Part 51-Ex-student

1.7K 107 3
                                    

Bunyi kicauan burung telah digantikan dengan bunyi pedang dan jeritan manusia.Darah membasahi pedang perang dan kebanyakan askar robot telah hancur.Peperangan semakin tegang dan kedua-dua belah pihak masih lagi tidak mahu menyerah kalah.

********

Sam berdiri dihadapan sekumpulan tentera berbaju putih.Sam menghisap rokok dan pandangannya ke hadapan.

"Okay guys,Mereka semakin hampir!Siapkan senjata kalian semua!Musuh yang kita lawan bukan calang-calang."

Semua orang sudah bersiap sedia apabila debu naik ke atas dan bunyi tapak kaki menghampiri.Terlihat robot yang serupa manusia sambil membawa pedang di tangan.Sam mencari-cari orang misteri yang memegang pedang asera dan deruin.

"Serang!"

Askar berperisai terlebih dahulu ke hadapan diikuti oleh para samurai.Mereka terus merempuh askar itu dan anggota lain mula bertarung.Sam terus bertarung dengan rokoknya di tangan.

*********

"Erghhh"Bunyi seseorang mengejutkan mereka di situ.

Izz sensei lantas menerpa ke arah eym yang menunjukkan tanda-tanda bahawa dia mahu sedarkan diri.Kiy terus bergerak ke tepi eym,Mia hanya memandang dari jauh tanpa membuat apa-apa.

Eym terus membangunkan diri dan terkejut apabila melihat sekeliling yang seakan-akan cermin.Seluruh tempat itu berwarna putih.

"Aku dimana ini?Adakah ini syurga?"

Dushhhh!!!!!!

"Aduh!"Eym mengusap kepalanya dan pandangannya tertuju ke arah izz sensei.

"Apa ni sensei!Baru nak feeling sikit."

"Kami jangan nak mengarut.Atau adakah kamu ingin merasakannya lagi hentakan aku?"Ucap Izz sensei.Dia cuba menyembunyikan senyumannya dan bersyukur kerana eym sedarkan diri.

"Hahahaha.Kita di mana ini?Kenapa sekeliling kita hanya putih semua?"

"Kita sedang berperang,eym.Kita di bilik bawah tanah yang telah disediakan oleh cikgu iren"Jelas Kiy.

Senyumannya mati,dia lantas melihat ke arah kakak Elmiya.Kakak Elmiya tersenyum melihat Eym,cuba menutup kesedihannya.Eym cuba menangkap maksud dari air muka kakaknya.

"Kakak Elmiya!Adakah atuk juga berada di medan perang?"Soal eym dengan wajah risau.

Kakak Elmiya tidak menjawab dan terus berlalu pergi dari situ.Eym terpana sebentar sebelum memandang ke arah kawan dan gurunya.

"Aku juga akan kesana!"Tegas Eym

"Jangan memaksa diri kamu,eym!Kamu baru sedar dari pengsan!"Ucap Izz sensei risau melihat eym.

"Betul tu,eym.Bersabarlah sebentar."

"Sekarang!Aku rasa ada sesuatu yang akan berlaku!"

****************
Atuk kai berlari dengan pantas lalu membelah musuhnya dengan laju.Libasan atuk kai sangat laju hingga tidak dapat ditangkap oleh mata kasar.

Atuk kai menangkap sesuatu yang meluru laju ke arahnya lalu dia menghadang dengan kedua-dua pedangnya.Atuk kai mula perasan objek yang menyerangnya sebentar tadi adalah pedang.

Pedang itu mula bergetar lalu bergerak laju ke arah seseorang yang tersenyum.Atuk kai mengecilkan mata melihat orang itu lalu tersenyum.

"Hai guru!Sudah lama kita tidak berjumpa.Saya ingatkan guru sudah pun berada di alam lain.."Ujar lelaki itu bersama senyuman ceria.Berjubah hitam,berambut kuning dan sebilah pedang berwarna putih.

Atuk kai tersenyum sahaja.

"Kau bukan lagi anak murid aku,Roqi!"

"Setelah bertahun lamanya kita tidak bersua muka.Saya sangat ingin berjumpa guru dan ini balasan yang saya dapat?Huh.."

"Kau ialah musuh aku sekarang,Roqi."

Roqi ketawa kuat apabila mendengar balasan gurunya itu.Dia memandang atuk kai semula dengan senyuman sinis.

"Kenapa kau masuk ke jalan yang salah,Roqi?"Soal atuk kai meminta jawapan daripada bekas muridnya itu.

"Kegelapan memberi aku kuasa yang luar biasa daripada cahaya.Aku percaya kepada kegelapan kerana di dunia ni cahaya sudah semakin pupus!Huh"

"Kau salah roqi.Kekuatan cahaya sangat kuat berbanding kegelapan jika kau mendalaminya dengan benar.Aku pernah mengajar kau tentang ini roqi"

Roqi tersenyum sinis.Pedangnya diambil di belakang badan lalu dihayunkan ke depan.

"Aku nak lihat perbandingan cahaya dan kegelapan melalui pertarungan ini"

Atuk kai memanggil pedangnya kembali.Sedikit aneh kerana bilah pedang itu berwarna putih.Semasa bertarung dengan askar robot.Bilahnya berwarna hijau.

"Hahahaha,nampaknya guru serius ingin mengalahkan aku.Tetapi aku tidak mengalah dengan mudah!Aku adalah pendekar pedang ke-3 terkuat!"

Roqi menghayunkan pedangnya lalu libasan yang besar muncul mengarah ke atuk kai.Atuk kai juga melakukan libasan lalu kedua-dua libasan itu bertembung!

Roqi tersenyum sinis.Dia lantas bergerak ke arah tepi atuk kai dengan teleportnya.Teleportnya mengambil masa yang lama untuk diaktifkan.Dia terus melibas pedangnya ke arah kepala atuk kai!

SHINGGGGG!!!!!!!!!!

Tale Of Resurrection Ancient Dragon LegendWhere stories live. Discover now