Trun terus menyerang roger yang masih lagi memegang tengkuk leon sambil menghayunkan ke atas.Semua kumpulan mereka termasuk kumpulan eym sudah dikalahkan sekelip mata.
Waze selaku ketua tersenyum sinis melihat trun yang mengamuk.
"Raze!selesaikan!"
"Faham!"
Trun terus melibaskan tangannya ke arah roger tetapi ditahan oleh raze.Raze tersenyum sinis lalu menumbuk kuat perut trun.
"Huh,sebentar tadi aku rasakan yang kau salah satu yang terkuat.Tetapi amat mengecewakan."ujar raze mengeleng kepala kecewa.
"Kau!"
"Hahaha,berdendamlah kau kalau itu yang kau pilih.Balas atas apa yang berlaku pada kawan kau.Atau kau hanya ingin melihat sahaja kawan kau kalah?"ujar waze sambil kakinya di atas kepala leon yang sudah diturunkan oleh roger.
Para guardian mula merasakan tindakan itu melampau dan pengacara mula menghentikan perlawanan tetapi tidak diendahkan oleh mereka dan mereka terus membuat pelindung supaya orang luar tidak dapat masuk ke dalam.
"Hoi,kita serang sama-sama"ujar eym yang berada di tepi trun.
Dia tidak sanggup lagi melihat rakannya yang cedera parah itu termasuk kiy yang masih lagi bertahan berlawan dengan salah satu ahli mereka.Kiy cedera teruk manakala lawannya masih lagi belum cedera.
Eym dan trun bekerjasama lalu terus menyerang mereka dengan arah berlainan.Raze terus menahan tumbukan trun tetapi tidak sempat menahan libasan kaki eym yang sangat pantas.Raze tercampak sedikit ke belakang lalu mengstabilkan badannya.
"Marilah!"Raze memprovok mereka.
Trun yang sudah terjerumus ke dalam lembah dendam terus menyerang tanpa memperdulikan apapun yang terjadi.
"Tunggu!"laung eym
Trun mengedahkan sahaja amaran eym lalu menyerang raze.Mereka berbalas tumbukan dan trun terus dipukul tetapi dia tidak berputus asa.Sedang dia berlawan seseorang mengenggam kepalanya dari arah belakang lalu menghempaskan ke tanah.Tanah menjadi rentak akibat hempasan itu.
Para penyokong mula menjerit ketakutan manakala keluarga eym mula risau.Izz sensei terus menumbuk pelindung itu dibantu oleh cikgu iren.Mereka sangat panik dan risau,kakak elmiya mula menangis melihat perlawanan itu.
Trun masih lagi bergerak-gerak.Dia bangun perlahan-lahan lalu melangkah ke arah roger.
"Aku takkan berputus asa sebelum menyelamatkan kawan aku.Merekalah yang membahagiakan hari-hari aku.Sanggup kau lakukan perkara yang kejam kepada kawan aku!!"trun menjerit lalu menumbuk lemah ke arah roger
Roger menahan tanpa masalah lalu membengkokkan tangan trun.Dia terus menghentak tangan trun dengan lututnya sehingga patah.Roger terus melakukan perkara itu pada tangan yang satu lagi.Satu serangan mengejutkan mengakibatkan roger mencampak trun ke belakang lalu pantas disambut oleh eym dan meletakkan di tempat yang selamat
Kesemua rakan-rakannya dia sudah alih ke tempat yang selamat lalu dia melangkah dengan wajah yang mengerunkan.Dia terus memanggil zirahnya.
"First form dragon fire!"
Eym terus melangkah ke arah musuhnya yang mempunyai anggota lima orang.Atuk kai menjerit kuat ke arah eym.Eym terus menyerbu ke arah mereka.Eym pantas menghentak kakinya ke arah raze lalu melibaskan tangannya ke arah roger.Mereka bertiga bertarung dengan sengit.
Waze dan seorang lagi iaitu jane terus masuk campur lalu menyerang eym.Perlawanan menjadi lima lawan satu!kelebihan kepada anggota waze kerana bilangannya yang ramai.
Kiy masih lagi belum pengsan dan dia hanya dapat melihat eym bertarung dengan pandangan kabur.
"Eym!jangan!"
Eym masih lagi bertarung sengit.Dia tercedera parah akibat pertarungan yang berat sebelah itu.Roger terus mengenggam erat sebelah tangan eym manakala raze sebelah kiri.Zirah eym sudah hancur separuh.Waze,jane dan haze terus menumbuk dan menerjah kakinya ke arah eym.Eym menjerit kesakitan,dia masih lagi berusaha melepaskan diri dan berjaya.
Dia terus menyerang roger terlebih dahulu dan roger terus ditumbuk di perut lalu berundur sedikit ke belakang.Di wajah atuk kai terdapat air mata yang mengalir di hujung matanya.
Sekumpulan yang berada di pokok sambil melihat perlawanan itu ingin masuk ke dalam melihat pertarungan eym itu.Mereka amat risaukan eym ketika itu.Mereka telah bersiap-siap ingin pergi tetapi ditahan oleh ketua mereka.
"Belum masanya lagi"walaupun di wajahnya menunjukan kerisaukan.
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
Fantasi(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...