Bunyi sorakan kuat di dalam stadium semakin bergema.Masing-masing menyorak untuk sekolah masing-masing.Para pahlawan pula semakin sedikit dan banyak sekolah yang telah tersingkir.
Bunyi tumbukan kedengaran dan mereka sangat pantas bergerak.Masing-masing ingin membawa sekolah mereka menjadi juara.Walaupun tinggal seorang,mereka perlu bertarung sampai akhir.
"Fire attack!!"
"Ice wall!!"
Eym dengan tangan yang membara dengan api terus meluru menyerang lelaki itu.Tetapi lelaki itu dapat menahan serangan itu.
"Nama aku Ozen,aku beritahu sebab kesian kau akan kalah nanti"ujar lelaki yang bernama ozen itu.
"Huh,Kita tengok!!"
Ozen terus meluru dan diikuti eym.Mereka sekali lagi bertembung dan eym hanya dapat mengelak selepas pertarungan itu kerana dia ingin menyimpan tenaga.
Eym melihat pertahanan lawannya terbuka lalu menyeru tombak apinya.
"Fire spear!!"
Lembing itu dengan pantas menuju ke tempat ozen berada dan ozen tidak dapat berbuat apa-apa.
Bummmm!!
Impak daripada serangan itu menyebabkan debu naik dan asap bercampur dengannya lalu menaiki udara.
Eym masih lagi menunggu kerana ia dapat rasakan yang lawannya masih berdiri lagi.
Bunyi langkah yang kuat menarik perhatian orang ramai termasuk eym.Asap semakin berkurang dan muncul perisai berwarna biru di sebalik asap tebal tadi.Kepalanya seperti serigala manakala terdapat tiga ekor di belakangnya.
"Bukankah itu snow wolf generasi 1?"soal kak elmiya yang memandang tepat ke arah kepala serigala itu.
"Betul,Form snow wolf generasi pertama"balas izz sensei tanpa memandang wajah kak elmiya.
"Generasi terkuat ketika itu"tambah cikgu iren.
"Bukankah sekarang sudah tiada generasi pertama dan kedua?"soal erza
"Mungkin dia satu-satunya yang tinggal,eym mungkin menghadapi musuh yang sukar"Izz sensei berkata sambil melihat ke arah eym.
Serigala itu terus bergerak pantas tanpa eym sempat berbuat apa-apa.Serigala itu terus menghayunkan tumbukan lalu terkena tepat pada tulang rusuk kiri eym dan terus tercampak ke belakang.
Eym bangun perlahan-lahan lalu memandang ke arah serigala yang mempamerkan wajah bengis itu.Serigala itu merengus melihat eym lalu menyeru pedangnya.
"White Katana!"Muncul pedang yang sangat halus dan unik di tangan serigala itu.Serigala itu tanpa membuang masa terus melibas ke arah eym.
Eym tanpa membuang masa terus melompat tinggal dari terkena dari libasan itu.Libasan itu terus memotong dengan pantas batu yang terhasil akibat impakkan kuat tadi.
Eym juga menyeru pedang tetapi masih lagi pedang biasa.Dua pedangnya masih lagi tersimpan rapi.Dia tidak mahu menggunakan lagi.
"Fire slash!"
Eym memulakan serangan lalu menghampiri serigala itu yang masih lagi tidak berbuat apa-apa.Apabila serangan itu ingin mengenainya,serigala itu terus melibas pedangnya tanpa kuasa.
Eym sudah mengagak yang pedang itu bukan pedang biasanya.Eym tanpa membuang masa lagi terus melibas dan serangan itu semakin banyak lalu menghampiri serigala itu tetapi tetap saja dapat dipatahkan dengan mudah.
Serigala itu pantas menghampiri eym lalu melibas ke arah eym.Eym sempat menahan dengan pedangnya tetapi dia juga tercampak akibat impakan kuat itu.
Eym melakukan backflip lalu mendarat dengan selamat.Dia merenung tajam ke arah serigala itu.Dia mula berdiri tegak sambil memandang ke arah ozen itu.
"Karuya katana!!"Lalu muncul sebuah berbola yang berwarna biru gelap di hadapan eym.
Eym lantas memasukkan tangannya ke dalam berbola itu lalu perlahan-lahan mengeluarkan sebuah pedang yang tidak asing baginya.Pedang yang berwarna biru gelap seperti permata dan bilahnya berwarna hitam.
Ozen yang berada dalam form serigala itu lantas menghunus pedangnya lalu meluru ke arah eym dengan pantas.Eym dapat membaca gerakan itu kerana dia selalu berlatih dengan senseinya.
Melihat ozen yang ingin melibas pedang ke arahnya.Dia lalu melibas pedangnya juga ke arah ozen dan kedua-dua pedang bertembung dengan kuat.
"Ini je yang kau ada?huh!lemah!"Ujar ozen lalu memperkuatkan lagi serangannya.Dia terus menekan pedangnya ke arah eym.
Eym terus mengelak dari pedang itu lalu menjarakkan dirinya dari serigala itu.Dia mula rasakan yang sekarang inilah masanya untuk mengunakan perisainya.
"First Form dragon flame!"Lalu muncul tiang yang berwarna merah darah di atas kepala eym.
Semua orang berhenti bertarung kerana tiang cahaya itu.Kiy seakan-akan tahu siapa puncanya.Dia tersenyum melihat itu lalu meneruskan pertarungan.Mia pula tersenyum sinis,dia mengusap rambutnya lalu terus menyerang musuhnya.
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
Fantasy(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...