Sebuah kereta yang berwarna merah terus menyusuri jalan raya dengan laju.Kereta itu terus memotong kereta lain dengan kelajuan tinggi.Orang yang dibelakangnya hanya dapat merasai asap sahaja.
Di dalam kereta itu terdapat lima orang remaja dan seorang guru yang sedang memandu dengan fokus manakala empat daripada lima orang remaja itu berwajah pucat.
"Ehh,kenapa muka korang pucat ni?"soal izz sensei yang sedang memandu sambil melihat ke cermin yang memaparkan tempat duduk belakang kereta itu.
Eym menguap lalu menongkat dagu kerana bosan.Dia terdengar suara senseinya menyoal lalu memandang ke arah belakang.Muka mereka berempat seakan-akan hantu kerana terlalu pucat.
"Erkk,S-saya bukan pucat sensei.Semalam ada pontianak hisap darah saya."Dalih kiy
"Cikgu!boleh perlahankan sikit tak kereta ni!Kami ni remaja lagi!Masih jauh perjalanan kami!!Elok-elok hari ni masih bernyawa takut esok tinggal nama je!"Ujar mia yang berada di tepi tingkap manakala gale dan kiy berada di kerusi belakang.
Ash juga berada di situ kerana dia secara rasmi sudah menjadi pembantu izz sensei.
"Perlahan?Bukan perlahan dah ke cikgu bawak ni?"soal izz sensei terus melihat meter.
Izz sensei tersengih tidak bersalah sambil mengusap belakang kepalanya.Dia juga terkejut melihat kelajuan yang dia bawa itu.Kelajuan yang dia bawak ni ialah 280km/sejam.
Eym memandang sekilas ke arah meter itu lalu memandang ke luar tingkap.Manakala mia pula memandang blur ke arah izz sensei.Gale dan kiy hanya menunggu masa untuk mencekik senseinya yang annoying itu.
"Kita nak pergi mana ni sensei?"soal eym yang memandang ke arah lain sambil bertanya soalan ke arah senseinya.
"Kita akan berlatih dengan hero bandar kita"jawab izz sensei lalu tersenyum.
Eym menjongket kening lalu memandang ke arah luar.Manakala kiy dan gale pula mula berpandangan sesama sendiri.Mereka terus merapatkan muka mereka lalu berbisik.
"Siapa sensei?"soal mia
Izz sensei tidak membalas soalan itu dan hanya tersenyum sahaja.
**************
Mereka kini sudah berada di depan rumah batu yang super besar.Gale membulat matanya manakala mia terpesona.Eym memandang pelik ke arah bangunan itu lalu memandang ke arah izz sensei.
"Jom masuk"ajak izz sensei
Lalu keluar seorang berbadan sasa dan terus menunjuk jalan ke arah sesuatu tempat.Izz sensei mengikutinya dari belakang diikuti oleh eym dan yang lain.
Mereka terus berjalan sehingga sampai ke tempat yang sangat asing baginya.Tempat itu sangat cantik dan berhampiran dengan air terjun.
"Wow,air terjun!!Jom mandi gale!!"jerit kiy lalu cuba membuang bajunya tetapi terhenti kerana melihat seorang wanita yang baru sahaja timbul dari air itu.
Kiy merasakan bahawa wanita itu seumur dengan mereka.Wanita itu masih tidak menyedarinya dan kiy memandang wanita itu tidak berkelip.
"Hoi!!kiy!!!"kiy terus tersedar akibat jeritan itu dan wanita itu juga tersedar lalu naik ke atas untuk membersihkan diri di bilik mandinya.
"Kau macam tak pernah tengok perempuan pula"ujar gale yang sedang berada di depannya sekarang ini.
Kiy tersengih sambil mengusap tangan kirinya.Dia juga tidak tahu kenapa dia sampai memandang perempuan tadi.
"Jadi kamu lah yang ingin berlatih dengan kami?"soal seseorang sambil melangkah ke arah mereka.
Izz sensei terus memandang ke arah punca suara itu lalu menunduk hormat.Eym dan rakannya juga tersedar lalu mengikuti perbuatan izz sensei.
"Bangun"arah lelaki itu
Mereka terus bangun lalu memandang ke arah lelaki itu.Lelaki itu ialah Iren.Pendekar pedang dan juga penyelamat bandar erasota.
Muncul beberapa orang lelaki dan wanita di tepinya.Dia memandang ke arah remaja itu seorang demi seorang lalu pandangan dia terlekat pada eym.
"Baiklah!kamu semua ambik budak ini seorang dua dan budak yang ini biar aku yang urus!!"
Lelaki yang bersama Iren tadi terkejut lalu berbisik ke telinga Iren meminta jawapan.Ini kerana Iren tidak pernah melatih seseorang dan dia hanya memantaunya sahaja.
Mereka mula berbincang sesama sendiri dan mengangguk setuju lalu datang ke arah anak muridnya masing-masing.Iren melangkah perlahan ke depan eym yang berdiri tegak.
"Kau akan jadi murid aku,faham!!"ujar iren dengan suara yang kuat.
"Faham!!tuan!!!"
YOU ARE READING
Tale Of Resurrection Ancient Dragon Legend
Fantasy(KARYA PERTAMA MRSKY) EYM,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah...