang besar itu.Dia merendahkan badannya dan terus menghayunkan pedangnya pada berbola itu.Hayunan itu menyebabkan libasan emas keluar dari pedang lalu membelah berbola itu tanpa sebarang masalah.

Dummm!!!

Berbola itu terbelah dua dan mereka terselamat dari kejadian itu.Manakala mia mula semakin bengang kerana serangannya dipatahkan oleh orang lain.

"Kenapa kau kacau ha?bodoh!"soal mia dengan bengang.

"Cukup"ujar eym dengan lembut sambil memandang ke arah mia.

"Kau siapa nak kacau aku?!!!"

"Aku kata cukup!!!"Jerit eym lalu mengeluarkan aura membunuhnya.Auranya sangat kuat sehingga satu akademik dapat merasainya.

Mia terdiam manakala kiy dan gale terkejut kerana eym mengeluarkan auranya itu.Mia masih lagi memandang ke arah eym yang menjeling tajam ke arahnya.

"Eym!!cukup!!"ujar izz sensei yang berdiri di tempat rehat.Dia ternampak perbalahan yang berlaku di tempat latihan itu.

Aura eym semakin berkurang dan kembali normal.Mia masih lagi terdiam manakala gale dan kiy senyap sunyi.Dia masih lagi seram dengan eym.

"Ehh,aku terlebih ke?hahahaha"ujar eym ketawa sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Gale dan kiy berpandangan.Gale masih lagi senyap dan kiy bangun dari duduknya diikuti gale.Kiy memalingkan badannya dan berbisik sesuatu kepada gale.

"Jangan buat eym marah,ok!"bisik kiy di telinga gale.

"Sepatutnya aku yang nasihat kau!"ujar gale dengan bengang.

"Kau bisik apa?"soal eym

"Ehh,tak ada apa-apa pun,kan gale kan?"Soal kiy tersengih melihat eym.

"Ah,oh,ye-ye"jawab gale apabila ditanya oleh kiy.

"Ouh,okay"ujar eym sambil melangkah ke arah izz sensei.

Setelah melihat eym berlalu pergi.Kiy dan gale berpandangan lalu menghembus nafas lega.Kiy mengusap lembut dada manakala gale mendongak ke langit sambil meletak tangannya di dahi.

"Fuhh,selamat"ujar kiy menghela nafas pendek

Tale Of Resurrection Ancient Dragon LegendWhere stories live. Discover now