ketika mereka sedang berbual bual di situ tiba tiba saja mobile phone milik nenek yayan berbunyi nyaring. dia pun terus menjawap panggilan tersebut. "hello..." *diam sekejap*. "oh... kau chai... ya... dia tak apa apa... dia baru saja sedar dari pengsannya...". *diam sekejap*. "kau nak bercakap dengannya?..." *diam sekejap*. "baiklah... alex, papa kau bercakap dari new yolk ni... dia nak bercakap dengan kau...", nenek yayan bersuara sambil menyerahkan mobile phonenya ke tangan alex. "ya... ada apa pa?", soal alex ingin tahu. "oh syukurlah.... kau dah sedar alex... kami terkejut bila dengar kau di serang oleh sekumpulan lelaki pagi tadi... kau tak apa apa kan?", kedengaran suara papanya di hujung talian. "ya... aku tak apa apa pa...", balas alex perlahan lahan. "siapa yang serang kau tu, alex?... berulang kali papa bertanya pada kau... dari hari kau di tahan di hospital itu lagi papa dah tanya kau tapi kau tak nak bagitahu siapa mereka yang sebenarnya... kalau papa tahu siapa mereka semua tu sudah pasti papa akan ambil tindakan ke atas semua orang yang menganiaya kau tu...", kata dato chai di hujung talian. "tak perlulah papa ambil sebarang tindakan ke atas mereka...", balas alex dengan pantas. "kenapa tak perlu pula? kau tu satu satunya anak papa tau... kalau ada apa apa terjadi ke atas diri kau papa tak akan berdiam diri lagi tau...", kata dato chai di hujung talian. "yelah pa... papa jangan bimbang, i'm okay now. by the way bila papa dan mama berangkat ke new yolk ni?", soal alex ingin tahu. "awal pagi tadi... mama kau nak bagitahu kau masa kami nak berangkat tadi tapi dia tak sampai hati pula nak kejutkan kau dari tidur so maafkanlah kami sebab kami pergi dengan begitu saja...", kata dato chai perlahan lahan
"it's okay papa... at least papa dah ambil berat sikit dengan keadaan aku sekarang ni... anyway, kirim salam pada mama ya pa...", tutur alex. "hm... baiklah... tapi kau jangan pula keluar merayap masa papa dan mama kat new yolk ni... kau mesti tinggal kat rumah sampai kau sembuh. papa dan mama akan balik ke malaisia apabila urusan kami di sini selesai...", kata dato chai di hujung talian. "yalah pa... okay bye...", alex mematikan talian di mobile phone tersebut. nenek yayan merenung wajahnya dengan renungan mata yang sedikit tegang. "apa nek?", soal alex. "betul kau tak nak ambil sebarang tindakan ke atas semua penyangak tu?", soal nenek yayan ingin tahu. "yalah nek... biarlah mereka buat jahat padaku... pasti di suatu hari nanti Tuhan akan membalas kejahatan mereka tu...", kata alex perlahan lahan. "hm... ikut suka hati kaulah lex..." nenek yayan bersuara sambil bangkit dari tempat duduknya. "nenek nak pergi ke mana tu?", soal alex ingin tahu. "nenek nak pergi ke dapur sekejap... nenek nak suruh si neneng buatkan makanan untuk kau...", kata nenek yayan seraya melangkah pergi dari situ. tinggallah alex seorang diri di situ
*** *** ***
Avanisha indak faham kenapa papanya begitu membenci pemuda yang datang ke rumah mereka sebentar tadi. ini menimbulkan banyak persoalan di dalam mindanya. avanisha masih ingat lagi bagaimana pemuda itu berusaha memegang erat tangannya ketika dia di tarik masuk ke dalam rumah sebentar tadi. yang peliknya tu pemuda tersebut memanggilnya dengan panggilan 'sayang?... avanisha sebenarnya indak tahu apa kaitan pemuda tersebut dengan dirinya. pemuda itu seperti mengenalinya tapi dia pula tak kenal pemuda tersebut. avanisha cuba mengingat sesuatu tentang pemuda itu tapi dia gagal berbuat demikian. memorinya terasa kosong. dia langsung indak ingat apa apa pasal pemuda itu tapi persoalannya kini ialah kenapa pemuda tersebut begitu mengenalinya sehingga dia sanggup datang mencarinya? persoalan demi persoalan mula menghantui pemikirannya. avanisha indak mampu menjawap semua persoalan itu sebab dia indak tahu apa apa tentang pemuda tersebut
*** *** ***
tuan benjamin sedang duduk di bilik officenya ketika dia mendapat panggilan dari ketua 'along' haram tempat dia selalu meminjam wang selama ini. mereka memintanya agar dia membayar hutangnya dengan segera tetapi dia indak dapat membayarnya sebab syarikatnya mengalami kerugian yang besar baru baru ini. semua majalah keluaran syarikatnya termasuklah majalah elite tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai. maklumlah masyarakat zaman sekarang bukannya suka sangat membaca majalah yang di beli dari pasaran. mereka lebih suka membaca majalah atau cerita yang di tulis di dalam internet. akibatnya penjualan majalah terbitan syarikatnya semakin merosot dan merosot. kini syarikatnya mengalami kerugian yang amat besar sekali. dahlah syarikatnya di landa masalah kewangan di tambah lagi dengan hutangnya yang keliling pinggang. bertambah peninglah kepalanya apabila dia memikirkan semuanya itu.
tuan benjamin terpaksa meminta pihak 'along' haram itu bersabar dahulu. dia minta tempoh sebulan untuk membayar hutangnya itu tetapi pihak 'along' haram itu cuma memberikan dia tempoh selama seminggu saja untuk membayar semua hutangnya. akhirnya tuan benjamin pun terpaksa akur sebab dia tahu pihak 'along' haram itu bukan mudah untuk di ajak berunding. akhirnya tuan benjamin terpaksa mengambil keputusan untuk membatalkan niatnya yang hendak menghantar anak perempuannya ke luar negara. maklumlah keadaan 'ekonomi'nya indak begitu kukuh sekarang jadi dia pun terpaksa mengambil keputusan seperti itu. sebaik saja habis waktu bekeraja dia segera balik ke rumahnya
sebaik saja dia sampai saja di rumah, dia terus berjumpa dengan anak perempuannya, avanisha. dia mengatakan pada avanisha bahawa dia indak jadi menghantar avanisha keluar negara. ini membuatkan avanisha merasa sungguh gembira sekali sebab dia sebenarnya indak ada hati hendak keluar negara dalam keadaannya yang amnesia itu. dia lebih suka duduk di rumah sehinggalah amnesianya hilang. bagi avanisha itu sangat baik daripada dia di paksa pergi ke negara orang asing. manakala bagi tuan benjamin pula ini merupakan masalah besar dalam hidupnya. dia indak memberitahu avanisha apa apa pun tentang masalah syarikatnya yang hampir muflis dan hutangnya yang keliling pinggang itu sebab dia indak mahu anaknya merasa sedih dan tertekan. biarlah dia seorang saja menanggung semuanya ini fikirnya. jadi dia hanya berdiam diri dan indak banyak bercakap lagi. ketika tuan benjamin sedang duduk bersendirian di bilik tidurnya dia terpandang akan album lamanya. dia pun menyelak halaman album tersebut. tiba tiba saja pandangan matanya terhenti pada satu gambar di mana dia sedang berdiri dekat dengan kawan lamanya. rakan lamanya itu sudah lama indak di hubunginya. menurut khabar angin yang dia dengar rakannya itu sudah mempunyai syarikat perhotelannya sendiri. malah rakan lamanya itu memiliki begitu banyak bangunan hotel di seluruh negara dan lebih mengagumkan lagi rakannya itu mula membuka sebuah hotel mewah di kota new yolk baru baru ini. sudah tentu rakannya itu semakin maju sekarang ini. terdetik di hatinya hendak menghubungi rakan lamanya itu. dia fikir mungkin rakan lamanya itu akan membantunya dalam menyelesaikan masalah kewangannya.
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...