"siapa kau hah??... kau pencuri kah?... nanti kau... biarku hempas cerek ni kat kepala kau tu... baru kau tahu rasa...", marah lelaki lembut itu. dia berkira kira mau menghempas kepala alex dengan cerek di tangannya tapi alex cepat cepat bersuara, "eh... eh... nanti dulu... nanti dulu... aku bukannya pencuri lorh... aku...", belum pun sempat alex menghabiskan perkataannya tiba tiba, "ada apa yang telah berlaku ni?... bising bising saja kamurang ni...", kedengaran suatu suara bergema indak jauh dari situ. kelihatan kumar baru bangun dari tidurnya. begitu juga dengan badli. "ini pemuda cina ni... tiba tiba saja dia berdiri di dekat pintu dapur tu macam hantu mamai pula... terkejut betul aku di buatnya... dia tak ubah macam pencuri saja kelakuan dia...", lelaki lembut tu bersuara seraya menudingkan jarinya ke arah alex. "oooh... dia ni bukannya pencuri... sebenarnya dia ni rakan serumah aku... namanya alex chai dan sebelah aku ni pula namanya badli mahmud... lex, ini kawan yang aku cakap sama kamurang tu... namanya johnny ak gimang. bangsa dia ialah iban dan dia datang dari bandar mirih...", kata kumar dengan pantas. "oh begitu... hai, alex and hai badli... anyway, memang betul nama aku ni johnny tapi aku nak korang panggil aku joanne...", kata lelaki lembut tu sambil tersenyum lebar. "kenapa nama kau joanne pula?", soal badli kehairanan. "sebab itu nama komersial aku... korang sudah tentu merasa lapar, kan?... dont worry you guys... aku dah sediakan breakfast untuk korang bertiga... so marilah kita bersarapan pagi bersama sama...", lelaki bernama johnny aka joanne itu bersuara sambil menarik tangan mereka ke meja makan. terpinga pinga alex dan badli di buatnya. kumar pula tersengih sengih macam kerang busuk. mereka mula duduk di sekeliling meja makan menghadap hidangan sarapan pagi yang begitu menyelerakan. mereka mula makan bersama sama
"hmmmm... sedap juga sarapan pagi yang kau sediakan ni...", puji kumar di tempat duduknya. "yeah... its not so bad...", komen alex pula. badli mula memakan telur dadar dan bubur ayam yang ada di depan matanya itu. "hm... kira okay juga...", badli bersuara seraya mengunyah bubur ayam di dalam mulutnya. "yeah... thats my mama special resepi... kalau korang suka korang bulih tambah lagi sebab aku masak banyak bubur ayam tadi...", tutur johnny aka joanne sambil tersenyum lebar. "aku nak tanya korang ni... macamana kau dan kumar bulih jadi kawan baik ni?", soal badli secara tiba tiba. "oooh... macam ni aku sering di buli oleh kawan serumah aku tu... pada suatu malam tu kan aku baru balik dari tempat kerja aku... ngam ngam kawan serumah aku tu pun baru balik dari tempat kerja dia. dia terus saja suruh aku belikan dia makanan tapi aku tak nak jadi dia pun marah. dia terus saja marah marah kat aku dan tumbuk wajah aku... nasib baik si kumar ni lalu dekat tempat kami bergaduh tu. dia pun teruslah selamatkan aku dari terus di 'keruyuk' oleh kawan serumahku yang tak guna tu...", cerita joanne aka johnny dengan pantas sekali. "oh begitu... jadi si kumar ni jadi wira kaulah masa tu?", soal badli pula seraya memandang sekilas ke arah lelaki lembut itu. "iyalah... dia macam superman yang datang selamatkan mary jane kesayangan dia... oh... he is so strong, handsome and sweet....", joanne aka johnny bersuara lagi dengan penuh teruja. "uhhhukkkk... uhuuukkk...", kumar terbatuk berkali kali sebaik saja dia terdengar perkataan dari mulut lelaki lembut itu. mungkin dia terkejut kot sebab lelaki itu menyebutnya seperti superman pula. badli di sebelahnya ketawa mengekek sebaik saja dia terdengar pujian spontan yang di ucapkan oleh lelaki lembut tersebut pada kumar. manakala alex pula hanya tersenyum ketika mendengarnya.
"apa pula yang kau cakapkan tu?... aku tak segagah superman lorh...", kumar bersuara seraya menggeleng gelengkan kepalanya. "eh... aku cakap betullah ni... aku nampak bah kau tumbuk kawan serumah aku tu. dengan sekali tumbuk saja dia terus indak bangun bangun lagi...", cerita joanne aka johnny dengan penuh semangat. "oh yakah?... my oh my... kau ni memang ada bakat jadi wrestler, eh... sampai tumbuk orang pun orang tu terus indak bangun bangun... very impressive...", usik badli pada kumar di sebelahnya. "korang ni kan... puji urang pun lebih lebih... aku jadi malu pula...", kumar bersuara sambil menggosok belakang tengkuknya dengan tangannya sendiri. "my friend... apa yang kau buat tu memang patut di puji lorh... kau dah tulung si joanne ni dari terus menjadi mangsa tumbukan urang tak berperikemanusiaan. thats mean kau tu seorang lelaki yang baik hati. you know what?... you should proud of yourself...", kata alex sambil menepuk bahu kiri rakannya itu. "yelah tu. apa apa pun aku menulung urang setakat mana yang aku mampu. itu saja. tak payahlah puji aku macam tu sekali...", kata kumar dengan ikhlas. "yelah kumar... sebenarnya aku merasa macam terhutang budi pula pada kau dan kawan kawan serumah kau ni... dahlah kau tulung selamatkan aku tempohari dan sekarang pula kau dan kawan kawan kau benarkan aku menumpang dalam rumah ini... aku betul betul terharu, you know...", kata joanne aka johnny sambil memegang dadanya. dia seakan akan hendak menangis pula. "ouwhhh... janganlah menangis... kau tak nampak handsome kalau menangis macam tu...", kata badli pada lelaki lembut itu. "sebenarnya... sebenarnya aku sudah lama mau cari kawan yang betul betul mau kawan sama aku tapi kebanyakan urang yang aku temui sebelum ini terlalu mementingkan diri mereka sendiri. mereka juga pandang rendah dan pandang hina pada insan yang lemah macam aku ni... malah ada yang suka membuliku sesuka hati mereka... itu yang membuatkan aku merasa sedih sekali.... aku rasa macam bernafas dalam lumpur pula bila di kelilingi oleh urang urang jahat berhati busuk macam tu tapi apabila kumar datang tulung aku malam tu aku rasa sungguh terharu... ada juga urang yang sudi menulung aku... iskk.... iskkk...", joanne aka johnny mula menangis kerana terlalu terharu. "alah... janganlah kau cakap tu... kami tulung kau masa kau susah... karang kalau kami susah kau bulih tolong kami...", kata kumar seraya memegang bahu rakan barunya itu. alex dan badli pun bangun dari atas kerusi mereka. mereka berdiri dekat lelaki lembut itu sambil memegang bahunya. "betul cakap kumar tu... kau jangan sedih lagi ya... tak baik urang lelaki menangis macam tu... nanti kau tak nampak macho pula...", kata badli pula. joanne aka johnny berhenti menangis. dia mengesat airmata di pipinya dengan tangannya sendiri. "thanks you guys... budi baik korang ni tak akan ku lupakan buat selama lamanya...", katanya joanne aka johnny perlahan lahan. mereka semua tersenyum padanya. "mari kita bersarapan pagi sama sama... karang sejuk pula bubur ayam tu hah...", kata alex pula. tanpa banyak soal mereka pun duduk di tempat duduk masing masing. mereka mula bersarapan pagi sama sama macam satu keluarga pula
YOU ARE READING
ALEX (18)
RastgeleSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...