Ki eym di dunia nyata semakin berkurang.Form dragon di badannya berkecai dan menjadi normal semula.Eym terus pengsan tidak sedarkan diri.Kiy,gale dan kawannya masih lagi tergamam dan terus melompat masuk ke dalam.
Semua guardian terlebih dahulu masuk ke dalam dan diikuti para guru.Para medic memeriksa nadi eym.
"Dia masih lagi hidup!!"
"Badannya terlalu panas!!"jerit salah seorang daripadanya.
"Cepat hantar dia ke hospital!"
Kiy dan gale cuba menghampiri tetapi dihalang oleh para penjaga.Dia merisaukan rakannya itu.Para guardian mengangkat eym dan terus membawa ke hospital.
Sementara di tempat lain.
"Nampaknya dia semakin bangkit"ujar salah seorang daripadanya
"Ya,ki nya sangat kuat!"semua orang di situ mengangguk setuju
"Lebih kuat daripada "dia" "
Di alam lain.
"Dia telah bangkit!!dia telah bangkit!!"seorang lelaki menjerit kuat.
"Nampaknya dia telah bangun ya.Hahahaha"seseorang berkata sambil ketawa
"Nampaknya ramalan itu betul.Kita akan lihat legenda!!hahahaha"
Di dalam gua
Dia mencelik matanya dan terasa ki yang kuat.Dia tersenyum dan ketawa.
********************************************
Atuk kai dan kak elmiya terus bergegas ke hospital apabila dikhabarkan oleh seorang cikgu yang eym telah dimasukkan hospital."Nurse!macam mana dengan cucu saya?"atuk kai bertanya kepada nurse yang keluar dari bilik eym.
"Dia ok.Tapi buat masa dia perlu berehat.Suhu badannya terlalu tinggi dan tenaga dia berkurang.Jadi pihak kami terpaksa menyuntik ubat..."balas nurse itu.Dia melihat atuk kai dan tersenyum apabila pandangannya bertembung dengan elmiya.Elmiya membalas senyuman itu.
"Terima kasih doktor"atuk kai dan elmiya terus berlalu ke arah ruang tempat duduk.
Disitu dia terjumpa rakan-rakan eym iaitu kiy,gale,ash dan mia.Mereka menunduk hormat kepada atuk kai dan kak elmiya.
"Jadi kaulah kawannya cucu aku,ya?"atuk kai bertanya kepada empat sekawan itu.
"Ye,saya dan eym baru kenal tahun ini"
"Macam mana cucu aku di sekolah?okay?"
"Yeah,kalau bab belajar kurang tetapi apabila bab bertarung memang dialah yang terkuat..."
"Huh,memang dah agak.Sampai bila-bila pun dia malas belajar.Eym-eym,sampai bila kau nak jadi bodoh.Jangan malukan aku..."ujar atuk kai sambil mengusap rambut ubannya.Dia terkenang perangai cucu nakalnya yang seorang itu.
Kiy tersengih mendengar itu manakala gale hanya mengusap dagunya.Kiy terpandang kak elmiya dan tersenyum apabila pandangannya bertembung.
"Lain kali,kalau berlawan dengan eym jangan tahan diri.Aku nak tengok juga dia kalah dan terluka.Biar padan dengan muka dia..."ujar atuk kai sambil memandang ke arah mereka berempat.
Kiy tersenyum kelat manakala gale hanya tersengih.Ash pula tersenyum mendengar.memang tak sayang cucu orang tua ni!
"Hahahaha,kami berdua lawan dia pun susah ni nak buat dia cedera parah.Memang minta kaki la tuk..."balas kiy
Mereka terdengar tapak kaki seseorang menghampiri tempat duduk mereka.Mereka memandang ke arah punca tapak kaki itu.Dia ialah izz sensei.Guru eym.
"Macam mana keadaan eym?baik?"
"Dia masih pengsan lagi sensei"
Izz sensei mula berfikir dan melangkah lagi menghampiri.Dia memandang semua anak muridnya dan mengeluh.Mereka melihat izz sensei mengeluh mula tertanya.
"Pihak atasan nak eym berpindah ke sekolah khas untuk mereka.Ini kerana kuasa eym amat berbahaya dan dia boleh hilang kawalan"
"A-apa!!"jerit atuk kai
Semua yang berada di situ tergamam dan terpana.Mereka tidak menyangka perkara ini berlaku!
"Dia ada masa 2bulan di sekolah ini"
"Tapi,kenapa pihak atasan nak pindahkan eym?kenapa tak kekal saja di sekolah ni..."soal gale menongkat dagu memandang ke arah izz sensei.
"Disebabkan kuasanya itu,dia terpaksa di pindahkan.Ki eym sangat kuat walaupun hanya bentuk pertama naga..."
"Jadi perlawanan itu?"soal mia pula
"Eym akan turut serta dan itu pertandingan eym yang terakhir sebelum berpindah"
"B-boleh saya ikut dia sensei"
"Ya,pihak atasan juga menyuruh kamu semua mengikuti eym dan juga saya akan terlibat sekali"izz sensei melangkah menghampiri kerusi kosong dan terus duduk.apa?kau ingat tak penat ke berdiri!
Atuk kai mengaru kepalanya dan berfikir.Dia bangun dan menjauhi mereka semua.
"Apa nama tempat tu sensei"soal kiy
"clastel academic.."izz sensei menjawab tenang.Dia ingin melihat reaksi anak muridnya dan ketawa.
Kiy dan juga yang lain tergamam.Ini kerana 5 elements knight juga berasal dari sekolah itu.Sekolah itu sangat kaya dan susah untuk dimasuki oleh orang kaya ataupun miskin.Sekolah itu akan memilih sesiapa yang layak dan penerus generasi guardian sahaja.
"S-sensei buat lawakkan?hahahaha.tak lawakla sensei!!"Gale berkata kepada izz sensei dengan wajah tidak percaya.
"Hahahaha...lawak tak?lawak tak?..."izz sensei ketawa yang dibuat-buat.
Kiy hanya memandang dengan wajah meluat.Gale pula hanya tersengih melihat izz sensei.
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
Fantasy(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...