ALEX 69

111 4 6
                                    

tuan benjamin menarik tangan anak gadisnya dengan sekuat hatinya. avanisha berusaha hendak melepaskan tangannya tapi genggaman tangan papanya begitu kuat sekali. "papa... lepaskan tangan aku... aku nak cari alexlah...", kata avanisha dengan geram sekali. "kau jangan buat perangai kat sini avanisha... sekejap lagi kau akan bertemu dengan lelaki kaya yang akan mengahwini kau... so lebih baik kau diam dan jangan buat papa malu...", kata tuan benjamin separuh menggetapkan giginya. "peduli apa aku kalau papa merasa malu sekali pun... aku tak ada hati nak mengahwini lelaki kaya tu...", bentak avanisha dengan penuh emosi. beberapa orang yang berada di lobby itu mula pandang semacam ke arah mereka berdua. tuan benjamin terpaksa buat muka selamba. tiba tiba, "eh... ben, kau sudah sampai?", kedengaran suatu suara bergema indak jauh dari situ. tuan benjamin segera menoleh ke arah datangnya suara itu. kelihatan dato chai dan isterinya datang menghampiri mereka di situ. "avanisha... itu bakal bapa mertua dan ibu mertua kau... kau mesti jaga kelakuan kau sikit. jangan buat ulah kat sini. jikalau kau buat ulah lagi nahas kau papa kerjakan...", kata tuan benjamin pada anak gadisnya secara berbisik. genggaman tangan tuan benjamin semakin kuat. ini membuatkan avanisha indak mampu berbuat apa apa lagi. "oh chai... er... perkenalkan anak gadis aku, namanya ialah avanisha benjamin... avanisha, ini kawan papa dato chai meng dan isterinya datin mei ling...", tuan benjamin bersuara sambil cuba tersenyum. avanisha indak menghiraukan pasangan itu. dia buat buat indak tahu pula. "oh... cantik juga anak gadis kau ni kan... patutlah anak lelaki kami boleh jatuh cinta padanya...", puji dato chai sambil tersenyum lebar. "er... mana anak lelaki korang tu? dia ada kat sini ke?", soal tuan benjamin ingin tahu. "ada... sekejap lagi dia akan turun ke sini... anyway, nice meeting you two. by the way the ceremony will begin in a few minutes... jemputlah duduk...", kata dato chai sambil mengajak rakan lamanya itu duduk di atas kerusi. avanisha di heret ke tempat duduk yang ada di situ. mereka pun duduk bersama sama.

"perhatian semua hadirin, di minta korang duduk di kerusi yang telah di sediakan di sini. sekejap lagi acara perlantikan pengarah baru syarikat ini akan di langsungkan. jadi di persilakan semua hadirin ambil tempat duduk masing masing...", kedengaran pengacara majlis perlantikan itu bersuara dengan menggunakan mikrofon di tangannya. mereka. semua orang pun duduk di tempat duduk masing masing. "baiklah... terima kasih kepada semua hadirin yang telah datang ke majlis perlantikan pengarah baru syarikat ini pada hari ini. bagi memulakan acara kita pada pagi ini aku ingin menjemput tuan pengarah syarikat ini untuk memberi ucapan sepatah dua kata untuk para jemputan yang hadir pada hari ini. di persilakan dato chai meng tampil ke depan untuk memberikan ucapannya...", pengacara itu bersuara sambil tersenyum lebar. semua orang bangun dan bertepuk tangan sebaik saja dato chai tampil ke depan untuk memberikan ucapannya. "selamat pagi ku ucapkan pada semua hadirin yang telah datang ke majlis ini. aku gembira sebab pada pagi ini kita akan meraikkan perlantikan pengarah baru di syarikat five stars holding ini tapi sebelum itu aku ingin memaklumkan kepada tuan dan puan bagaimana syarikat ini berkembang maju sehingga ke hari ini. buat pengetahuan tuan dan puan syarikat ini di tubuhkan pada tahun 2000. kami bermula dengan sebuah hotel dengan 20 orang kaki tangan di dalamnya. apabila bisnes ini berkembang maju kami membina sebuah lagi cawangan hotel baru di negeri sabahan. tidak lama kemudian kami membina cawangan hotel baru di negeri sarawakian. dari tiga cawangan hotel itu kami mendapat modal baru dan buka lagi satu cawangan hotel baru di Singaporean. bila cawangan hotel di buka di pelbagai negeri kami mendapat keuntungan besar pada setiap tahun dan lebih menggembirakan lagi kami berjaya membuka satu cawangan hotel five stars di Loss angeles, USA baru baru ini. ini merupakan kejayaan terbesar yang kami capai selama ini. apa apa pun aku merasa sungguh bangga dengan apa yang telah di capai selama ini. walau bagaimana pun aku ingin mengumumkan kepada semua warga kerja syarikat ini dan semua hadirin di sini bahawa aku akan bersara dari dunia business perhotelan buat selama lamanya dan orang yang akan menggantikan tempatku ialah anak lelaki tunggalku sendiri iaitu alex chai...", dato chai bersuara sambil tersenyum lebar. kelihatan seorang pemuda tampil ke depan lalu berdiri di sebelahnya. semua mata kini tertumpu ke arah pemuda itu. ini termasuklah tuan benjamin dan anak gadisnya avanisha.

"dengan ini aku menyerahkan segala asetku dalam syarikat ini dan juga seluruh cawangan hotel yang ada ke dalam tangan anak lelakiku, alex chai... dia akan menjadi pengarah baru dalam syarikat five stars holding bermula dari hari ini...", kata dato chai sambil menepuk perlahan bahu kiri anak lelakinya itu. semua orang bangun dan bertepuk tangan. tiba tiba, "apa??!... alex chai tu anak lelaki dato chai meng?", tuan benjamin bersuara dalam nada suara yang terkejut. dia terus bangun dari atas kerusinya. avanisha pun turut terkejut di saat dia melihat alex berdiri di depan mata semua hadirin di situ. "alex!....", avanisha bersuara memanggil nama kekasihnya itu. serentak dengan itu dia menyentak genggaman tangan papanya dengan sekuat hatinya. sebaik saja tangannya terlepas dari genggaman tangan papanya dia pun terus meluru ke arah kekasihnya itu

"avanisha...", alex bersuara sebaik saja dia terpandang wajah kekasihnya. dia mendepakan kedua belah tangannya. avanisha terus memeluknya. alex pun memeluk kekasihnya itu di depan semua hadirin yang ada di situ. avanisha menangis dalam pelukannya. semua reporter yang ada di situ mula mengambil gambar mereka berdua. "oh... syukurlah kepada Tuhan akhirnya kita dapat bertemu lagi, lex... aku fikir kita indak akan bertemu lagi setelah apa yang telah terjadi selama ini...", ucap avanisha dalam esak tangisnya. "aku pun fikir macam tu juga nisha tapi sekarang kita di pertemukan semula setelah terpisah selama berbulan lamanya...", ucap alex sambil mengusap usap belakang kekasihnya itu. "oh aku rindukan kau, alex...", ucap avanisha. "aku pun rindukan kau juga sayang. sudahlah tu. jangan menangis lagi. kesat airmata kau tu...", tutur alex dengan lembut. dia mengesat airmata di pipi kekasihnya itu. mereka berdua berbalas senyuman. "ehemmm... excuse me... i dont get it... macamana alex chai ini boleh jadi anak lelaki kau pula?", soal tuan benjamin pada dato chai yang berdiri indak jauh dari situ. "memang betul alex chai tu ialah anak lelakiku... kenapa kau tak tahu ke?...", soal dato chai kehairanan. "honestly aku tak tahulah si alex tu anak lelaki kau. dia pernah bekerja di syarikat aku sebelum ini tapi dia tak pernah pun bagitahu aku yang dia tu anak orang kaya...", kata tuan benjamin perlahan lahan. alex terdengar perkataan lelaki itu. dia pun melangkah menghampiri lelaki tersebut. "kenapa kau terkejut ke bila kau tinguk orang yang kau hina miskin dan papa kedana dulu tu dah jadi anak orang kaya?", soal alex pada tuan benjamin dalam nada suara yang geram sekali. semua reporter yang ada di situ mula merakam perbualan mereka dan ada yang mengambil gambar mereka. keadaan di situ mula kelihatan tegang semacam...

ALEX (18) Where stories live. Discover now