Eym dan rakannya menaiki bas yang telah dikhaskan untuk mereka.Cikgu Iren,izz sensei,kak elmiya dan juga ezra.Mereka datang untuk memberi sokongan terhadap eym dan rakan seperjuangannya.Bas itu bergerak selepas semua penumpang sudah menaikinya.Dengan laju ia menyelusuri lebuh raya yang sibuk dengan kereta.Eym duduk di tepi izz sensei dan memandang ke arah luar tingkap.
"Kekuatan alam?,huh"Eym selalu berfikir soal itu dan dia sama sekali tidak memahami maksudnya.
Selepas beberapa jam,bas selamat tiba ke destinasi mereka.Izz sensei terlebih dahulu turun diikuti eym di belakangnya.Mereka berjalan ke arah tempat yang telah disediakan.
Kak elmiya dan atuk kai juga yang lain sudah beransur pergi ke ruang penonton.Mereka ingin cepat kerana mereka tidak ingin kehilangan tempat duduk.
Izz sensei masih lagi bersama mereka.Izz sensei memberi beberapa nasihat kepada mereka lalu memeluk setiap anak muridnya.
"Kalau kamu semua bertekad untuk menang,bagus kerana ia dapat memberi semangat untuk kamu berjuang tetapi jangan terlalu memaksa diri.Faham!!"Izz sensei memberi semangat kepada anak muridnya.
"Faham!!"jerit kelima-lima mereka.
"Apa slogan kita!!"
"MENANG BIASA,KALAH LUAR BIASA!!!"izz sensei tersenyum melihat mereka berlima.
-di dalam stadium
"Aku sebagai ketua akan memberitahu posisi kamu semua!!"ujar eym dengan nada yang kuat.Sekarang ini mereka sudah berada di dalam stadium dan juga sekolah yang lain.
"Aku dan Kiy sebagai penyerang!!Gale tengah!!Mia dan Carl support!!Faham!!"Jerit eym lebih kuat dari sorakan penonton.
"Kita semua mahu menang!Tunjukkan semua kemampuan kamu semua.Kalau kita bekerjasama,semua yang datang akan menjadi mudah!!Kita ada dua pilihan!!PULANG DENGAN KECEWA ATAU DIJULANG SEBAGAI JUARA!!Semua pilihan itu ada di tangan kita!"
Izz sensei yang melihat dari tepi tersenyum melihat eym yang mengarah.Dia nampak ciri-ciri kepimpinan dalam di eym.Atuk kai berpeluk tubuh,di dalam hatinya berharap yang kumpulan eym akan menang manakala Ezra dan kakak elmiya bersorak dengan gembira.
"SEMUA HADIRIN SEKALIAN,PERLAWANAN INI ADALAH UNTUK MENCARI PAHLAWAN YANG TERKUAT DI BELAH BARAT ERASOTA."Tepukan para penonton semakin gemuruh.Mereka bersorak kegembiraan dan penuh keterujaan.
"SEBANYAK SEPULUH SEKOLAH YANG MASUK DALAM PERTANDINGAN INI DAN JUGA JUARA TAHUN LEPAS JUGA BERADA DI DALAM KEJOHANAN INI"
"SEDIA!!"
Pasukan eym telah bersedia.Dia memandang satu persatu wajah musuhnya.Carl mengusap lengannya tanda ketakutan manakala mia berjaga-jaga
"Mulaa!!"
DUMMMM!!!!!
Bunyi dentuman itu mengejutkan semua orang.Kelima-lima mereka sudah terbaring dan menyebabkan para penonton tergamam.Eym terkejut melihat itu lalu memandang ke arah pelakunya.Dia ternampak sekumpulan berbaju hitam yang menyerang langsung tadi.
Mereka berlima memandang tepat ke arah eym manakala seorang lagi tersenyum sinis.
"Kau mati!!"bisik lelaki itu.
Perlawanan di teruskan dan kiy juga eym menyerang musuhnya dan tidak terlalu mengeluarkan tenaga.Carl,Mia dan gale masih lagi dalam kelompok dan tidak berpecah.
Eym menumbuk di perut musuhnya lalu terundur ke belakang akibat serangan curi.Eym memandang ke arah pelakunya yang tersenyum sinis melihat eym.
"Kau ancaman aku!Baik aku hapuskan kau dahulu!!"Jerit lelaki itu lalu melangkah dengan pantas ke arah eym.
Lelaki itu menumbuk di bahagian perut tetapi dapat dihalang dengan kaki oleh eym dan eym juga menyerang balas.Kedua-dua mereka bertempur dengan pantas.Impak dari perlawanan mereka menyebabkan tanah merekah.
"Gudluck friend"Bisik kiy yang sedang bertempur dengan orang lain.
Manakala Roger iaitu ketua kumpulan yang mengemparkan di awal perlawanan tadi hanya melihat sahaja perlawanan yang berlangsung itu.Sesekali ada juga yang datang tetapi dengan mudah dapat dikalahkan oleh mereka.Mereka tersenyum sinis melihat eym yang bertarung.
"Waze!Bersihkan sampah-sampah ni!!"Ghost menyuruh rakannya mengalahkan musuhnya kerana dia ingin menyimpan tenaga.
"Roger"Waze membalas dengan dingin lalu terus menyerang musuhnya
Manakala di tempat lain
"Leon!!"Jerit seseorang
"Hahahaha,Bestkan?"Soal leon
"Aku terlalu teruja!!"Ujar Trun dengan teruja sambil mengalahkan lawannya.
"Yiha,yiha,yihaaa"jerit trun dengan teruja sambil menumpaskan musuhnya.
*************
Hai guyss,thank to korang yang wish gudluck ke aku ya.Alhamdulillah result yang memuaskan
And You all don't forget to support team malaysia tonight yasss.. hopefully malaysia will win tonight..
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
Fantasy(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...