part 19

2K 125 3
                                    

"Aduh-aduh!sakit kak!akak ni jantan ke betina?" renggek eym menahan sakit selepas berlawan dengan atuk.Dia sedang duduk menghadap kakaknya yang sedang merawat dia.

"Atuk ni pun satu!lawan eym macam lawan musuh!eym cucu dia ke musuh dia?" eym berkata dengan muka tidak berpuas hati.

Papppppp!!!

"Adoiii!!!!"

"Kau ni sakit-sakit pun kuat bercakap!kalau sakit tu buat la cara sakit!" marah kak miya kepada eym.

Eym mengosok kepalanya yang baru sahaja diketuk.apa punya malang aku ni.tadi kena belasah ni kena ketuk!lepasni apa pula!kena cium?!

"Sakit la kak!perlahan la sikit!"

"Hah,padan muka!siapa suruh kau lawan atuk!kan dah mendapat!"

"Ish akak ni!"eym terus bangun dari tempat duduknya itu.Dia pergi ke arah pintu rumah dan terus duduk di kerusi berhampiran.

"Eym!" panggil atuk kai dengan suara yang kuat.

"Apa tuk?" eym yang mendengar panggilan atuknya itu terus bangun dan berlalu ke arah atuknya.Dia melihat muka atuknya yang sedang kusut memikirkan sesuatu.

"Kenapa orang tua?"

"Ermm.macam mana nak mulakan ya"

"Mulakan dengan raver dance tuk!" eym terus melalukan gerakan itu dan atuk kai hanya melihat dengan wajah yang meluat.cucu siapa la yang benggong sangat ni?

"Aku rasa sudah tibanya masa untuk kau mencari keluarga asal kau?"

Eym yang baru sahaja duduk itu mula keliru.keluarga asal?

"Apa tuk!cuba ulang sekali lagi?"

"Tibanya masa kamu mencari keluarga kamu.Kamu sudah besar.Semasa atuk jumpa kamu.Ada surat yang ditulis untuk kamu?"

Eym sudah tahu yang dia hanyalah cucu angkat.Dia mengetahui apabila atuk kai secara tidak sengaja membongkarkannya.

"Mana surat tu?"

Atuk kai terus memberi surat yang berada di dalam tangan.Dia terus menunggu respon dari cucunya itu.

Eym terus mendapatkan surat itu.Dia membuka dan membaca isi terkandung dalam surat.

Anakku,maafkan ibu dan ayah kerana meninggalkan mu.kami terpaksa meninggalkan kamu di perkampungan itu.kami melakukan ini bersebab.Sebenarnya ibu dan ayahmu adalah permaisuri dan raja di sebuah istana di pulau terapung.Tetapi kami telah diserang oleh batallion demon yang menyerang pulau kami.Ibu terpaksa menyembunyikanmu.Ini kerana kamu ialah generasi semula raja akyar iaitu raja cahaya dan raja naga.Ramai yang menginginkan kami.Ibu berharap kamu mencari ibu dan ayah.Kamu perlu menyelamatkan kami.Sebelum itu,kamu perlu mencari adik-beradik kamu yang terkurung dalam penjara gua.

Eym yang membaca itu menangis tersedu-sedan.Dia sangka dia tidak mempunyai ibu bapa.Dia mengambil masa beberapa minit untuk mencari kekuatan.

"Bersabarlah eym" atuk kai cuba memujuk eym.

"Atuk di manakah adik beradik eym?"eym terus menyoal tentang keberadaan adik beradiknya itu.

" Di hujung surat kamu terdapat tempat itu"

Eym terus mencari dan terjumpa beberapa tulisan.

"Air perlu bertemu air.pokok menjadi saksi.Batang pokok mengukir hati."

"Apa maksud dia tuk?"

Eym melihat atuknya sedang memikirkan sesuatu.Dia mengaru kepala dan melihat semula maksud tulisan itu.

"Aku pun tak tahu.Ia ditulis untuk kau bukan?sudah semestinya kau tahu"selepas tamat kata-kata itu.Atuk terus bangun dan berlalu ke rumah.


Tale Of Resurrection Ancient Dragon LegendWhere stories live. Discover now