Cikgu iren perlahan-lahan masuk ke dalam sebuah bilik diikuti oleh eym di belakangnya.Dia terus berjalan dan terhenti di depan sebuah pedang yang terpacak di dalam batu.Eym takjub melihat itu dan pedangnya yang satu lagi mula bergetar.
"Nampaknya pedang kau bereaksi dengan pedang itu"ujar Cikgu Iren yang melihat pedang di tangan eym bergentar sebentar tadi.
"Kenapa pedang saya bergetar cikgu?"soal eym dengan pelik akan pedangnya itu.
"Seperti pedang ini mempunyai hubungan dengan pedang kamu,kamu ambiklah pedang ini"Cikgu Iren melangkah perlahan-lahan ke arah pedang itu.
"Pedang ini ialah pedang purba,yang dihasilkan untuk para raja terdahulu.Pedang ini memilih pemiliknya sendiri.Bahkan akupun tak dapat mengangkat pedang ni"terang cikgu iren.Dia menyentuh pedang itu dan terasa aura yang amat kuat darinya.
Eym berjalan ke hadapan dan mengambil nafas.Dia menghembus dengan perlahan lalu cuba memegang hulu pedang itu.Semasa dia hendak menarik keluar,muncul asap biru lalu eym tersedar yang dia berada di demensi lain.
"Nampaknya kamu sudah datang ya"ujar seseorang dengan nada perlahan.Dia melangkah perlahan-lahan ke arah eym.
Eym tersentak lalu menoleh ke arah belakang.Dia tergamam melihat seorang wanita yang berpakaian emas bercampur dengan belian.Baju itu sangat terang dan cantik.Dia masih tidak dapat melihat wajah perempuan itu lagi kerana terhalang dengan topeng di wajahnya.
"Huh,kau!"ujar farzel terkejut.
"Kau kenal ke farzel?"soal eym mengerut dahi.
"Hahahaha,nampaknya kamu semakin besar ye,zero"ujar perempuan itu sambil ketawa dengan sopan.
"Zero?"soal eym.Dia masih lagi tidak faham sekarang ini.
"Nama tu sudah hilang beribu-ribu tahun dahulu.Sekarang ini nama aku ialah king farzel"Jelas farzel yang masih lagi terkejut dengan kemunculan perempuan itu.
"Hahahaha,saya tak kenal king farzel.Saya kenal hanyalah zero,pendamping saya yang digeruni dan disegani dahulu."Ujar perempuan itu sambil tersenyum manis.Di belakang perempuan itu terdapat sayap yang berwarna putih.
"Huh"king farzel menyambung tidur tidak memperdulikan perempuan itu.
Perempuan itu ketawa akan telatah naga itu.Dia memandang tepat ke wajah eym yang mula bosan itu.Dia tersenyum sambil mengusap rambut eym.
"Jadi kamu lah cucunya ya?"soal perempuan itu sambil mengelilingi eym.
"Cucu"
"Hahahaha,tak ada apa-apa."perempuan itu tersenyum.
"Jadi kau ni siapa?"Eym menyoal dengan nada dinginnya.
"Dialah ibu kami,Ibu segala naga.Kelima-lima naga element berdamping dengannya.Namanya ialah..."
"Queen...Ceaser"Terang naga itu dengan nada dingin dan matanya seperti terbakar kerana amat merah.
"Apa?Q-ueen C-easer!!"jerit eym dengan kuat.Dia berdiri dengan tegak lalu memandang gerun ke arah wanita di hadapannya.
"Queen ceaser,Pemaisuri naga,dan juga penyelamat dunia!"bisik hati eym.
"Hahahaha,jangan takut.Saya tak akan apa-apakan kamu lah"ujar Queen Ceaser dan ketawa melihat muka eym apabila mula mengenal dirinya.
"Jadi kenapa pemaisuri berada di sini?di dalam pedang ini?"Soal eym keliru.
Pemaisuri Ceaser kemudian memusing ke belakang lalu menceritakan apa yang telah terjadi kepadanya sehingga terhubung dengan pedang itu.
"Jadi saya memilih kamu sebagai tuan kepada pedang ini"Pemaisuri berkata sambil menunjukkan pedang yang berwarna emas dan biru yang seperti belian itu.
"Tapi saya sudah mempunyai pedang!"Ujar eym.
"Sebenarnya pedang ini memang ditakdirkan untuk kamu seperti juga pedang yang berada dengan kamu.Semuanya sudah ditakdirkan
Perlahan-lahan eym menyentuh pedang itu lalu menariknya dengan sekuat tenaga.Dia menarik dengan kuat sehingga pedang itu tercabut dari bongkah ice itu.
Entah mengapa,Eym merasakan sesuatu tenaga yang asing memasuki badannya sehingga membuatkan ianya sakit.Eym terduduk memegang badannya.
"Itu amat biasa kerana itu bukan pedang biasa.Pedang itu telah dijatuhkan dari langit"
Pemaisuri Ceaser memandang eym yang terduduk.Dia tersenyum manis sambil mengusap lembut rambut eym.
"Walaupun sulit,tetaplah melangkah.Ketika kamu jatuh,bangkitlah kembali untuk diri kamu dan juga demi kawan kamu.Mulai hari ini,perjalanan yang sudah ditakdirkan untuk kamu bakal bermula"
"Selepas ini Kamu akan selalu menghadapi penderitaan,kesakitan,putus asa,dan juga dendam"
"Jagalah kawan kamu dengan sepenuh hati.Merekalah yang akan membuat kamu bangkit ketika kamu jatuh"
Eym terus bangun lalu menunduk hormat.Dia kemudian bangun dan menghembus nafas berat lalu melangkah ke arah pintu keluar.
Pemaisuri hanya melihat sahaja perjalanan eym dan menghantarnya dengan senyuman.
"Teruslah bangkit wahai pahlawan muda.Sentiasalah tabah apa jua yang berlaku.Ini adalah perjalanan hidup kamu yang telah ditetapkan dari dahulu lagi."
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
Fantasi(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...