Eym menahan tumbukan kiy dengan tangan manakala sepakkan gale dihadang oleh lututnya.
"Ceh,kalau macam ni kau serang aku guna jari pun boleh menang..."ujar eym selamba.
"Ceh kau,cakap je lebih..."balas kiy yang berdiri jauh dari eym.
"Kau nak rasa?"soal eym dengan senyuman menakutkan.
Gale mula berasa tidak sedap hati mula berjauh dari mereka berdua.Melihat senyuman eym membuat dia berasa seram.
"Hah,buat lah,buat-buat!!..."
Eym terus berada di belakang kiy tanpa disedari lalu menunduk dan membuat serangan jari dan terus meluru masuk ke dalam lubang gol.
"Urppp,k-kau main apa bangang!!"jerit kiy kesakitan di bahagian bontotnya.
Ash dan mia melihat hal itu terjerit ngilu.Dia tidak dapat bayangkan kalau terjadi kepada mereka.Izz sensei menepuk dahi apabila melihat perbuatan eym.
eym melihat pula ke arah gale yang jauh disana.Eym berjalan selamba ke arah gale sambil mengosok rambutnya yang mula panjang.
"Kenapa lah kau jauh sangat?"soal eym
"Mana ada!jauh disana dekat dihati.Hahahaha..."gale ketawa yang dibuat-buat.
"Ni aku dekat dah,macam mana nak masuk hati kau?"soal eym yang sudah ada didepan gale tanpa disedari.
"P-pantas..."soal gale dalam hati.
"Blah la kau.Ni pertarungan ke apa?"soal gale mula merasakana ini bukan pertarungan lagi.
Eym tersenyum mendengar omelan gale.Dia merasakan sesuatu yang sedang mengamuk dibelakangnya.Monster itu ingin menyerangnya!!eym terus membuat pelindung..
"Drop kick!!"
Sepakkan itu adalah dari kiy yang masih marah akan hal tadi.Dia menanggung kesakitan yang teramat.Jadi dia ingin membalas dendam kepada eym.
"Thousand ginga punch"
Tumbukan bertubi-tubi itu menghentam pelindung eym dengan kuat menyebabkan pelindung itu mula merekah dan hancur berderai.Eym terundur ke belakang akibat serangan itu.
"Macam mana?huh?siap lah kau!!"
Kiy terus menyerang dengan pantas dan eym pun bergerak mengikuti gerakan kiy.Mereka bertarung dengan pantas dan tidak dalat dilihat oleh mata kasar.Bunyi tumbukan jelas kedengaran di telinga mereka.
"Nampaknya kiy mula serius ye?"kata izz sensei berpeluk tubuh sambil memandang anak buahnya berlatih.
"Tapi sensei!kenapa eym masih lagi tersenyum?dia tak serius ke?"soal mia yang menongkat dagu melihat pertarungan dua naga itu.
"Eym akan serius apabila berlawan dengan musuh sahaja.Bila berlawan dengan kawan,dia tak akan sesekali menggunakan kuasa penuh.Sebab itu la prinsip dia..."jawab izz sensei.
"Hahahahah,macam ni je kau boleh?"ujar eym sambil menahan serangan kiy.
Kiy kelihatan keletihan manakala eym masih lagi bertenaga.Terima kasih kepada atuknya yang menyuruh dia mengejar haiwan paling pantas di dunia,Kuda Ternius.
"Hiya!!,hiya!!,hiya!!"
Kiy masih lagi menyerang dan dapat ditahan dengan mudah.Eym menguat mulutnya sambil mengosok matanya.
"Urppp"
Kiy terasa ditumbuk di perut dan terasa senak teramat.Eym berdiri didepan kiy sambil melihat kiy melutut.Eym mengerak tangannya lalu menahan tumbukan dari gale.Gale terkelu kerana eym masih dapat mengesannya.
Eym terus membalas tumbukan dan eym mula serius.Gale terasa tercabar dan terus beradu tenaga.Dia meluru laju ke arah eym manakala eym menumbuk tanah dan berlakunya rekahan menyebabkan gale hilang keseimbangan.Eym pantas menyerang gale dengan menumbuk titik butanya dan sendi menyebabkan gale menjerit kesakitan.
"Erghh,siaplah kau!!"jerit gale
Eym terus membuat pelindung apabila menyedari seseorang ingin menyerang dari belakang dan tembakan pistol kedengaran.Dia memandang orang misteri itu dan tersenyum sinis.Dia adalah mia frano dan ash.
"Korang pula,empat lawan satu,urmm.Kenapa tak masukkan sensei sekali?baru adil"perli eym sambil menoleh ke arah izz sensei yang berpeluk tubuh mellihat perlawanan mereka
Izz sensei yang terasa diperli hanya menayang muka selamba dan tidak memandang ke arah eym yang sibuk membebel.
"Chain of shadow!!"
Rantai bayang keluar dari tanah dan terus mengikat kaki eym.Eym memandang mia yang sedang mengawal rantai itu.Ash terus menembak dari jarak jauh dan pistol yang digunanya bukanlah pistol biasa.Pistol itu diperbuat dari besi termahal dan paling susah dijumpai di dunia.Pistol itu dikuatkan dengan aliran elektrik dan kecepatan tembakkannya sangat laju.
Eym terus membuat pelindung di sekelilingnya dan memutuskan rantai di kakinya.Dia melihat ke arah kawannya dan tersenyum sinis.Gale dan kiy terus menyerang dan mereka semakin menghampiri eym.
"Lambat!!"ujar kiy sambil tersengih
"Huh,siapa yang lambat?"eym berkata sambil tersenyum sinis.
Mia mula merasa tidak sedap hati dan membesarkan matanya apabila mengetahui apa yang ingin eym lakukan.
"Gale!!kiy!!!lari dari situ!!"jerit mia
"Lambat!!"ujar eym tersenyum lalu sekelilingnya muncul bulatan biru bercorak naga.
Kiy tergamam manakala gale masih lagi tidak mengetahui.Mereka tidak dapat bergerak kerana eym meningkatkan graviti di dalam bulatan itu.
Eym terus memegang kepala kiy dan gale lalu terus menghumban ke tanah dan terjadinya rekahan akibat perbuatan eym.Bulatan itu mengeluarkan api biru yang sangat kuat.Kiy dan gale menjerit kesakitan dan mereka tidak dapat bergerak.
"Kau nak bunuh aku sangat ke setan!!"jerit kiy sambil memegang kepala menahan sakit.
"Kau tak mati lagi kan?"ujar eym selamba memandang mereka berdua.
"Huh,apabila orang gila bercakap"bebel kiy sambil mengusap lukanya.
Gale hanya tersenyum kelat apabila mengesan ki yang sangat kuat dibelakangnya.Dia menelan air liur manakala ash dan mia mula menjarakkan diri.Kiy terdiam apabila terasa ki yang sangat kuat dan mula memandang eym.Dia tergamam apabila melihat muka eym yang menakutkan.lebih seram dari demon!!
"volcanic eruptions!!"
Muncul beberapa lubang di tanah dan kiy terkejut melihat larva di dalamnya.Dia memandang semula muka eym dan sambung tergamam.Larva itu terus meletus dan semua orang terpaksa membuat pelindung.
"A-apa,kenapa dia boleh mengeluarkan larva!!itu sangat mustahil!!"ujar izz sensei terkejut
"Woi eym!!jangan lebih-lebih!!mati anak orang nanti.."jerit izz sensei
Eym memandang selamba ke arah izz sensei dan tersenyum manis seraya memandang ke arah kiy yang ketakutan.
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
Fantasy(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...