ALEX 1

2.8K 29 1
                                    

alex duduk minum kopi di kerusinya. dia sudah banyak kali call sayang dia tapi sayang dia tidak datang datang. dia mula berfikir, "mana peginya ini perempuan? sudah banyak kali aku call masih juga indak datang datang. apa dia tidur mati mangkali... ahh... takkanlah dia tidur mati sampai tak sedar bunyi phone dia pula... hm...", alex minum kopinya lagi. masa dia minum kopi tu tiba tiba dia nampak sayang dia baru sampai di restoran tersebut. dia nampak itu perempuan berpakaian cantik ala ala modelling gitu. alex tersenyum meleret. "hai.... sayang... sorrylah i datang lambat...", sayangnya elina menyapanya dengan senyum lembut terukir di bibirnya. "oh... tak apa... kau datang lambat pun aku tak kisah...", bilang alex padahal dalam hatinya dia menyumpah nyumpah bah itu perempuan sebab dia datang lambat. dahlah dia minum kopi sampai dua tiga cawan. pas tu rokoknya pula sudah berbatang batang habis di hisapnya gara gara tunggu itu perempuan. "nasib baik mukamu cantik amoi... kalau mukamu indak cantik biar seminit pun aku indak mahu tunggu kau di sini bah... biar saja aku balik rumah peluk bini aku si bantal peluk tu daripada terus tercongok kat sini menunggu kau macam orang palui...", sumpahnya dalam hati tapi itu dalam hati dia saja. dia tak berani bilang sama itu perempuan apa yang ada di dalam hatinya. kalau di bilang macam itu karang boleh naik angin satu badan itu perempuan. tup tup boleh jadi puting beliung pula itu perempuan karang kalau di bilang begitu. so untuk indak timbulkan suasana yang indak di ingini terpaksalah alex bermuka manis macam gula gula lolipop. padahal dalam hatinya berapi api juga tu

elina tersenyum menampakkan giginya yang putih berseri bagaikan model iklan colgate di TV pula. "er... you sudah lama menunggu i di sini kah?", tanya elina berbasa basi. "yalah.... tapi tak apa... demi amoi yang cantik ini i masih boleh menunggu you sampai dua tiga jam bah...", bilang alex macam muka buaya naik ke darat. itu baru naik ke darat belum lagi masuk ke dalam air. kalau dia dah masuk ke dalam air makin kuatlah dia mengurat. "owh... you ni... ada ada sajalah...", elina bersuara seraya menampar bahu kiri lelaki tersebut. alex ketawa mengekek macam kuda keledai yang tercekik akibat termakan rumput terlalu banyak. "bah mana makanannya? i dah starving bah ini....", elina bersuara seraya melirikkan matanya. "oh sayang sudah starving, eh?.... bulih... bulih... bulih... akan ku orderkan makanan untuk sayang sekarang juga...", alex pun melambaikan tangannya ke arah waiter yang sudah lama berdiri memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. "er... nak order apa bang?", soal si waiter dengan lembut. alex mendongakkan kepalanya. kelihatan seorang lelaki lembut berdiri di depannya sambil tersenyum menampakkan giginya. wajahnya saja handsome macam tom kurus (tom cruise) tapi gigi depannya rongaklah pula. dah tu gayanya lembut macam perempuan. pegang pen pun dengan gaya lentok seorang perempuan. alex terpaksa buat muka selamba. padahal dalam hatinya mahu ketawa bah dia bila dia tengok itu klon tom kurus yang ala ala pondan tu. "er.... sayang, nak order apa?", soal alex pada elina yang duduk di sebelahnya saat itu.

"er.... sayang nak order mee tom yam satu, nasi ayam satu, roti kawin dua.... erm... nasi ayam satu, mee goreng satu.... air milo ais satu... erm.....erm....", elina terus order makanan banyak banyak. terbeliak biji mata alex apabila dia mendengar perempuan itu order makanan banyak banyak. "perut kerbau kah ini perempuan?... order makanan banyak banyak pula tu....", bisik hati kecilnya cukup terkejut. "weh.... weh... weh... nanti dulu sayang... nanti dulu... kenapa order banyak sangat makanan ni?....", tanya alex cukup terkejut. "sorrylah sayang i betul betul tengah starving ni... boleh kan i order makanan banyak sikit?...", elina bersuara seraya mengedip ngedipkan kelopak matanya. terus cair hati si alex di buatnya. "yelah... yelah.... kau order banyak banyak pun aku tak kisah... yang penting sayang happy...", alex terpaksa membenarkan perempuan itu order makanan banyak banyak. setelah mengorder makanan mereka pun mula berbual bual dengan mesranya. alex cubalah berbual dengan riangnya tapi dalam hati dia rasa macam galau semacam. maklumlah dia tengah berfikir mampukah dia membayar makanan yang di order oleh perempuan tu nanti?... dahlah wang gajinya tinggal sedikit saja ni. kalau tahulah jadi macam ni lebih baik dia tak payah keluar dengan perempuan tu tadi. tak lama kemudian makanan yang di order pun sampai. sekali tengok macam mahu penuh saja itu meja dengan makanan yang di order oleh perempuan tersebut. "walaweh.... makan besar apakah ini?.... hampir penuh satu meja... boleh habiskah semua makanan ini di makannya nanti?", alex berbisik dalam hatinya tak keruan. elina terus saja melantak itu semua makanan tanpa peduli pada semua mata yang memandang ke arahnya. alex terus hilang selera makan sebab otaknya tengah berfikir bagaimana caranya dia mahu bayar itu semua makanan tapi setelah dia berfikir dan berfikir akhirnya dia pun mendapat satu idea.

"er.... sayang i nak pegi ke tandas dulu ya...", bilang alex seraya bangun dari atas kerusinya. "okay... tapi jangan lama sangat, ya...", balas elina sambil melantak semua makanan yang terhidang di atas mejanya. "iya...", alex terus angkat kaki dari situ. dia melangkah masuk ke dalam tandas yang terletak di dalam restoran tersebut. setelah dia membuang air kecil dia pun segera melangkah keluar dari tandas. apabila dia tiba di ruang restoran yang penuh sesak dengan para pelanggan itu dia pun melangkah perlahan lahan menuju ke pintu besar restoran tersebut. pintu restoran itu di bukanya dengan pantas. sebaik saja dia berada di luar restoran tersebut dia pun terus angkat kaki dari situ. dia sengaja meninggalkan elina seorang diri di situ sebab dia tidak mampu membayar semua makanan yang di order oleh perempuan itu. alex berlari menuju ke arah motorsikalnya macam orang yang di kejar polong pula. sebenarnya dia takut elina ternampak bayang kelibatnya di luar restoran tersebut.

alex terus memecut motorsikalnya. bagaikan pelesit motorsikalnya laju membelah kesibukan lebuhraya pada tengahari itu. dalam hati dia menyesal sebab keluar dengan perempuan bernama elina tu. bukannya apa, elina tu macam sikap perempuan pisau cukur yang pernah di kenalinya sebelum ini. yalah... pengalamannya bercinta dengan perempuan pisau cukur bernama luciana sudah cukup mengajarnya bahawa ada juga perempuan yang bermata duitan di dunia ni. sikap elina juga hampir sama saja dengan bekas kekasihnya luciana. apa tidaknya elina asyik mengajaknya keluar makan di restoran yang mahal mahal. dahlah tu makanan yang di ordernya pula sampai penuh satu meja. wang poket dia juga yang habis kena hentam tiap tiap bulan dan lebih menyebalkan lagi apabila perempuan tu mengajak dia pegi shopping di shopping mall yang mahal mahal. manalah dia tahan bercinta dengan perempuan macam tu. wang gajinya habis di pulun oleh perempuan perempuan mata duitan. menyesal sungguh dia bercinta dengan perempuan perempuan seperti itu.

WARNING: story ni ada bahasa rojak. sesiapa yang anti bahasa rojak dan nakkan bahasa melayu yang perfect sangat tu di minta korang jangan baca story ni ya... mizz dah bagi warning pada korang awal awal ni. so, harap lepas ni tak ada insan yang komen komen pasal bahasa rojak mizz tu... huhu

ALEX (18) Where stories live. Discover now