"sudahlah tu... jangan menangis...", pujuk alex namun pujukannya tidak di dengar. malah elina semakin kuat menangis. "huwaaa... huwaaaa...", elina menangis macam budak kecik pula. "aduh mak!... mana ku letak mukaku ini???... malunya aku... haishh...", gerutu alex dalam hati. walaupun dia terasa malu dia cuba juga untuk memujuk perempuan tersebut. "elina... listen to me... its over now... no need for you to cry like this... aku rasa lebih baik kita break up daripada kita terus menjalinkan hubungan yang tidak serasi... so i hope you will understand...", ucap alex perlahan lahan. "tapi i tak fahamlah lex... kita kan baik baik saja selama ni... i tak rasa pun yang kita ni tak serasi... i rasa kita serasilah... isk... isk... isk...", balas elina sambil menangis. "ya... itu pada pandangan kau tapi pada pandanganku kita memang indak serasilah...", balas alex. "so you betul betul nak break up dengan i lah ni?", soal elina masih menangis. "ya... i nak break up dengan you...", balas alex dengan wajah yang serius. "tapi... tapi...", belum pun sempat elina menghabiskan perkataannya alex terus saja menggenggam erat kedua belah tangannya. "elina... i tak nak dengar perkataan dari mulut you lagi... keputusan i sudah muktamad. so good bye elina...", ucap alex. dia melepaskan genggaman tangannya dari tangan elina. kemudian dia beredar dari situ. "oh... jangan pergi alex... jangan pergi...", jerit elina tapi alex tidak menghiraukannya. dia terus saja berjalan menuju ke arah motosikalnya. elina mengejarnya dari belakang. "alex... jangan tinggalkan i...", rayu elina sambil menangis. alex hanya mendiamkan dirinya. cepat cepat dia menyematkan helmet di kepalanya. enjin motosikal di hidupkan. bagaikan pelesit motosikalnya terus meluncur laju meninggalkan tempat itu. tinggallah elina menangis seorang diri di situ
alex sampai di rumah sewanya tepat pada pukul 8 malam. dia lihat rumah itu kosong bagaikan tidak berpenghuni. "mana perginya si badli ni?", soal alex dalam hati. dia melangkah masuk ke dalam rumah yang pintunya tidak berkunci itu. "kalau badli keluar takkanlah dia sanggup biarkan pintu rumah tidak berkunci?... mana perginya si badli ni ar?", alex tertanya tanya dalam hatinya. "hm... mungkin dia tidur di dalam bilik tidur dia kot...", fikir alex lagi. perlahan lahan dia mengunci pintu rumah sewa tersebut. kemudian dia berjalan menuju ke ruang tamu tidak jauh dari situ. dia duduk di atas kerusi sofa yang ada di situ. ketika dia sedang duduk di situ kedengaran mobile phonenya berbunyi nyaring. dia pun menjawap panggilan di mobile phonenya itu. "hello...", sapanya perlahan lahan. "alex... nenek ni...", kedengaran suara nenek yayan di hujung talian. "oh... nenek... nenek apa khabar?... sorrylah nek, aku tak call nenek beberapa hari ni... aku busy bah...", tutur alex perlahan lahan. "oh... nenek tahu cucu nenek ni busy tapi macamana dengan amanat nenek tempohari?... kau sudah bertemu dengan mummy dan daddy kau di sana ke?", kedengaran suara nenek yayan bertanyakan soalan yang paling indak di sukainya. "belum lagi nek...", balas alex dengan ringkas. "kenapa belum?... bukankah kau sudah setahun lebih berada di bandar KK tu... sepatutnya kau pergilah berjumpa dengan mummy dan daddy kau tu...", tutur nenek yayan. "maaflah nek... aku rasa macam tak nak bertemu dengan dioranglah...", balas alex perlahan lahan. "janganlah macam tu... sudah bertahun lamanya kau tinggalkan mummy dan daddy kau tu... mungkin diorang merindukan kau...", nenek yayan bersuara di hujung talian. "mereka tak akan merindukan akulah nek... buktinya sudah bertahun lamanya aku melarikan diri dari rumah tapi mereka indak sibuk pun mencari aku... itu maknanya mereka lebih pentingkan diri mereka sendiri dan kerjaya mereka daripada anak mereka yang seorang ni...", ucap alex sedikit emosional.
"jangan cakap macam tu... nenek yakin mereka masih rindu dan sayangkan kau... nenek harap kau akan bertemu dengan orang tua kau di suatu hari nanti... bila kau bertemu dengan mereka kau bawalah mereka pulang ke kampung ini... mereka sudah lama tidak balik kampung jenguk nenek kat sini...", tutur nenek yayan perlahan lahan. "yelah nek...", balas alex separuh hati. "macamlah mereka tu teringin sangat nak balik kampung berjumpa mak diorang di kampung tu...", gerutu alex dalam hatinya. "alex... nenek harap kau akan memenuhi permintaan nenek ni...", tutur nenek yayan perlahan lahan. "yelah nek... yelah... anyway, aku ada hal nak di uruskan... nanti aku call nenek lagi ya...", dalih alex pula padahal dia indak ada urusan bah nak buat masa itu. "oh baiklah... kerja baik baik ya, lex... jangan lupa sama Tuhan... selalu berdoa kepada-Nya... ingatlah pesanan nenek ni...", pesan nenek yayan. "yelah nek... bye...", alex mematikan talian di mobile phonenya. dia mula termenung memikirkan masalah keluarganya yang belum selesai. sebenarnya dia di suruh oleh nenek yayan untuk bertemu dengan orang tuanya di bandar itu tapi sampai ke hari ini dia masih belum lagi menunaikan hajat neneknya yang satu itu. bukannya apa dia masih belum dapat memaafkan kesalahan orang tuanya yang selama ini telah mengabaikannya selama dia tinggal bersama mereka. mereka terlalu sibuk dengan syarikat mereka sehinggakan tak ada masa untuk bersamanya. ini membuatkan alex merasa terbiar dan terabai. selain daripada itu ada sebab lain kenapa alex indak tahan tinggal bersama orang tuanya. sebenarnya orang tuanya selalu saja bergaduh indak tentu pasal. bukan dua tiga kali mereka bergaduh dalam sehari malah lebih daripada itu. alex merasa muak apabila dia mendengar orang tuanya bertengkar 24 jam. tanpa berfikir panjang dia pun melarikan diri dari rumah mereka beberapa tahun yang lalu. ketika itu dia baru saja berumur 15 tahun. dia balik ke kampung menemui neneknya di sana. pada mulanya nenek yayan tidak mahu dia tinggal bersamanya di kampung tapi setelah dia merayu dan memujuk neneknya agar dia tinggal di kampung akhirnya nenek yayan pun membenarkan dia tinggal bersamanya. selama dia melarikan diri ke kampung, ibu bapanya langsung tidak mencarinya apatah lagi pulang ke kampung menjenguk nenek yayan. mereka seperti sudah lupa asal usul mereka yang datang dari kampung tu. alex merenung gambar keluarganya yang sering di bawanya di dalam dompetnya. dia merasa sedih tatkala dia melihat gambar keluarga tersebut tapi dia pendamkan saja rasa sedih itu di lubuk hatinya...
ketika dia sedang duduk seorang diri di situ dia terdengar suara orang ketawa dan bergurau senda di dalam bilik tidur kawannya badli. alex cuba memasang telinganya. "bunyi macam suara badli dan suara perempuan... badli bawa perempuan ke dalam rumah ni????....", soal alex dalam hatinya. semakin lama dia memasang telinganya semakin jelaslah suara tawa kawannya badli di sulami tawa seorang perempuan. selepas itu terdengar suara desahan macam orang tengah buat 'projek' pula. "gila!... takkanlah badli sanggup bawa perempuan ke dalam rumah ni dan buat 'projek' dalam bilik tidurnya pula... haishh...", alex jadi indak keruan. perlahan lahan dia bangun lalu dia melangkah menuju ke pintu bilik tidur rakannya. dia cuba mengintai melalui lubang dekat pintu bilik tidur rakannya. alangkah terkejutnya dia apabila dia tinguk badli tengah buat 'projek' dengan seorang perempuan yang indak pernah di kenalinya sebelum ini. mereka telanjang bulat lagi di atas katil tu. "lahanat betul mamat seekor ni... adakah patut rumah ni di jadikannya sebagai 'port' untuk melepaskan hawanafsunya tu... bukankah aku dah cakap pada dia tempohari jangan bawa balik perempuan kat rumah ni tapi dia indak dengar cakap aku... kalau puan sarimah tuan rumah ni tahu yang si badli bawa perempuan kat dalam rumah ni sudah tentu haru biru jadinya...", bisik alex dalam hatinya indak keruan...
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...