ketika mereka melalui sebuah kawasan pantai yang terletak di pinggir bandar itu avanisha menyuruh alex berhenti seketika untuk menikmati keindahan alam di situ. tanpa banyak soal alex memberhentikan motosikalnya. "cantik kan tempat ni...", tutur avanisha seraya membuka helmet dari atas kepalanya. "yep...", balas alex sepatah. mereka mula melangkah menuju ke pantai. perlahan lahan avanisha menggenggam erat tangan alex. mereka berjalan sambil menikmati udara segar di tepi pantai itu. "nisha... jikalau di suatu hari nanti kita akan terpisah jauh masihkah kau mencintaiku?", soal alex dengan suara yang lirih. "kenapa kau tanya soalan macam tu pula?", soal avanisha dengan dahi yang berkerut. "aku cuma ingin tahu... yelah kan... mana tahu di suatu hari nanti papa kau akan datang memisahkan kita...", kata alex dengan wajah yang serius. "lex... kenapa kau selalu berfikiran negatif macam tu ar?... bukankah aku dah cakap pada kau yang kita tidak akan terpisah sebelum ni... kau dan aku akan tetap bersama buat selama lamanya...", kata avanisha dengan penuh yakin. "ya... aku tahu tapi aku cuma nak minta kepastian dari kau... jikalau sekiranya kita terpisah jauh masihkah kau mencintaiku?", soal alex mengulangi pertanyaannya. avanisha terus berhenti melangkah. dia berdiri betul betul di depan wajah alex. dia memegang erat kedua belah tangan alex. "alex chai... dengar sini baik baik... aku avanisha benjamin akan sentiasa mencintai kau walau dalam keadaan apa sekali pun... perasaan cinta ini indak akan hilang buat selama lamanya...", kata avanisha dengan tegas. "boleh percaya ke ni?", soal alex tersengih macam kerang busuk. "aku berani bersumpah yang aku bercakap benar alex ku sayang...", balas avanisha lembut seraya mencubit pipi alex dengan jari runcingnya.
"yelah... apa apa pun aku merasa terharu dan gembira sebab ada juga insan yang ingin bersuamikan lelaki miskin macam aku ni... aku rasa macam bermimpilah pula...", kata alex sambil ketawa kecil. "kau bukan bermimpilah sayang... ini adalah kenyataan lorh...", balas avanisha sambil tersenyum. "yelah... terima kasih aku ucapkan sebab kau sudi terima aku apa adanya... aku indak menyangka akan bertemu dengan orang yang mencintaiku dengan sepenuh hatinya... kau buat aku betul betul merasa terharu pula...", kata alex. "alolorh... sayang ni.... sampai terharu pula dia...", avanisha mencuit hidung alex dengan jarinya. ketika mereka sedang berdiri di situ tiba tiba kelihatan sebuah van hitam berhenti indak jauh dari situ. kelihatan 10 orang lelaki bertopeng kain serba hitam meluru ke arah mereka. tiba tiba saja alex teringat akan mimpinya. "jangan jangan semua lelaki ni adalah penculik avanisha dalam mimpi aku semalam... oh tidak!... cepat lari avanisha!!....", gesa alex. cepat cepat dia menarik tangan avanisha supaya beredar dari situ. avanisha yang terpinga pinga ikut saja ke mana alex menarik tangannya. sebaik saja mereka sampai dekat motosikal milik alex mereka cepat cepat naik ke atas motosikal tersebut. baru saja alex ingin menghidupkan enjin motosikalnya tiba tiba salah seorang lelaki bertopeng hitam itu menendangnya dari sebelah kiri. dia terus terjatuh dari atas motosikal. manakala tangan avanisha pula di tarik dari belakang. lelaki yang menarik tangannya terus mencengkam tangannya dari belakang sehingga dia tidak mampu berbuat apa apa lagi. "oh... alex... tolong aku...", jerit avanisha ketakutan. "lepaskan dia!...", jerit alex dengan marah. dia bangun lalu cuba meluru ke arah avanisha. dia ingin menumbuk lelaki yang mencengkam tangan kekasihnya itu tetapi dia pula yang di pukul oleh seorang lelaki dengan sebatang kayu. alex terus terjatuh di atas tanah. 9 orang bertopeng hitam itu terus menumbuk dan menendangnya secara bertalu talu. tak cukup dengan itu mereka memukulnya dengan kayu yang ada di situ.
"cukup!... jangan pukul dia... kasihanilah dia...", rayu avanisha sambil menangis. namun rayuannya indak di endahkan. malah mereka terus menerus memukul kekasihnya itu. dalam keadaan yang genting itu avanisha berusaha melepaskan dirinya. dia menggigit tangan lelaki yang mencengkam tubuhnya dari belakang. "argggghhhh!...", jerit lelaki itu kesakitan. avanisha terus meloloskan dirinya. dia meluru ke arah alex. kebetulan pada waktu yang sama salah seorang lelaki penjahat di situ ingin memukul alex tapi kepala avanisha pula yang di pukulnya. "bukkk!...", avanisha terus rebah di atas tanah dalam keadaan indak sedarkan diri. "avanisha...", alex bersuara dalam kesakitan. dia cuba memegang tangan avanisha tapi tangannya di pijak oleh salah seorang lelaki penjahat yang ada di situ. "arggghhhh....", alex mengerang kesakitan. "hey... dengar sini bangsat!... kau jangan lagi berani berani mengganggu anak gadis tuan benjamin... jikalau kau mengganggu dia lagi habis kau kami kerjakan...", bentak lelaki penjahat itu sambil menarik rambut alex dengan sekuat hatinya. alex hanya mampu menyeringai kesakitan. dia indak dapat bergerak walau seinci pun sebab seluruh badannya cedera parah. dalam keadaannya yang cedera parah itu alex dapat melihat tubuh avanisha di angkat dan di bawa lari dari situ. "aa.... vanisha...", hanya itu saja perkataan yang keluar dari mulut alex. selepas itu dia indak sedarkan diri lagi...
*** *** ***
tuan benjamin berdiri di tepi tingkap sambil merenung wajah anak gadisnya yang terbaring di atas katil itu. perkataan doktor richmond tadi masih terngiang ngiang di cuping telinganya.
"aku dah periksa keadaannya... dia seperti hamil, tuan..."
"apa?!... dia hamil?"
"ya... dia hamil 3 minggu..."
"kalau macam tu tolong gugurkan janin tu...."
"maafkan aku tuan... aku indak boleh buat begitu... kalau tuan nak tuan minta khidmat dari doktor lain..."
"kenapa pula?... apakah kau nak aku bagi kau upah yang tinggi untuk buat kerja tu?"
"bukan macam tu, tuan... aku indak buat kerja macam tu tuan... sebaiknya tuan cari doktor lain untuk buat kerja tu..."
"tapi siapa doktor yang sanggup buat kerja tu?"
"tuan cari sendiri... aku pergi dulu..."
belum pun sempat tuan benjamin bersuara doktor peribadinya itu terus melangkah pergi dari situ. tuan benjamin mengeluh sendirian. dia indak menyangka yang anak gadisnya kini berbadan dua. dia terpaksa mencari doktor lain bagi menggugurkan kandungan anak gadisnya itu dengan secepat mungkin sebelum avanisha sedar dari pengsannya. dia terpaksa menyuruh drivernya sendiri mencari doktor klinik swasta yang sanggup buat kerja itu. indak lama kemudian doktor klinik swasta yang di tunggu tunggu pun sampai di rumahnya. saat itu juga doktor tersebut di suruh untuk menggugurkan kandungan avanisha.

ANDA SEDANG MEMBACA
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...