malam itu kelihatan alex sedang berjogging di tepi pantai dengan di temani oleh avanisha di bawah sinaran sang rembulan. mereka berjogging sambil bergurau senda. tiba tiba datang pula seorang lelaki bertopeng badut di situ lalu di tariknya tangan kiri avanisha ke belakang. "oh... tolong aku lex!!!... tolong aku!!!!...", jerit avanisha sebaik saja tangannya di tarik oleh lelaki tersebut. dia menghulurkan tangannya ke arah alex. cepat cepat alex memegang pergelangan tangan bakal isterinya itu. "hey!.... lepaskan tangan dialah!... siapa kau ni, hah!...", soal alex cukup marah sekali. dia memegang erat pergelangan tangan kanan avanisha dengan sekuat hatinya. dia cuba menarik tangan kanan avanisha dengan sekuat hatinya tapi lelaki itu masih lagi memegang erat tangan kiri avanisha.
maka terjadilah adegan tarik menarik tangan perempuan kat situ. tiba tiba muncul pula sekumpulan lelaki bertopeng badut di situ. mereka semua terus menumbuk dan memukul alex secara bertubi tubi. ini membuatkan alex tidak mampu melawan. maklumlah mereka terlalu ramai. mana mungkin dia dapat melawan mereka semua seorang diri. akhirnya dia terbaring di atas tanah dalam keadaan yang cedera parah. "alex!!!!...", kedengaran suara avanisha menjerit di kejauhan. dalam keadaannya yang cedera parah itu alex cuba untuk bangun. dia mengejar avanisha yang di bawa pergi dari situ tapi sekali lagi pinggangnya di sepak orang dari belakang. dia terus terjatuh di atas tanah. dia lihat avanisha meronta ronta di angkat oleh lelaki penyangak bertopeng badut itu. semua lelaki bertopeng badut yang lainnya terus mengekori lelaki itu dari belakang. mereka melangkah masuk ke dalam sebuah van berwarna hitam yang terletak indak jauh dari situ. "avanisha!!!!... avanisha!!!!!....", jerit alex dalam kesakitan. tiba tiba, "lex!... bangun... lex!...", kedengaran suatu suara bergema di cuping telinganya.
alex terus membuka matanya. kelihatan avanisha sedang duduk mencangkung di sebelahnya. cepat cepat alex bangun. dia terus memperhatikan tangan dan kakinya. tadi dia nampak tangan dan kakinya luka akibat di pukul orang tapi sekarang semuanya okay okay saja. mungkinkah dia bermimpi sebentar tadi?... tapi apa yang di alaminya tadi memang macam betul betul terjadilah. alex jadi bingung seketika. "kenapa ni?... kau berteriak memanggil nama aku macam orang gila ar... kau bermimpi ke?", soal avanisha masih lagi duduk mencangkung di sebelahnya. alex memandang wajah avanisha. "ya nisha... aku bermimpi buruk tadi...", jawap alex dalam nada suara yang sedikit gelisah. "apa mimpi kau tu?", kata avanisha ingin tahu. "aku mimpi kita sedang berjogging di tepi pantai di waktu malam. tiba tiba tangan kiri kau di tarik oleh seorang lelaki bertopeng badut dari arah belakang. aku cuba tarik tangan kanan kau dan cuba selamatkan kau tapi datang pula sekumpulan gangster bertopeng badut di situ lalu mereka menumbuk dan memukulku sehingga aku cedera parah. aku tidak mampu melawan mereka sebab mereka terlalu ramai... akhirnya kau di bawa lari oleh mereka semua dalam sebuah van berwarna hitam... itu sebabnya aku berteriak memanggil nama kau tadi...", kata alex dengan wajah yang serius. "hahahaha....", tiba tiba saja avanisha ketawa di depan matanya. "eh... apasal pula kau ketawakan aku ni?... indak ada bah yang 'cali' sangat dalam mimpi aku tu...", kata alex separuh geram.
"aku ketawa sebab kau tu terlalu paranoialah... kau takut papa aku menjejaki kita di sini sebab itulah kau dapat 'nightmare' macam tu...", kata avanisha sebaik saja hilai tawanya reda. alex terdiam seketika. "ini bukan pasal paranoialah... apa yang aku mimpi tadi macam betul betul terjadi...", kata alex dengan nada suara yang serius sekali. "kau ni... mimpi pun kau anggap macam betul betul terjadi pula...", gerutu avanisha di sebelahnya. "yalah... menurut kata nenekku jikalau mimpi itu dapat di ingati selepas kau bangun dari tidur, itu maknanya mimpi tersebut mempunyai maksud yang tersendiri dan ianya mungkin akan terjadi di alam nyata...", kata alex dengan pantas. "oh pleaselah lex... ini dah pukul 3 pagi tau... kita perlu rehat dan tidur yang cukup... esok kita kena bangun awal pagi lagi ni...", keluh avanisha sambil duduk dekat dengan alex. "ya... aku tahu ini dah pukul 3 pagi tapi aku risaulah nisha... aku risau jikalau apa yang ku alami di dalam mimpiku tu akan terjadi dalam hidup kita...", kata alex dengan dahi yang berkerut. "kau ni kan suka berfikir yang bukan bukanlah... sudahlah tu... mari kita masuk tidur...", ajak avanisha sambil menutup matanya. maklumlah dia masih terasa mengantuk ketika itu. dia melentokkan kepalanya di bahu alex. mereka berdua duduk bersandar di dekat dinding bilik tidur tersebut.
"tapi nisha aku tak boleh tidurlah... aku masih teringatkan mimpi burukku itu. aku takut kita akan di pisahkan oleh...", belum pun sempat alex menghabiskan perkataannya, "kroh... krohh... krohhh...", kedengaran avanisha tidur berdengkur di sebelahnya. terpaksalah alex duduk di situ tanpa bergerak. dia membiarkan kepala avanisha terlentok di atas bahu kirinya. wajah perempuan itu di renungnya seketika. biar pun dia belum mengenali hati budi avanisha dengan baik tapi dia berharap sangat supaya avanisha akan terus tetap menjadi pasangan hidup yang di carinya selama ini. semoga avanisha kekal hidup bersamanya. sebenarnya dia sangat takut di tinggalkan di saat hatinya mulai terbuka sedikit demi sedikit untuk bercinta semula...
*** *** ***
"tuk!...tuk!... alex...", kedengaran pintu bilik tidur alex di ketuk orang dari luar. serentak dengan itu kedengaran suara nenek yayan memanggil namanya cucunya. alex pun terus menoleh ke arah daun pintu bilik tidurnya itu. dia tak dapat bangun sebab avanisha masih tidur di sebelahnya. "ada apa nek?", soal alex ingin tahu. "nenek ke pergi ke kebun dulu. lepas ke kebun nenek nak pergi jual sayur kita tu di pasar... kalau korang dah bangun nanti korang pegi saja ke dapur tu, ya... nenek dah siapkan sarapan pagi untuk korang...", kata nenek yayan dari sebalik pintu bilik tidur alex. "okay nek... baik baik jalan ya nek...", kata alex. "yelah... nenek pergi dulu... tapi tolong kunci pintu rumah ni kalau korang jalan nanti...", pesan nenek yayan lagi. "ya nek...", balas alex. tidak lama kemudian kedengaran tapak kaki nenek yayan mula meninggalkan rumah papan yang kecil itu. tahulah dia yang neneknya sudah pergi dari situ. begitulah rutin neneknya di waktu pagi. ambil sayuran di kebun dan menjualnya di pasar. pada waktu petang pula neneknya kembali sibuk di kebun sayurannya pula. walau pun neneknya sudah tua namun neneknya masih juga rajin ke kebun dan berjual sayuran di pasar. lamunan alex terhenti bila, "morning sayang...", sebuah ciuman manja hinggap di pipi kirinya. dia lihat avanisha sudah sedar dari lenanya yang panjang.
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...