Part 50-another enemy

1.7K 105 0
                                    

Suasana yang aman dan tenang sebentar telah bertukar.Asap daripada robot yang telah hancur naik ke udara.Jumlah robot semakin sedikit.Para tentera terus bertungku-lumus menyerang musuh mereka.

**********

Drag lantas mengeluarkan pedang dari sarungnya.Dia tersenyum melihat pedang itu.Drag kelihatan sedikit pelik.

"Jadi itulah pedang Yeza,salah satu pedang lagenda..."Ujar lelaki itu atau dikenali sebagai Gyuri.

"Jadi?Apa masalah?"Drah menyoal Gyuri tentang pedang ini.

"It been honor to defeat you"Ujar Gyuri sinis.

"Yeah,but I will not lose easily"Balas Drag sinis.

Dia terus membuka kekuda dan pedang di angkat sehingga paras bahu.Dia membaca sesuatu lantas pedang itu bersinar.Pedang yang seperti gangsa itu digenggam erat.

Gyuri tidak membuka kekuda dan hanya memegang hulu pedangnya sahaja.Dia memandang sinis ke arah Drag.

Bommmm!!!!

Bunyi letupan yang kuat itu tanda perlawanan mereka bermula.Drag terus meluru lalu melibas pedangnya ke arah Gyuki!Gyuki lantas mengeluarkan pedangnya dengan sepantas cahaya lalu menahan libasan Drag dengan mudah.

Gyuki tersenyum sinis.Bilah pedangnya bersinar merah.Tekanan dari pedang itu semakin kuat.Drag terus meningkatkan lagi kekuatannya!Tanah di sekeliling merekah akibat tekanan mereka!Drag lantas mengelak ke tepi lalu menyerang perut lelaki itu.

Gyuki menahan dengan sebelah tangan,dia lantas mencampakkan drag ke hadapan.Drag terus mengimbangkan diri lalu mendarat dengan sempurna.

"Aku puji kau"Ujar Gyuki

"Huh,Terima kasih atas pujian kau.Tapi akhir sekali aku yang akan menang!"

Drag memejamkan matanya.Seperti fokus akan sesuatu,persekitaran mula berubah.Gyuki tersenyum sinis.Dia juga meningkatkan lagi kekuatannya.Aura berwarna seperti gangsa bertembung dengan aura merah!

Para askar dan guardian mula menjarakkan diri dari pertembungan itu.Nampaknya robot di situ semakin berkurang.Mereka lantas membantu yang lain.

Drag perlahan-lahan membuka kelopak matanya.Iriz matanya berubah menjadi warna gangsa.Drag dengan wajah serius menghunus pedangnya ke hadapan.Gyuki juga ikut menghunus pedang.

"Nampaknya kau sudah mula serius,wahai guardian!"

Bommmmm!!!!

Dengan kelajuan cahaya,mereka berdua terus bertembung sesama sendiri.Impak pertarungan itu menyebabkan rekahan tanah semakin besar dan para askar mula tidak dapat mengimbangkan badan.

Drag terus melibas pedangnya ke arah Gyuki.Bilah pedang itu semakin hampir mengenai gyuki tetapi sempat ditahan dengan menggunakan pedangnya.

Drag lantas melakukan back flip kerana ingin menjauhkan diri dari gyuki.Gyuki masih tercegat di situ sambil memandang ke arah Drag.

Drag terus meluru diikuti oleh Gyuki.Mereka terus bertarung dengan pantas.Serangan dan pertahanan mereka amat sempurna.Angin yang kencang bertambah kencang akibat pertarungan itu.

**************

Sam dengan kerambitnya terus membelah tubuh robot itu dengan wajah serius.Sam dengan gerakan pantas terus membelah musuh yang berada di depan matanya.

Askar robot semakin ramai.Sam terhenti seketika lalu memejamkan mata.Ki nya mula meningkat dan askar robot mula tertarik dengannya.Sam perlahan-lahan membuka matanya.Iriz matanya berubah!Berwarna ungu.

"Fyuuki lightning!"

Zttttzzz!!!

Kilat yang kuat yang terhasil dari kerambit itu terus menghapuskan askar robot itu.Sam terus menerpa apabila terlihat askar robot yang ingin bangun itu.

"Sam,askar robot semakin berkurang.Aku rasa para general dan pendekar pedang mula bergerak.Aku nak kau lebih berhati-hati selepas ini"

"Baiklah,aku akan berhati-hati selepas ini."

Sam mula memandang sekeliling,robot semakin sedikit.Sam pelik,persoalannya,adakah benar raja syaitan hanya menghantar hanya sekumpulan kecil ini sahaja?

Sam pantas memandang ke atas apabila terdengar bunyi pesawat yang kuat.Mata dia terbuntang luas kerana pesawat itu sangat besar.Sam mengecilkan matanya seperti ingin memandang sesuatu.

Beberapa objek mula turun dengan laju lalu terus mendarat di tanah,tanah merekah akibat daratan itu.Objek itu semakin ramai,Sam terus mengarahkan askarnya.

"LARI!!"

Kerana dia tahu objek apakah itu.Askarnya terus melarikan diri tetapi objek itu tanpa membuang masa terus menghunuskan pedangnya.

"Deruin!Asera!"Pada zaman dahulu kala,pedang itu sebelum ini adalah kembar yang baik dan suka menolong orang.

Tetapi ada sesuatu yang mencemburui mereka lantas menyumpah mereka menjadi pedang.Pedang itu telah menjadi pedang legendaris.Seseorang yang memegang pedang itu akan mendapat kekuatan yang luar biasa.

Tale Of Resurrection Ancient Dragon LegendWhere stories live. Discover now