Eym berdiri tegak di depan iren yang berada 30 meter di hadapannya.Iren memandang tajam ke arah eym dan eym masih tidak faham akan hal itu.
Iren melangkah perlahan-lahan ke arah eym dan berhenti di tepinya.
"Kau bukan manusia kan?"soal iren
Eym terkelu mendengar soalan itu.Dia tidak fikir yang gurunya akan menyoal soalan itu.Dia masih lagi belum mengetahui tentang statusnya.
"Saya manusia cikgu!"
"Jangan menipu!aku tahu aura manusia dan bukan manusia!"
Iren sekadar menghela nafas pendek.Dia mula menjarakkan diri dari eym lalu pusing dan melangkah ke belakang.Iren memusing badannya lalu memandang ke arah eym semula
"Apa cita-cita kau?"soal iren
"Menjadi pahlawan terkuat!!"jawab eym dengan yakin.
"Kau tahu pahlawan tu apa?Kau tahu maksudnya?"soal iren bertubi-tubi.
"Pahlawan adalah orang yang menjadi harapan masyarakat"jawab eym
"Lepastu?"
Eym terdiam memikirkan jawapan yang bernas.Iren hanya memandang sekilas lalu memandang ke arah lain.
"Kau masih lagi bukan pahlawan"
Eym terdiam lalu memandang ke arah iren meminta perjelasan.
"Pahlawan adalah orang yang sanggup berkorban demi kawannya.Sanggup mengadai nyawa untuk semua orang.Jika kau kuat dan kau anggap kau tu pahlawan tetapi kau tidak menyelamatkan kawan kau.Kau masih lagi belum layak untuk menjadi pahlawan"
"Dan kau tahu erti persahabatan?"
"Sahabat adalah orang yang sanggup menerima kita dan selalu berada di sisi kita apabila kita berada di situasi darurat.Bukan sahabat yang meninggalkan kita untuk menyelamatkan diri."Iren duduk di tempatnya dan masih lagi memandang ke arah eym.
"Apabila kau berkawan.Kau dapat berkongsi perasaan dan masalah kau.Kau perlulah mencari kawan yang ramai dan yang selalu mengakui kau kerana ia dapat menguatkan lagi kau apabila kau berjuang.Kau akan bawa sekali harapan mereka yang berharap pada kau"
Eym fokus mendengar perjelasan gurunya itu.Dia mengangguk faham akan ucapan gurunya itu.
Iren bangun dari tempat duduknya lalu perlahan-lahan ke arah eym lalu berhenti.
"Tunjukkan kekuatan kamu dan serang aku dengan kuasa penuh"
Eym mendengar itu mengangguk faham dan mula mengambil posisinya.Dia mengerakkan kaki kanannya ke hadapan lalu dengan pantasnya di berada di depan Iren lalu melibas kaki kanannya.
"Lambat!!"Iren segera menahan dengan lengannya dan serangan eym tidak berhenti di situ.
Eym menghayun pula kaki kiri lalu menuju arah sisi perut tetapi dapat dibaca oleh iren.Iren menyerang balas dengan memegang kaki eym lalu menghayunkan dan melepaskan eym sehingga tercampak jauh.
"Jadi inilah kekuatan pahlawan sebenar?"bisik eym sambil bangun perlahan-lahan.
"Bukan,aku masih lagi tidak layak untuk bergelar pahlawan."
"Tapi kekuatan cikgu"
"Aku sudah katakan.Kekuatan bukanlah jaminan untuk seseorang itu untuk menjadi pahlawan."
Iren mengerakkan jarinya telunjuknya untuk mengarahkan eym menyerangnya.eym tanpa membuang masa terus menyerang
"Fire punch!!"
Iren menahan dengan satu tangan lalu menghilangkan diri.Eym terpana lalu membuat posisi bertahan.Dia sama sekali tidak nampak musuhnya.
"Aku tak nampak dia!!Adakah aku lemah?"soal eym kepada diri sendiri.
"Kau tak lemah dan perjalanan kau masih jauh lagi"ujar suara dari guru iren tetapi tidak nampak kelibatnya.
"Kau perlu menajamkan deria pendengaran dan fokus akan persekitaran"
Eym mengangguk faham lalu memejam mata.Dia cuba fokus tetapi tidak boleh
"Jangan berfikir hal yang lain,Fokuslah.Kau terlalu banyak berfikir"
Eym mencuba sekali lagi dan mengenepikan segala pikirannya.Dia dapat mendengar pergerakan dan aura gurunya.
"Disitu"ujar eym seraya membuka mata lalu menghayunkan tangan kanannya.
Cikgu iren juga menghayunkan tangannya dan bertembung dengan kuat.
"Jangan terlalu mengandalkan kelajuan.Kelajuan hanya sia-sia kalau kekuatan tiada.Jadi biarlah ia seiring"
Cikgu iren berhenti lalu memandang ke arah eym.Dia tersenyum bangga kerana biarpun sikit yang dia ajar,eym dapat belajar dengan baik.
"Cukup,jom rehat dulu"ujar iren lalu melangkah ke arah sebuah pondok di tepi tasik.
Eym juga melangkah ke arah pondok itu lalu duduk sesudah sampai.Dia memandang persekitarannya lalu menghirup udara yang segar itu.Tempat itu sangat aman baginya.
Datang seorang remaja perempuan yang tadi dengan membawa dulang air.Dia meletakkan di meja yang terdapat di situ lalu duduk di tepi cikgu iren.
Eym memandang pelik perempuan itu.
"Ini anak perempuan aku.Seumur dengan kamu"jelas cikgu iren dan eym mengangguk faham.
Dia memberi senyuman tanda perkenalan kepada remaja perempuan itu lalu memandang ke arah lain.Perempuan itu tersenyum lalu mukanya mula merah tanda malu.
"Hahahahaha"Cikgu iren ketawa seakan faham dengan anaknya itu.Memang ajaib kerana ini pertama kali ia tersenyum kepada lelaki kecuali ayahnya.
"Urmm,cikgu!Saya berlatih dulu ye"ujar eym dan terus bangun dari duduknya.
"Baiklah"ujar Cikgu iren.
Setelah melihat eym yang berlalu pergi.Cikgu iren pantas mencubit hidung anaknya.
"Nakalnya"
"Apa ni ayah"
"Hahahahaha"ketawa cikgu iren
"Pertama dalam hidup adik.Ada juga yang tidak terpesona dengan kecantikkan adik.Kan ayah?"ujar Ezra
"Yeah,"pertama kali juga baginya.Jika bertemu lelaki.Semua lelaki akan tergoda dengan wajah anaknya.
"Dia bekulah ayah.But i like,hehehehe"ujar ezra lalu ketawa sopan
"Hahahaha,saya cabar awak pikat dia"ujar seseorang iaitu izz sensei yang perlahan-lahan melangkah ke arah mereka.
"Kenapa tuan izz"
"Panggil izz sensei je"pinta izz sensei sambil mengusap rambut gadisnya itu.
"Eym tu sangat dingin dengan orang lain bahkan kawannya sekali."terang izz sensei.
"Jika awak berjaya pikat dia memang saya anggap yang awak ni betul-betul special la"
Cikgu iren mendengar itu hanya ketawa.Ada juga manusia yang dingin sekarang.Dia memandang Ezra lalu tersenyum.Dia tahu anak perempuannya sudah jatuh cinta.Dia takkan sama sekali menghalangnya kerana sebuah keajaiban baginya kerana Ezra mula sukakan seseorang.Ezra dahulu tersangat dingin dengan lelaki bahkan sampai menyerang lelaki.
*********
Assalamualaikum para reader sekalian.Macam mana dengan hasil karya aku yang tak seberapa ini?Ok?
Jika ada yang tidak berpuas hati boleh beritahu aku.Aku terima teguran dengan hati yang terbuka.Sebab aku pun masih lagi kurang berpuas hati dengan karya aku ini.
Dan juga aku ingin para reader yang setia dengan karya aku ini doakan aku supaya memperoleh result yang cemerlang pt3 nanti bertarikh 13.12.2018.Jasa anda semua amat dihargai.Saranghae.Aku tahu para reader semua baik-baik
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
Fantasy(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...