Suasana di hospital penuh dengan riuh rendah dan ahli keluarga sedang memberi semangat kepada mereka yang sakit dan ketawa palsu para pesakit untuk menghilangkan kebimbangan ahli keluarga.
Di penjuru hospital terdapat satu keluarga yang sedang menunggu seseorang dari bilik.Kiy bersandar pada dinding,wajahnya penuh dengan luka yang telah ditampal oleh pelekat.Mia duduk menghadap bilik itu sambil memandang ke arah bawah.
Keluar susuk tubuh berpakaian doktor dan lalu di tanya oleh izz sensei mengenai Eym.Mereka telah tunggu di situ lebih kurang tiga jam.Atuk khai terpaksa pulang kerana ada urusan penting.
"Doktor,macam mana keadaan anak murid saya?"
"Pesakit mula stabil dan badannya amat lemah kerana terlalu melampaui batas.Luka dalaman dia juga semakin pulih."
"Jadi boleh kami melawat dia?"
"Silakan"doktor itu terus berlalu pergi meninggalkan keluarga itu.
Izz sensei terlebih dahulu masuk ke dalam diikuti kakak elmiya dan juga rakannya.Mereka melihat eym nyenyak tidur dan dadanya dibalut tebal.Mukanya dipenuhi kesan luka yang teruk.
Mereka terus pergi ke sisi eym dan kak elmiya terus duduk lalu mengusap lembut dahi adik kesayangannya itu.Kiy amat kesal kerana tidak dapat menolong eym.
"Aku sudah beritahu supaya jangan melampaui batas tetapi kamu degil.Tapi aku tidak marah kamu kerana keselamatan rakan kamu lebih penting"Ujar kiy dengan senyuman.
Kiy berfikir sesuatu sebelum bertanya kepada izz sensei.
"Sensei,Kuasa eym sebentar tadi bukan sebarangan kan?"
Mereka terus menoleh ke arah kiy lalu memandang pula ke arah sensei.Mereka juga tertanya tanya tentang daya kuasa yang luar biasa dari eym.
"Macam mana nak terangkan ye"Izz sensei mengaru kepala.
"Kuasa eym sebentar tadi bukan kuasa biasa bagi manusia...melainkan..."
"Dewa..."balas Cikgu iren yang sedari tadi berdiam diri.
Mereka semua terus terkejut mendengar balasan Cikgu iren.Mereka masih lagi tidak percaya kerana baginya eym adalah manusia biasa.
"Apa yang cikgu mengarut ni!"ujar kiy dengan nada kuat.
"Kami jumpa eym di dalam hutan..."
Kak elmiya terus berkata.Dia rasa sudah tiba masanya untuk memberitahu tentang eym yang keluarganya rahsiakan.Kiy terus senyap sambil mendengar apa yang kak elmiya ingin beritahu.
"Masa tu ibu dan ayah saya baru habis membunuh demon.Mereka lihat cahaya yang sangat terang lalu cahaya itu mula memudar....
"Ibu bapa saya terjumpa bayi yang mempunyai simbol pelik di belakang badannya..."
"Jadi dia bukan keluarga asal kamu ke?"Soal izz sensei terkejut.
"Dia tetap keluarga saya dan dia tetap adik yang saya sayang walaupun bukan adik kandung.."
"Eym tahu tentang ini?"Soal Cikgu iren.
"Atuk telah beritahu awal-awal tentang ini dan dia menyuruh eym pergi mengembara untuk mencari keluargannya..."
"Jadi eym setuju?
"Eym masih lagi belum memberi jawab tentang itu dan kami hanya biarkan sahaja"
Semua orang disitu mula berfikir.Kiy mengusap dagunya lalu tersengih.
"Kenapa kamu senyum?"Soal Izz sensei menjungkit kening.
"Saya akan teman dia cari dirinya yang sebenar dan ibubapa kandungnya"
"What!!"Mulut mereka terlopong mendengar apa yang dikatakan oleh kiy.Teman eym!Huh,sememangnya mereka sahabat sejati.
"Kamu tak berguraukan?"Soal izz sensei tidak percaya.
"200% tidak"balas kiy tersenyum.
"Iya adalah satu pengembaraan kiy!Bukan sebarangan!Kita akan berdikari dan jauh dari keluarga!"Jelas mia.
"So,what problem?"
Mia terdiam tidak menjawab.Carl hanya bersandar dinding lalu mengeluh.Dia mula menegakkan badannya lalu memandang mereka semua.
"Saya pun sama"Ujar Carl tersenyum ke arah kiy.
"Kenapa kamu semua bersepakat untuk tolong eym!Dia bukan siapa-siapa pun bagi kita!"Ujar Mia bengang.
"Dan kau pun bukan siapa-siapa bagi aku.Jadi jangan memandai-mandai nak nasihat orang.Eym adalah kawan aku yang perlu aku lindungi..."Kiy melangkah perlahan-lahan ke arah mia dengan senyuman sinis.
"Bukan seperti kau yang selfish"
**********^*^*^**^^*^*
"Kai!Macam mana!Dia akan menyerang bandar ini esok!"Ujar sam sedari tadi memandang laporan itu.
"Kita akan mula pindahkan penduduk.Bandar yang hancur boleh dibina tetapi nyawa tidak"
"Baiklah,hal itu biar aku yang uruskan"Ujar Ren bersandar pada dinding sambil menghisap rokoknya.
"Jadi apa pelan kita!"
"Mereka akan menyerang kita empat penjuru."
"Kamu semua perlu mengambil penjuru masing-masing!"
"Baiklah!"
"Aku akan berada di barisan paling hadapan"Ujar kai
"What!jangan kai,biar gurdian muda yang lakukan!"
Kai tersenyum memandang ke arah Sam.Sam merasa tidak sedap hati tentang senyuman kai.
"Tolong jadi mati kai"
Haii geng,aku akan teruskan TORADL ini.Aku tengok ramai yang inginkan story ini diteruskan jadi aku makbulkan.Hahahaha..So sila vote and Komen ye guys!
Nampaknya bandar mereka ingin diserang oleh musuh!Adakah pihak musuh berjaya menawan bandar erasota atau para guardian berjaya menghalang mereka?
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
خيال (فانتازيا)(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...