Part 56-Selamat tinggal,semua!

1.7K 105 15
                                    

~~~~~~~~**********••••••••••••

Satu terjahan keras terus ke tubuh Kai.Kai mengerang kesakitan.Kuasanya semakin berkuranh kerana terlalu lama digunakan.Dia semakin lemah.

"Nampaknya kau sudah pulih,Roqi,Jack..."

"Hahahaha,aku sudah kembali.Dendamku semakin mendalam.Orang tua ini harusku bunuh tanpa belas kasihan..."Ujar Roqi memandang ke arah Kai yang terbaring kesakitan.

"Bukankah dia pernah menjadi idolamu dahulu kala?Seorang guru yang kamu hormati..."

"Kini tidak lagi.Dia telah menjadi musuhku.Aku berada di pihak kau dan aku tak akan berpaling tadah.."

"Ini yang aku mahu.."Ujar Raja Syaitan.Dia mengukir senyuman sinis.

Jack hanya memandang mereka berdua tanpa niat untuk menyampuk.Dia melangkah ke arah kai.

Kai mula berdiri.Kesakitan di bahu kiri tidak diedahkannya.Matanya terus menikam anak mata kemerahan Raja Syaitan.Roqi terus menyeru bentuknya yang sebelum ini.

Kai berjaga-jaga.Kakinya terus bergerak-gerak untuk mengelak sesuatu yang akan berlaku.Darah di bahu kirinya mengalir turun dengan banyak sehingga membasahi bajunya.

Tiga orang musuh terus bergerak pantas.Kai terus menahan tendangan dari Jack dan tumbukan dari Roqi.Tetapi Raja Syaitan mendapat peluang,dia terus menyerang tubuh Kai.

Tetapi,kai sempat menahannya dengan menggunakan lutut.Kai terus melompat dari kawasan itu.Roqi berdecih,Jack hanya mengaru kepalanya sahaja.

"Macam ni pun dia masih lagi kuat.Nampaknya gelaran Guardian Terkuat tidak dapat disangkal sama sekali."

Roqi terus bergerak laju diikuti oleh Jack.Mereka muncul di depan Kai.Pertarungan sengit berlaku.Raja Syaitan melihat sahaja dari jauh.

"Huh,nampak proses untuk menawan bandar ini sangat lama.Aku harus menghancurkannya secepat mungkin.."

Dia baru sahaja melangkah,dia terus muncul di hadapan Kai yang sibuk berlawan.Raja Syaitan terus memegang lengannya.Dia terus mematahkan lengan kiri Kai.Kai menjerit kesakitan.Roqi terus menendang Kai ke atas,Jack menunggu,Kai semakin menghampiri.

Dia tersenyum sinis,tumbukan dikepal.Tangannya berubah menjadi besi,tumbukan diberikan!Kai terus ditumbuk sehingga jatuh ke tanah.Roqi tidak memberi peluang,dia terus menyerang Kai.Tetapi Kai masih lagi kuat,dengan sebelah tangan sahaja.Dia terus menahan tumbukan dan sepakan Roqi.

"Fuhh,memang gempaklah.Sanggup mati berlawan..."Ujar Jack di sebelah Raja Syaitan yang memerhati.

"Seperti itulah pahlawan yang sebenar.Berjuang demi negara.Aku sudah muak berjumpa dengan pahlawan yang hanya mengaku kuat,tetapi takut mati berjuang..."Ujar Raja Syaitan.

"Jack,kau pergilah menyerangnya.Masa kita sudah suntuk.."

Jack terus bergerak pantas.Kai yang sedang sibuk menahan serangan dari Jack tidak perasan akan Jack.Jack terus menghentak kaki kai.Roqi lantas menendangnya dari depan.Kaki kai sudah patah.Namun serang itu tidak berhenti di situ,Raja Syaitan menghampiri.Pedang dilibas secara menegak!Tangan kanan kai sudah terputus!

Kai sudah pun nyawa-nyawa ikan.Aura di pedang Raja Syaitan semakin kuat.

"Demi menghormati kau yang sudah bertungkus lumus berjuang demi negara.Aku akan membunuh kau tanpa setitik darah..."

Pedang hitam itu terus diangkat.Jack dan Roqi menjauh dari tempat itu.Raja Syaitan memejamkan mata.Kai hanya berdiam diri menunggu kematian.Dia sudah tidak mampu untuk melakukan apa-apa.Dibibirnya diungkap perkataan maaf kepada cucunya kerana tidak mampu kembali dengan selamat..

Apabila mata dibuka,Raja Syaitan terus melibas pedangnya secara serong.Kai terus rebah ke tanah..

Seorang bekas guardian,ketua guardian,seorang datuk kepada cucunya  dan seorang sahabat yang dikagumi telah tersungkur di medan perang.

Kai hanya tersenyum apabila teringat segala kenangan dengan cucunya.Wajah dua cucunya berlegar legar di benak kepalanya.Mata perlahan-lahan tertutup.Airmata mengalir tidak henti...Maafkan atuk semua.

Kembali mengimbas kenangan bersama cucunya.Dia tersenyum kerana dia dapat mengenakan eym dengan mengubah jamnya.Muka marah eym apabila balik dari sekolah mengelikan hatinya.Seorang cucu yang keras kepala tetapi yang paling melindungi.

Elmiya,atuk minta maaf sangat-sangat.Kerana tidak dapat bersama dengan miya lagi.Wajah miya pula terbayang-bayang di mindanya.Seorang cucu yang gila-gila dan selalu sahaja menasihatinya

Airmata jatuh sekali lagi.Mengenangkan masanya yang sudah tiba.Dewa kematian semakin menghampirinya.Selamat tinggal semua.Jaga diri baik-baik.

Gugur seorang guardian yang terkuat kerana melindungi.Seorang guardian yang sepatutnya sudah bersara.Tetapi demi cintanya terhadap bandarnya dan dua orang cucu kesayangannya.Dia terus berdiri dan berperang sehingga titisan darah yang terakhir.

Mata dipejam rapat.Nafas yang berombak-rombak sebentar tadi mula menghilang.Hilangnya seorang permata yang legenda.

Semua orang di tempat selamat mula terasa sesuatu.Perasaan yang sedih.

"Tidak!!!!!!!Atuk!!!!!!"Jerit seseorang lalu kakinya rebah ke tanah.

Guru dan rakannya menghampiri lalu terkejut memandang ke arah Kai.

**************

Hello guys.Apa khabar semua?Sihat ke?Semoga para readers sihat sentiasa.Urmm,macam mana dengan story ni?gempak tak?gempak tak?hahahaha...Kalau tidak,maafkanlah diriku yang noobie ni...Huhuhu..Sedih...Dah ii...Serius...Story ini hampir ke penamatnya untuk siri yang pertama.Macam tak caya je kan dah nak habis...Hahahah...Ye guys.Story yang tunggang langgang ini nak habis dah...Sedih tak?sedih tak?Hahahah...

Aku ingin meminta maaf sebab lama tak update.Jadi malam ni aku buat kejutan!Aku up 2 part hari ini.Semoga korang enjoy..Dah ii gua nak caww dulu...Bye guys

Tale Of Resurrection Ancient Dragon LegendWhere stories live. Discover now