Di suatu tempat,bunyi keriuh rendah kedengaran dan bunyi itu terdapat di istana yang buruk dan kotor.Tetapi di dalamnya seperti tempat para saintis untuk mengkaji.Di dalam istana itu sangat cantik dan mewah berbeda dengan pandangan diluar.
"Tuan,ini hasilnya.."ujar seseorang sambil menunjukkan seekor monyet yang seperti telah diujikaji.
"Huh"
Di atas takhta terdapat seseorang yang berwajah sangat bengis dan mempunyai aura kegelapan yang sangat kuat.Pandangan dia tertumpu pada lelaki tadi.
Di hujung jarinya muncul bebola kuasa lalu melemparkan ke arah monyet itu.Monyet itu tidak bergerak dan selepas itu mula mengamuk dan menjerit seperti kesakitan.Lelaki yang membawanya tadi panik.
"Huh,gagal"
Dia menyeru pedangnya lalu melibas ke arah kepala lelaki itu.Kepala lelaki itu terbelah dua dan tidak bergerak.Orang yang terdapat di situ mula memaparkan wajah ketakutan.
"Nampaknya tuan melakukan lagi..."ujar seseorang sambil datang menghadap lelaki di hadapannya.
"Aku benci orang yang gagal!!"jerit lelaki itu lalu menghempas gelas ke arah lelaki yang mati tadi.
Dia menongkat dagu dan mula memikirkan hal lain.Dia telah lama hidup dan hidupnya sangat membosankan.
"Ada apa-apa berita?"soal lelaki tadi.
"Markas kita yang berada di hawaze telah musnah.Ahli kita membuat siasatan dan pelakunya ialah guild grase."
"Huh,panggil 5 general ke sini!!"ujar lelaki itu dengan bengang dan mula bangun dari tempat duduknya.
5 orang general mula melangkah masuk ke bilik itu dan memberi hormat kepada lelaki itu.Dia melutut sebelah kaki dan memandang ke bawah.
"Hapuskan guild grase!!Jangan tinggal seorang pun dan jangan bunuh ketua dia.Bawa dia kepada aku hidup-hidup.Hahahaha,ini lah akibatnya bermain dengan raja syaitan."
Lima general dan orang yang berada berdekatan mula merasa seram.Mereka meneguk liur apabila melihat tuan mereka ketawa begitu.Ini bermakna petanda yang tidak baik akan terjadi.
***************
Eym sedang berlatih pedang yang baru diperolehinya di padang sebentar tadi.Dia mula menyukai pedang itu dan serasi dengannya.Dia menghayunkan pedang itu tanpa masalah.Dia yang sedang sibuk berlatih mula merasakan sesuatu yang meluru ke arahnya lalu menghayun ke arah itu.
Berbola kuasa yang kecil itu berkecai apabila terkena pedang eym.Eym terkejut apabila melihat pedang itu menghalang dan menyerap berbola kuasa itu.
"Itulah kelebihan pedang tu.Pedang itu dapat menghalang dan menyerap kuasa untuk dijadikan kuasa pada pedang itu.Kau tengok ada 6 lubangkan?kau perlu mencarinya sendiri sehingga setiap lubang mempunyai satu elemen..."
"Tapi ni pedang apa tuk?"
"Ini pedang raja kegelapan dahulu.Pedang ini amat berkuasa dan orang yang terpilih sahaja boleh gunakan..."
"Orang yang terpilih?"
"Cuba kau tumpukan kuasa kau pada pedang dan lepaskan"
Eym melakukan apa yang disuruh.Dia mula memejam mata untuk fokus dan alirkan pada pedang itu.Dia membuka mata lalu melibas pedang itu dengan satu tangan dan terjadinya impak yang kuat sehingga menyebabkan tanah terbelah dan kebun mula hancur.Eym tersengih melihat itu.
Dushhh!!!!!!
"Arghhh,sakit tuk!!!
"Kau hancurkan kebun aku!!bertuah punya cucu!!"
"Cuba atuk imbas semula!atuk juga yang suruhkan!!"
"Itu betul tapi aku tak suruh kau libas kebun aku bangang.Sebelah tu kan kosong!!"
"Ouhh,hehehe.yeke?tak nampak pula tadi"
"Kepala hotak kau"
Atuk kai merampas pedang itu dan cuba menghayunkan beberapa kali.Dia mula mengerti dan cuba alirkan kuasanya ke dalam pedang itu.
"Kau nampak bukan?kuasa aku tak masuk ke dalam pedang ini"
Atuk kai melibas pokok yang berhampiran dan pokok itu tidak terpotong sedikit pun.Atuk kai sudah tahu hal ini akan terjadi dan eym terpana melihat itu.
"Pedang macam tu hidup ke tuk?"
"Pedang ini bukan ditempa oleh seseorang.Pedang ini sebenarnya naga yang disumpah beberapa tahun dahulu menjadi pedang"
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
Fantasy(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...