Muncul pahlawan berperisai berwarna hitam berjalur ungu.Di bahunya terdapat kepala serigala dan belakang badannya dipenuhi duri.Auranya bertambah gelap.Jack tersenyum kelat.
"Jadi ni lah keistimewaan kau?"
Roqi hanya berdiam diri.Sudah lama dia tidak menggunakan bentuk ini.Ini kerana musuh yang dihadapinya sebelum ini tidaklah begitu kuat.Tetapi di hadapan ini terdapat seorang yang memaksa dia mengeluarkan bentuk ini.
Jack tersenyum.Dia mula mengigit sedikit ibu jarinya lalu merapatkan kedua-dua tapak tangannya.Kawasan sekelilingnya mula bercahaya!
"full form,servant of King Titan!!"
Kawasan sekelilingnya dipenuhi oleh besi hitam.Jack mengangkat tangannya ke hadapan lalu semua besi itu tercantum.Jack lantas mengepalkan tangannya.
Roqi hanya memandang bentuk jack tanpa perasaan.Dia langsung tidak terkejut.Musuh di hadapannya perlu diutamakan.Dia mengangkat tangannya lalu membuka tapak tanganya.Muncul kilat dan api hitam,
"Second technique,Twin of Lightning amaterasu!"
Kedua-dua kuasa itu bergabung!Meluncur laju ke arah atuk kai!Atuk kai bergerak pantas mengelak serangan itu.Kuasa itu terus menghentam gunung!Gunung itu hancur sepenuhnya!
Atuk kai memandang kosong.Wajahnya membeku.
"SWORD TECHNIQUE OF SILVIA!DANCE SWORD OF DEATH!"
Jack mendepakan tangannya lalu menglibaskan pedangnya yang semakin lama semakin pantas.Atuk Kai menahan satu persatu libasan itu tanpa rasa sakit.Atuk kai terus menumbuk perut jack tetapi dapat ditahan oleh jack..
"HAHAHAHA,TUMBUKAN KAU TIDAK MEMBERI IMPAK APA-APA KEPADA AKU,ORANG TUA!"
Atuk kai terus menarik tumbukan lalu terus menumbuk pantas perut jack sekali lagi.Jack tersentak,kekuatan atuk kai bertambah.Kekuatannya tiada tandingannya!
***************
"Huh,Aku sudah bosan melihatnya.Aku sudah ingin bergerak.Ciel!Jaga istana"Kata Raja Syaitan,melangkah turun dari takhtanya.
"Masih terlalu awal,Tuan."Kata Ciel yang baru sahaja tiba di pintu.
"Cacing-cacing aku tidak dapat mengalahkan orang tua itu.Aku juga ingin menguji kekuatannya."
"Baiklah"
Raja Syaitan memetik jari lalu portal terbuka di hadapannya.Dia tersenyum sinis dan terus melangkah masuk ke dalam portal itu.
************
Tiga orang lelaki sedang bertempur dengan sengit,pergerakan mereka sangat pantas.Tanah-tanah berhampiran mereka sudah hancur akibat hentaman mereka.
Seorang lelaki berperisai melayang jauh dari pertarungan itu lalu terhempas di atas tanah.Dia termuntah darah,memegang perutnya.
"Kekuatan yang gila"Kata Jack,dia memandang ke arah Roqi yang masih lagi bertempur.Dia tahu yang Kai hanya memberi peluang kepadanya.
Jack tersentak apabila terasa daya kuasa gelap yang tinggi lalu memandang ke suatu arah.Dia terbeliak apabila melihat seseorang yang tidak asing baginya.
"Tuan!"
Dushhh!!!
"Arghh!!!!"Jeritan seseorang kedengaran lalu jack melihat arah jeritan itu.Roqi mengelupur kesakitan.Semakin lama gerakkannya semakin perlahan lalu tidak bergerak.Jack bangun dengan perut yang sakit melangkah ke arah Roqi.
"Bawa dia balik ke istana.Huh,orang tua ni pun kau tak mampu nak lawan."
Raja Syaitan terus memandang ke arah Kai yang memandang tajam ke arahnya.Dia terasa kuasa yang sangat kuat di dalam diri Kai.Raja Syaitan mula melangkah diikuti oleh atuk kai.Mereka terus menghilang lalu bunyi dentuman yang mengejutkan berlaku!!
"Kau akan mati orang tua!"
Raja Syaitan terus melibas kakinya ke arah Kai tetapi ditahan dengan lutut.Mereka terus berbalas serangan.Kekuatan mereka terus bertambah!Dari semasa ke semasa.
Raja Syaitan terus menolak Kai ke belakang lalu tumbukan yang berapi diberikan.Kai lantas menepis tumbukan itu dengan tangan kirinya lalu tangan kanannya cuba menumbuk muka Raja Syaitan tetapi ditahan dengan sebelah tangan.
"Huh,budak-budak aku mungkin kau dapat tewaskan.TETAPI BUKAN AKU!!"
Raja syaitan terus menendang perut kai sehingga terdorong ke belakang.Kai masih lagi berdiri,tendangan itu tidak begitu kuat untuk menumbangkan dia.
Kai bergerak pantas ke tepi Raja Syaitan lalu cuba menumbuk tetapi Raja Syaitan bertindak pantas!Dia lantas melakukan kuncian lalu terus menghentam ke tubuh Kai.Dia terus menumbuk ke arah atuk kai tetapi sempat ditahan.
"Aku puji kau...Kau sebenarnya kuat.."Kata Raja Syaitan.
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
Fantasía(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...